Cart 0

6 MAKANAN YANG TIDAK BAGUS UNTUK SI MANJA ANDA

6 MAKANAN YANG TIDAK BAGUS UNTUK SI MANJA ANDA

Foto kredit : http://www.parenting.co.id

Sebagai ibu dan juga bapa, memiliki cahaya mata adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Pastinya seorang ibu dan juga bapa akan membuat apa sahaja untuk si manja kesayangan. Segala keperluan akan dipenuhi untuk memastikan anak anda kekal sihat dan membesar dengan baik.

Dalam keterujaan para ibu dan bapa menjaga si manja, kadang ada sesetengah makanan yang tidak bagus untuk bayi diberi kepada si manja anda. Terkadang, makanan ini kelihatan sihat, namun tidak sesuai untuk keadaan si manja anda yang masih kecil dan mampu menyebabkan kemudaratan kepada si manja dan. 

Berikut adalah 7 makanan yang tidak bagus dan perlu dielakkan untuk si manja anda. 


image.jpg

Foto kredit : http://www.sinarharian.com.my

KEREPEK

Kerepek mengandungi kandungan garam yang tinggi, jadi ia sangatlah tidak sesuai untuk si manja anda. Bayi yang berusia 6 bulan keatas, tidak boleh diberikan gula dan juga garam kerana boleh mengganggu kesihatan si manja anda.  Ibu dan bapa boleh menggantikan makanan ini kepada biskut beras ataupun roti jejari.


jus-buah_20170831_155912.jpg

Foto kredit : http://travel.tribunnews.com

MINUMAN JUS

Jus adalah minuman yang berkhasiat, namun, ianya untuk orang dewasa, bukan untuk bayi anda. Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan, jus adalah salah satu makanan yang tidak sihat bila diminum oleh bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses membuat jus menyebabkan buah kehilangan semua nutrisi yang baik. Sebaiknya bagi bayi anda makan buah tanpa perlu dijadikan jus.


177076_minuman-kemasan_665_374.jpg

Foto kredit : www.viva.co.id

MINUMAN DALAM KOTAK

Kadangkala tanpa sedar, para ibu dan bapa beri si manja mereka minum minuman dalam kotak kerana permintaan si manja. Hal ini perlu dielakkan kerana minuman dalam kotak mempunyai kandungan gula yang tinggi dan sangat tidak berkhasiat untuk si manja anda, dan boleh menyebabkan gigi anak anda rosak. 


66435a3d1552da6c2da59301d4b75de7149f620e.jpeg

Foto kredit : iresipi.com

BISKUT

Makanan seperti biskut kelihatan normal untuk diberikan pada si manja anda. Namun, para ibu dan bapa perlu sedar bahawa, kebanykan biskut di pasaran mempunyai kandungan gula dan juga garam, yng tinggi bagi bayi anda. Ini dapat mengganggu pertumbuhan bayi anda anda juga meningkatkan risiko obesiti.  


image (1).jpg

Foto kredit : http://www.karangkraf.com

MAKANAN DIPROSES

Makanan diproses atau makanan segera biasanya mempunyai bahan seperti bahan pengawet dan juga perisa seperti garam dan gula. Jadi, para ibu dan juga bapa perlu mengelak dari memberi makanan yang diproses kepada si manja anda, dan sebaiknya berilah makanan yang tiada bahan seperti gula, garam, bahan pengawet dan juga pewarna tambahan. 


Jeli___Jelly_INACO_Mini_Aneka_Rasa__Mix.JPG

Foto kredit : www.bukalapak.com

JELI

Tekstur jeli yang lembut kelihatan seperti makanan yang sesuai untuk si manja anda, lebih-lebih lagi untuk si manja anda yang tiada gigi. Namun, seperti makanan yang telah disebutkan diatas, jeli mengandungi kandungan gula dan juga garam yang tinggi. Ianya perlulah dielakkan supaya si manja anda tidak terbiasa untuk makan makanan seperti ini.


Akhir kata, ibu bapa berperanan penting dalam mengajar si manja untuk makan makanan yang sihat untuk mereka. Hal ini kerana mereka masih lagi kecil untuk tahu kebaikan dan keburukan makanan tersebut dan hanya terima sahaja apabila dihulurkan makanan seperti diatas. 

Pastikan makanan yang diberi kepada si manja anda bebas dari gula, garam, pewarna dan juga pengawet tambahan yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada si manja anda. 

Untuk mendapatkan makanan yang terbaik untuk si manja, para ibu dan juga bapa bolehlah dapatkan di  Fawwaz Baby Food, kerana di Fawwaz Baby Food, ada lebih 40 jenis makanan yang boleh dipilih dan kesemuanya tidak mempunyai sebarang gula, garam, pewarna dan juga pengawet tambahan. 

Boleh menghubungi Fawwaz Baby Food di laman Facebook. 

Fawwaz The Little Kitchen


44342799_1068777286616058_7429351050420682752_n.jpg


Sumber rujukan :

http://www.karangkraf.com/cmlink/pa-ma/bayi/pemakanan/ibu-tolong-jauhkan-5-jenis-makanan-ini-daripada-bayi-ya-belum-masanya-lagi-1.705065

https://www.babycenter.com.my/l25009623/13-makanan-paling-teruk-untuk-bayi-foto


*Gambar hanyalah sekadar hiasan



Older post Newer post