Foto kredit : http://www.gelombangotak.com
“Letak nangis, dukung nangis, haishh tak tahu dah nak buat apa dah menangis tak henti-henti”
Lumrah ibu dan bapa, pasti akan merasai si manja anda menangis, baik siang ataupun malam. Kadang hanya sekejap dan reda apabila diambil, tapi ada kalanya setelah didukung dan diambil, tetap juga tidak berhenti menangis.
Ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam menangani tangisan si manja mereka. Ada yang terus memujuk, ada juga yang membiarkan sahaja, supaya si manja pandai berdikari.
Namun, ada sesetengah pakar yang berpendapat bahawa sekiranya bayi itu dibiarkan menangis terlalu lama, ia kan meninggalkan kesan yang negatif pada si manja itu.
Foto kredit : iluminasi.com
6 IMPLIKASI BAHAYA YANG BERLAKU SEKIRANYA BAYI DIBIARKAN MENANGIS TERLALU LAMA
1) STRESS DAN KEMURUNGAN
Siapa kata kemurungan hanya mengganggu orang dewasa sahaja?
Tangisan bayi adalah satu bentuk komunikasi antara bayi dan ibu bapa. Itu sahaja cara yang mampu dilakukan untuk memberitahu kehendaknya pada si ibu dan juga bapa. Dan sekiranya kita menghiraukan tangisan mereka, sudah pasti mereka juga akan stress.
Berdasarkan kajian, bayi yang berterusan mengalami keadaan ini mempunyai kadar hormon stres (kortisol) yang tinggi serta menunjukkan kadar hormon pertumbuhan (growth hormone) yang rendah. Kadar stres yang tinggi pada usia awal ini mampu menjejaskan sistem neurotransmitter pada otak hingga menyebabkan perubahan pada struktur serta fungsinya.
Kesan ini adalah sama dengan kemurungan yang dialami oleh orang dewasa namun ianya berlaku pada si manja kesayangan anda. Jadi, jangan biarkan si manja anda kerap menangis terlalu lama ya.
Foto kredit : http://www.smartindianwomen.com
2) SEPARATION ANXIETY
Ramai ibu dan bapa yang beranggapan bahawa jika dibiarkan si manja menangis adalah bagus untuk mengajarnya untuk berdikari dan juga lebih tabah. Namun, anggapan tidak betul dan ada implikasi yang tersendiri.
Bayi yang sering dibiarkan menangis buat masa yang lama akan mengalami separation anxiety, iaitukesukaran untuk berpisah dengan ibu ayah.
Ini terjadi akibat oversensitive stress system yang turut menyebabkan anak berasa mudah takut apabila berseorangan, panik, dan trauma, dan ini pastinya akan menyusahkan lagi ibu dan bapa, dan akan menyebabkan bayi menangis terlalu lama dan boleh menyebabkan kemurungan.
Foto kredit: http://babybuffer.org
3) KELAKUAN AGRESIF & ADHD
Akibat dari stress yang kronik, dikhuatiri bahawa sistem adrenalin si manja anda akan menjadi terlampau aktif dan akan menyebabkan agresif , impulsive dan juga keganasan.
Satu lagi penemuan yang dilaporkan oleh Jurnal American Adacemy of Pediatrics mendapati bahawa tangisan berpanjangan dalam tempoh bayi ini meningkatkan 10 kali ganda risiko ADHD, keputusan yang buruk di sekolah, serta kelakuan antisosial.
Pastinya anda tidak mahu perkara ini berlaku pada si manja anda bukan?
Foto kredit : http://lampung.tribunnews.com
4) IQ LEBIH RENDAH
National Institutes of Health mengatakan bahawa bayi yang sentiasa dibiarkan menangis berpanjangan dalam 3 bulan pertama kehidupannya mempunyai purata IQ 9 mata lebih rendah dari bayi biasa apabila menjangkau usia 5 tahun.
Apa yang membimbangkan, anak-kanak ini turut memperlihatkan perkembangan motorik halus yang lebih perlahan berbanding biasa. Akibatnya, anak anda akan kelihatan sedikit lembap dari biasa.
Foto kredit : majalahpama.my
5) LAMBAT BERDIKARI
Bayi dibiarkan menangis kononnya untuk mengajar bayi untuk lebih berdikari, namun, perkara sebaliknya berlaku.
Bayi yang sering menangis berpanjangan pada 3 bulan pertama ini juga didapati lebih sukar mengawal emosi, suka ‘berkepit’ (clingy), dan susah ditenangkan oleh ibu bapa pada usia 10 bulan.
Berbanding bayi lain, bayi yang sering dibiarkan menangis ini akan mengambil masa lebih lama untuk belajar berdikari dan lebih suka bersama dengan ibu dan bapanya.
Foto kredit : healthunit.com
6) BREATH-HOLDING SPELL
Breath-holding spelladalah satu keadaan di mana seseorang anak kecil yang menangis tiba-tiba berhenti bernafas, tidak sedarkan diri hingga wajahnya berubah menjadi pucat kebiruan.
Perkara ini agak jarang berlaku, namun ia berpotensi berlaku pada bayi berusia 6-18 bulan.
Kadang bayi berumur 4 tahun juga boleh menunjukkan simptom ini.
Ada ketikanya, sebahagian kanak-kanak membuat perkara ini hanya untuk menarik perhatian ibu dan bapanya, namun apabila ia benar-benar berlaku, ianya diluar kawalan si manja anda dan mereka tidak mampu mengawalnya.
Sekiranya kita tidak berada berhampiran mereka ketika ianya berlaku, pasti ianya sangat berbahaya pada si manja anda.
Foto kredit : http://www.worldofmoms.com
Akhir kata, bayi yang menangis pasti akan berhenti. Namun, naluri semula jadi tangisan si manja anda adalah untuk mendapatkan perhatian ibu dan bapanya. Sekiranya dibiarkan sahaja, bagaimana lagi cara untuk si manja untuk berkomunikasi dengan ibu bapa mereka bukan? Pastinya mereka berputus asa untuk meminta pertolongan dan menyuarakan keinginannya. Orang dewasa pun memerlukan bantuan, inikan pula anak kecil.
Memberi respon kepada tangisan bayi adalah tindak balas semulajadi serta naluri semua ibu bapa. Cubaan untuk menidakkan hal ini sebenarnya bukan saja menimbulkan stres pada bayi, tetapi juga kepada ibu bapa. Ia boleh menjejaskan emosi, fisiologi serta biologi ibu bapa dan terutamanya bayi kecil yang tidak berdaya berbuat apa-apa.
Walaubagaimanapun, bukanlah bermakna anda tidak boleh meletakkan bayi anda langsung, Cuma anda perlu bijak memujuk dan mengetahui kehendakknya supaya tangisannya tidak berlarutan.
Kepada siapa lagi si manja anda mahu bergantung sekiranya bukan pada anda?
Sumber rujukan :
https://siraplimau.com/cara-atasi-bayi-menangis/
https://www.askdrsears.com/topics/health-concerns/fussy-baby/science-excessive-crying-harmful
https://adc.bmj.com/content/89/11/989
https://www.aap.org/en-us/Pages/Default.aspx