Foto kredit : www.mybaby.co.id
G6PD, atau nama panjangnya glucose-6-phosphate dehydrogenase. G6PD adalah enzim yang sangat penting dalam tubuh manusia terutamanya pada segi pembuatan sel darah merah baru dan penghasilan tenaga daripada sumber karbohidrat. Enzi mini juga penting dalam melindungi dan melawan jangkitan dari menyerah sel darah merah.
Penyakit G6PD adalah disebabkan oleh genetik dan kekurangannya akan menyebabkan seseorang tidak dapat menghasilkan sel darah merah secara normal. Menurut Babycenter, kira-kira 1 dalam 10 kanak-kanak di Malaysia mengalami kekurangan G6PD.
Foto kredit : http://jagabayi.blogspot.com
PUNCA PENYAKIT G6PD
Penyakit G6PD adalah disebabkan oleh masalah genetik daripada ibu atau bapa. Ianya sukar dikesan pada awal kehamilan dan sukar dibendung kerana aturan genetik yang kompleks dan boleh diwarisi.
SIMPTOM KEKURANGAN G6PD
Simptom ini biasanya berlaku apabila terdedah kepada ‘pencetus’nya. Dan apabila berlaku, sel darah merah akan pecah dan pesakit boleh mengalami kekurangan darah dan bagi bayi, ianya perlu dipantau kerana berpotensi untuk mengalami penyakit kuning (jaundis)
Antara simptom yang dialami akibat hemolisis ini termasuklah:
- kelihatan pucat
- tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
- pening
- degupan jantung yang laju
- sukar bernafas
- sakit dada
- jaundis (kekuningan) – boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Sekiranya anda mengesan simptom ini pada bayi, jangan lengah mendapatkan rawatan hospital dengan segera.
Foto kredit : mypositiveparenting.org
APAKAH ADA RAWATAN UNTUK PENYAKIT INI?
Bagi pesakit G6PD, mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa, selagi tidak terdedah kepada ‘pencetus’ kepada G6PD ini. Terdapat beberapa pantang yang perlu dipatuhi untuk memastikan pesakit G6PD tidak terdedah pada ‘‘pencetus’’.
Dalam sesetengah kes, ada yang memerlukan rawatan yang lebih intensif seperti pemindahan darah bagi menggantikan sel darah merah serta oksigen yang berkurangan dalam badan dan apabila ‘pencetus’ telah dikeluarkan atau dirawat, symptom yang dialami biasanya akan hilang sendiri dalam masa beberapa minggu.
PANTANG PESAKIT G6PD
Penyakit genetik ini memberi kesan yang berbeza-beza mengikut individu. Ahli keluarga juga harus turut membantu pesakit untuk berpantang dalam pengambilan makanan atau ubat-ubatan seharian.
Sel darah merah dalam badan penghidap G6PD akan terkesan dengan beberapa jenis ‘pencetus’ yang dikenali sebagai bahan oksidatif. berikut adalah senarai lengkap bagi bahan yang perlu di’pantang’ oleh pesakit G6PD menurut Myhealth.
Makanan dan herba yang perlu dielakkan
- Kacang parang
- Ubat cina
- Chuen lin
- San chi
- 13 herbs
- 12 herbs
- Ubat tradisi lain
Bahan yang perlu dielakkan
- Ubat gegat
- Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang perlu dielakkan
- Acetanilide
- Doxorubicin
- Furazolidene
- Methylene Blue
- Nalidixic acid
- Niridazole
- Nitrofurantoin
- Phenozopyridine
- Primaquine
- Sulfamethoxazole
- Bactrim
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
- Paracetamol
- Ascorbic acid
- Aspirin
- Chloramphenicol
- Chloroquine
- Colchicine
- Diphenhydramine
- Isoniazid
- Phenacetin
- Phenylbutazone
- Phenytoin
- Probenecid
- Procainamide
- Pyrimethamine
- Quinidine
- Streptomycin
- Sulfisoxazole
- Trimethoprim
- Tripelennamine
- Vitamin K
- Mefloquine
Sekiranya bayi anda menyusu, teruskan penyusuan anda cuma perlu mengelakkan bahan-bahan yang boleh menjadi ‘pencetus’ kepada symptom-simptom G6PD.
LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL
Cara terbaik adalah dengan melindungi anak anda daripada pencetus yang boleh menyebabkan timbulnya simptom yang tidak diingini.
Selain itu, apa yang anda perlu lakukan adalah:
- Peka terhadap makanan dan ubat yang mengandungi bahan pencetus / oksidatif.
- Simpan senarai pencetus di rumah anda atau di tempat yang mudah diakses.
- Buat beberapa salinan untuk diberi kepada orang lain seperti saudara terdekat, penjaga, pengasuh, atau guru apabila perlu.
- Sentiasa periksa kandungan pada makanan, minuman dan ubat dengan menyemak labelnya
TINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEKURANGAN G6PD
Foto kredit : majalahpama.my
Dengan saluran perubatan yang semakin banyak dan pengetahuan yang boleh didapati di hujung jari, maka semakin mudah bagi ibu bapa masa kini untuk mengawal penyakit yang dialami anak-anak serta mengenalinya secara lebih dekat.
Sebagai orang awam, kita juga boleh memainkan peranan dengan menambah ilmu serta meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini.
Sumber rujukan :
https://siraplimau.com/pantang-penyakit-g6pd-pada-bayi-kuning
http://www.myhealth.gov.my/kekurangan-enzim-g6pd/