Cart 0

9 TANDA BAYI ANDA MENERIMA SUSU YANG MENCUKUPI

9 TANDA BAYI ANDA MENERIMA SUSU YANG MENCUKUPI

Foto kredit : http://mediaindonesia.com

Pada permulaan menyusu, ibu-ibu pasti tertanya-tanya adakah si manja anda menerima susu yang mencukupi atau tidak. Terutamanya apabila si manja anda kelihatan mahu menyusu setiap masa dan tidak puas selepas menyusu. 

Kebanyakan bayi akan kelihatan lapar selepas menyusu kerana susu badan akan selesai dicernakan selepas 2 jam selepas menyusu. 

Jadi, apakah tanda-tanda yang boleh dilihat untuk mengetahui bahawa si manja anda mendapat susu yang mencukupi?


Berat-Badan-Bayi-Ideal-di-Satu-Tahun-Pertamanya.jpg

Foto kredit : hellosehat.com

BERAT BAYI MENINGKAT

Berat bayi sememangnya akan menurun sedikit selepas beberapa hari kelahiran, namun, ibu baopa perlu pastinya bahawa berat itu tidak turun kurang dari 10 peratus berat asalnya. 

Sekiranya berat si manja anda turun lebih dari 10 peratus, itu adalah tanda-tanda si manja anda tidak mendapat susu yang mencukupi. Ibu bapa boleh mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar laktasi untuk mengatasi masalah ini.

Sekiranya berat si manja anda meningklat sebanyak 400g atau 1 kg setiap bulan, itu tandanya bayi anda mendapat susu yang mencukupi untuk tumbesarannya. 


23588019_23842673911110712_6771457396062552064_n.jpg

Foto kredit : carian google

BILANGAN LAMPIN KOTOR

Jumlah lampin kotor dari si manja anda juga boleh menjadi indicator susu yang diterima pada si manja anda. Seorang bayi yang normal, dan mendapat susu yang mencukupi akan menghasilkan lampin basah sekurangnya 6 lampin sehari. 

Namun, kerana bilangan air kencing yang diserap di dalam lampin tidak dapat diukur dan juga dengan inovasi lampin yang mampu menyerap lebih banyak air, mungkin kaedah ini memerlukan sokongan kaedah lain untuk memastikan si manja anda mendapat susu yang mencukupi. 


what-causes-diaper-rash.jpg

Foto kredit : www.mingguanwanita.my

JUMLAH DAN WARNA NAJIS BAYI

Bayi yang mendapat susu ibu secara eksklusif ( hanya minum susu ibu sahaja) akan menpunyai warna najis yang kuning cerah dan cair. Berbanding dengan najis bayi yang minum susu formula, najis mereka akan kelihatan sedikit hijau kerana susu formula biasanya dibekalkan dengan zat besi. Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif akan mempunyai warna najis yang kuning cerah dan  cair.

Jika bayi tidak membuang air besar dan kehilangan berat badan, in mungkin tanda jumlah susu yang diperoleh tidak mencukupi.


ibu-menyusui_20170824_192749.jpg

Foto kredit : http://style.tribunnews.com

PERHATI GERAKAN DAGU BAYI

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengetahui bahawa si manja anda mendapat yang mencukupi adalah dengan melihat gerakan pada dagunya ketika sedang menyusu. 

Para ibu boleh lihat pada bahagian leher dan dagu ketika sedang menyusu. Dagu si manja akan bergerak secara turun naik, dan selepas itu akan kelihatan turun jauh sedikit untuk berberapa saat sebelum kembali ke posisi asal.

Ini adalah salah satu tanda menunjukkan bayi anda sedang dalam proses mendapatkan susu.

Gerakan naik turunnya dagu berlaku apabila si kecil sedang merangsangkan payudara dengan menghisap. Ketika dagu bayi anda turun ke bawah dan berhenti beberapa saat, ini menunjukkan susu ibu sedang mengisi mulutnya. Maka, jika dagu bayi hanya turun naik tanpa berhenti, ada kemungkinan bayi anda tidak mendapat susu ibu.


Article_YoungBaby_1300x@2x.jpg

Foto kredit : siraplimau.com

BAYI MENGELUARKAN BUNYI KETIKA MENYUSU

Perkara ini tidak berlaku pada semua bayi, di mana ada sesetengah bayi tidak menbuat sebarang bunyi yang jelas ketika menyusu. 

Namun, bunyi ketika menelan susu akan kedengaran walaupun perlahan. Itu menunjukkan bahawa bayi anda sedang menelan susu yang diterima. 

TEKAN PAYUDARA KETIKA BAYI MENYUSU

Untuk memastikan si manja anda mendapat susu ketika menyusu, para ibu boleh membuat teknik ini. Ketika menyusu, perah dan urut perlahan-lahan payudara ke arah puting.

Ini akan menyemburkan susu ibu ke dalam mulut dan mengganggu si kecil yang sedang menyusu.Tindak balas dari si kecil adalah tanda bayi cukup susu.

Sebaliknya jika dia tidak menunjukkan sebarang tindak balas, ini bererti semburan susu ibu tidak berlaku.


bayi-muntah-setelah-minum-susu.jpg

Foto kredit : www.mithalimoms.com.my

SISA SUSU IBU DI SEKITAR BIBIR BAYI

Walaupun tidak semua ibu mempunyai aliran susu ibu yang deras, kadang-kadang kita boleh melihat sisa-sisa susu ibu pada sudut bibir bayi ketika ia sedang menyusu.

PAYUDARA LEMBUT DAN KEMPIS

Kebiasaannya sebelum menyus, payudara akan rasa penuh dan kembung. Payudara anda sepatutnya rasa lembut dan sedikit kempis selepas menyusukan anak.

Ini tanda bayi cukup susu dan si kecil anda sedang aktif menyusu. Tapi jika payudara anda masih rasa penuh, mungkin si kecil tidak mendapat susu yang banyak. Si kecil akan menghadapi cabaran untuk mengeluarkan susu ibu jika payudara terlalu keras.


canva-photo-editor-26.jpg

Foto kredit : carian google

BAYI KENYANG AKAN TIDUR LENA

Ibu pernah tengok si kecil mabuk susu? Tidur sampai mulut pun ternganga selepas kenyang menyusu. Ini adalah tanda bayi cukup susu yang paling comel. Bayangkan telalu kenyang sehingga tidak dapat menahan tidur. Cute betul! Enjoylah rupa muka yang tidur nyenyak.Ibu baik berehat juga kerana dalam 2-3 jam nanti si kecil dan menangis meminta susu lagi dan ini akan berterusan sehingga bayi itu berusia beberapa bulan.


Akhir kata, para ibu perlu peka dengan reaksi si manja anda ketika atau selepas menyusu untuk mengetahui si manja anda mendapat susu yang mencukupi atau tidak. Sekiranya, si manja anda tidak menunjukkan tanda-tanda diatas, tidak perlu risau, kerana tanda-tanda diatas mungkin tidak berlaku pada semua bayi.

Para ibu boleh dapatkan khidmat doktor atau pakar laktasi untuk mengetahui secara lanjut apakah si manja anda mendapat susu yang mencukupi atau tidak. Semoga artikel ini dapat membantu para ibu diluar sana. 


Sumber rujukan :

https://my.theasianparent.com/tanda-bayi-cukup-susu/

https://www.babycenter.com.my/a1031124/tanda-tanda-yang-menunjukkan-bayi-anda-mendapat-susu-yang-mencukupi













Older post Newer post