Foto kredit : hellosehat.com
Bayi sememangnya memerlukan waktu tidur yang lebih banyak dari orang dewasa. Secara puratanya, bayi yang berusia kurang 3 bulan perlu tidur 2 kali lebih banyak dari orang dewasa dan separuh daripadanya dilakukan pada siang hari.
Menurut pakar perubatan, gaya tidur bayi dapat membantu dalam mengurangkan risiko SIDS, iaitu, Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba. Dengan gaya tidur yang betul, risiko ini dapat dikurangkan dan si manja anda dapat tidur dengan selamat tanpa sebarang gangguan.
GAYA TIDUR YANG SELAMAT
- TIDUR TELENTANG
Foto kredit : mommyasia.id
Menurut pakar, gaya tidur yang paling selamat adalah gaya tidur telentang. Tidur telentang ini dapat membantu mengelakkan SIDS kerana dapat menggalakkan pernafasan yang lancar pada bayi.
GAYA TIDUR TIDAK SELAMAT
- TIDUR TELENTANG TERLALU LAMA
Foto kredit : health.detik.com
Tidur telentang adalah gaya tidur yang baik, tetapi sekiranya terlalu lama, si manja anda berisiko untuk menghadapi ;
1) positional plagiocephaly, keadaan di mana kepala mengalami keadaan “rata”
2) brachycephaly iaitu keadaan bahagian belakang tengkorak menjadi rata
Jadi, ibu dan bapa perlu mengubah gaya tidur si manja anda supaya si manja anda tidak terlalu lama tidur secara telentang.
- TIDUR DIATAS PERUT ATAU TIDUR MENIARAP
Foto kredit : http://www.bubblynotes.com
Posisi tidur diatas perut dan meniarap berisiko terkena SIDS kerana :
- Rahang menjadi terlalu tertekan
- Menyedut udara yang sama kerana wajah terlalu dekat dengan cadar
- Boleh mati lemas kerana cadar yang terlalu lembut mungkin boleh menutup muka dan kepala bayi
- Bayi terbuka untuk menghidu mikrob dari tilam atau cadar
- TIDUR SECARA MENGIRING
Foto kredit : http://ohliasakura.blogspot.com
Untuk bayi yang berumur bawah 5-6 bulan, mereka tidak digalakkan tidur secara mengiring. KENAPA??
Selain dari risiko SIDS, tidur mengiring juga boleh menyebabkan ;
- Unilateral erythema – perubahan warna pada tubuh badan
- Tengkorak kepala menjadi “terlalu rata” sebab bayi tidur dalam gaya yang sama terlalu lama
- Torticollis – keadaan di mana leher terkehel kerana otot dan sisi kepala terganggu akibat posisi tidur yang salah
- Bayi tersedak dan tercekik kerana sesak nafas
Jadi, apakah gaya tidur yang paling sesuai untuk si manja anda? Sudah pastinya tidur secara telentang tetapi mengiring sedikit.
Namun begitu, ibu dan juga bapa juga perlu mengubah posisi tidur si manja anda sekali sekala agar tidak tidur terlalu lama secara telentang.
Selain itu, ada juga beberapa tips yang boleh diambil oleh para ibu dan bapa ;
- Jangan guna cadar yang terlalu lembut dan longgar, takut ia menutup kepala bayi
- Jangan letak terlalu banyak benda dalam katil bayi. Biar ringkas!
- Jangan tutup kepala bayi dengan selimut atau kain
- Jangan pakaikan pakaian yang tebal, takut mereka terlalu panas
- Guna puting
- Guna baby monitor
- Kongsi bilik yang sama dengan si manja
- Tapi, jangan kongsi katil! Biar mereka di dalam katil sendiri
Foto kredit : siraplimau.com
Akhir kata, pada awal usia si manja anda, ibu dan bapa perlu mengawasi gaya tidur dan juga tindakan si manja anda sewaktu tidur bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku kan. Mencegah kan lebih baik dari mengubati.
Jadi, hati-hati ya ibu bapa semua!!
Sumber rujukan :
https://my.theasianparent.com/gaya-tidur-bayi-selamat-dan-tidak
https://www.momjunction.com/articles/safe-sleeping-positions-for-babies-and-newborns_0094200/#gref