Cart 0

BAYI SERING TERSENYUM SEWAKTU TIDUR? INI SEBAB-SEBABNYA

BAYI SERING TERSENYUM SEWAKTU TIDUR? INI SEBAB-SEBABNYA

Foto kredit : hellosehat.com

“Awak, tengok ni, anak kita senyum la waktu tidur”

Bagi ibu dan bapa, sudah pasti anda gembira dan terhibur apabila melihat si manja anda tersenyum sewaktu tidur. Kadang-kadang bukan sekali, namun sering juga dilihat si manja anda tersenyum sewaktu tidur.

Kadang terfikir juga, apakah sebab mengapa si manja anda tersenyum sewaktu tidur? Bermimpi apakah dia? Atau sekadar refleksi otot sewaktu tidur? Ataupun adakah gangguan dari makhluk halus?

Jadi, apakah yang sebenarnya berlaku sewaktu si manja anda tidur? Teruskan membaca untuk tahu secara lanjut.


knapa-bayi-tersenyum-saat-tidur-hero-banner-magz-(1510x849).jpg

Foto kredit : www.orami.co.id


1) SENYUMAN TERHASIL DARI GERAKAN REFLEKS 

Para saintis percaya bahawa senyuman yang berlaku pada awal usia bayi adalah disebabkan oleh tindakan reflex, di mana ia menjadi luar kawalan dari si manja anda. 

Ini bermaksud bahawa segala senyuman itu bukanlah disebabkan oleh emosi atau persekitaran si manja anda, tapi adalah disebabkan refleks luar kawalan bayi anda. 

Menurut Pamela Garcy, senyuman refleks ini terhasil ketika usia bayi 3 hari sehinggalah bayi berusia pada 2 bulan. 


bayi-baru-lahir-senyum-1024x1024.jpg

Foto kredit : http://www.tipsanakbayi.com


2) BAYI TIDAK ADA KEMAMPUAN UNTUK BERMIMPI SEPERTI ORANG DEWASA

Hingga kini, masih tidak diketahui sama ada bayi mampu bermimpi atau tidak. Mimpi adalah perbuatan yang berlaku apabila kita mampu untuk membayangkan sesuatu perkara secara visual atau spatial. 

Jadi sekiranya bayi mampu bermimpi, ia adalah berbeza dengan mimpi orang dewasa biasa.

Dalam pendapat lain, bayi baru lahir tidak bermimpi semasa tidur sehinggalah beberapa tahun selepasnya. Namun, para saintis semua bersetuju bahawa dalam tempoh tidur ini otak bayi sangat aktif berfungsi.


bayi_tidur_tersenyum-20150811-editor-005.jpg

Foto kredit : www.vemale.com

3) JADI, APA YANG DILAKUKAN OLEH BAYI SEMASA ‘BERMIMPI’?

Menurut Psych Central , fasa tidur ada 5 peringkat, dan Fasa REM (rapid eye movements) adalah fasa terakhir yang berlaku dalam tidur, di mana gelombang otak pada tempoh ini kelihatan sama dengan kita berjaga. Ketika inilah mimpi biasanya berlaku.

Dalam tempoh tidur bayi, separuh daripadanya dikategorikan oleh neurosaintis sebagai fasa REM, manakala hanya 1/4 saja dialami oleh orang dewasa. Menurut neurosaintis, walaupun bayi mengalami tempoh REM, ia memainkan peranan yang berbeza pada bayi berbanding orang dewasa. Ketika fasa bermimpi inilah otak mereka membina laluan neural, meintegrasikan memori sehingga menjadi lebih kompleks, dan secara tak langsung mengaktifkan perkembangan bahasa.



baby-cute-touch-head-560x270.jpg

Foto kredit : http://www.tamagoostyle.com

4) BILAKAH ANAK KECIL MULA BERMIMPI SECARA NORMAL?

Mimpi yang boleh diingat oleh anak kecil pada usia 4 atau 5 tahun lazimnya bersifat statik, tidak berkarakter, kurang emosi, dan tiada memori.

Hanya apabila usia mereka meningkat 7-8 tahun, di mana mereka sudah memahami kewujudan diri mereka, barulah mimpi ini datang secara lebih berstruktur dan jelas.


xbabyparen.jpg.pagespeed.ic.5_ThazWWrs.jpg

Foto kredit :  http://www.parenting.co.id

5) KEBOLEHAN BAYI UNTUK TERSENYUM AKAN TERUS BERKEMBANG

Seiring bertambahnya usia, kemampuan senyum bayi akan semakin berkembang.

Bayi yang berusia berusia 6-8 bulan akan mempamerkan senyuman responsif, iaitu senyuman yang terlahir kerana meniru dari ibu dan juga bapa. Senyuman ini adalah reaksi kepada pengalaman persekitaran mereka.

Menurut pakar, apabila bayi berusia 2-3 bulan, bayi mampu melahirkan senyuman kerana ingin menunjukkan rasa senangnya, dan juga untuk berkomunikasi dengan orang sekelilingnya.


bayi2..jpg

Foto kredit : health.detik.com

Walaupun senyuman bayi itu bukanlah atas kehendaknya, namun, senyuman tetap senyuman dan pastinya dapat menggembirakan hati orang yang melihatnya. Apatah lagi senyuman itu dilakukan oleh bayi yang sememangnya disukai ramai.

Ibu dan bapa juga haruslah memainkan peranan dalam menjadikan si manja anda dapat merasa selamat, sihat membesar. Jadi, senyum lah selalu, agar si manja anda dapat belajar cara senyuman dari pada anda sendiri.

“SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA”


Sumber rujukan :

https://siraplimau.com/sebab-bayi-senyum-ketika-tidur-mimpi/

https://psychcentral.com/lib/stages-of-sleep/



Older post Newer post