Foto kredit : majalahpama.my
Menjadi kebiasaan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk mengawal tindakan si manja anda. Bukan kerana ingin mengongkong, tapi risau kan keselamatan mereka yang terdedah kepada bahaya apabila tidak diperhatikan dan juga dikawal.
Namun begitu, pakar psikologi mengatakan bahawa penggunaan perkataan ‘No’ dan ‘jangan’ tidak boleh digunakan secara kerap kerana ia boleh membuatkan anak anda menjadi pasif dan tidak berani membuat apa-apa tindakan dalam hidupnya.
KESAN NEGATIF PERKATAAN ‘TIDAK’ ATAU NO PADA SI MANJA ANDA
1. ANAK HANYA DENGAR AYAT SELEPAS JANGAN
Anak hanya dengar ayat selepas perkataan 'Jangan' atau 'No' itu seperti "jangan lari", anak dengar lari. "Jangan sentuh", anak dengar sentuh. "Jangan pukul", anak dengar pukul.
Kerana itulah, anak tetap akan membuat perkara yang dilarang oleh ibu bapa.
Foto kredit : www.orami.co.id
2. MEMBANTUT PERASAAN SERONOK ANAK
Perkataan 'Jangan' atau 'No' ini hanya membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka untuk menerokai semua perkara di sekeliling mereka. Memang naluri anak kecil untuk mengetahui tentang sesuatu atau benda dipersekitarannya.
3. IBU BAPA SENDIRI TAMBAH STRESS
Ibu dan bapa akan menjadi stress selepas menyebut perkataan 'No' atau 'Jangan'. Kebanyakan pengalaman ibu bapa, level stress naik sikit demi sikit bila kita kerap sebut 'No' atau 'Jangan' kepada si manja anda.
Foto kredit : carian google
4. MULA MAHU MEMARAHI ANAK
Apabila stress, ibu bapa akan mula marah pada si manja. Apabila kita marah, kita akan mempengaruhi mood kita dan juga mood si manja anda untuk bermain.
Foto kredit : shutterstock - majalahpama.my
Jadi, apa yang ibu bapa patut buat adalah berikan arahan yang kita hendak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita hendak anak buat untuk diri dia. Ibu bapa hanya perlu ubah cara percakapan atau tukar ayat ketika mahu melarang si kecil.
Berikut 6 ayat positif yang ibu bapa boleh tukar :
1) Jangan pergi sana > Duduk dekat dengan Mama sini
2) Jangan pukul > Sayang kawan (tunjuk contoh sekali).
3) Jangan menjerit > Cakap elok-elok.
4) Jangan lari > Tolong jalan perlahan-lahan.
5) Jangan panjat > Turun sekarang.
6) Jangan melompat > Duduk diam-diam.
Ini adalah sedikit dari yang boleh dijadikan contoh untuk ibu dan bapa dalam menasihati dan mengawal si manja anda. Untuk contoh yang selanjutnya, ibu dan bapa boleh mencipta ayat yang lebih positif tanpa menggunakan perkataan ‘jangan’ atau ‘tidak’. Hal ini kerana, ibu bapa lebih mengenali si manja anda dan tahu apa yang terbaik untuk mereka.
Kalau boleh, berikan arahan yang mudah, ringkas dan padat. Otak ibu atau bapa kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata. Fikirkan ayat sesuai dengan situasi anak, supaya ibu bapa tidak sebut 'Jangan' atau 'NO'.
Perkara ini bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam 1-2 hari, namun memerlukan kesabaran yang tinggi dari ibu dan bapa. Namun, pengorbanan ini berbaloi untuk memastikan si manja anda dapat membesar dengan baik tanpa sebarang gangguan baik dari segi fizikal atau mental.
Sumber rujukan :
https://daku-amat.blogspot.com/2017/02/6-ayat-positif-dan-elak-sebut-jangan.html