Cart 0

7 PERANGAI SI MANJA YANG IBU BAPA TIDAK PERLU HALANG

7 PERANGAI SI MANJA YANG IBU BAPA TIDAK PERLU HALANG

Foto kredit : http://theconversation.com

Si manja anda sememangnya dilahirkan dengan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Oleh itu, banyak aktiviti dan perkara yang suka dibuatnya. Terkadang, ibu dan bapa sukar untuk mengawal tindakan yang dilakukan. Dari aktiviti memasukkan semua benda kedalam mulut sehinggalah aktiviti memanjat. Sekalipun aktiviti yang dilakukan itu membahayakan, namun si manja tetap juga membuatnya. Sudah pastinya anda sebagai ibu dan bapa risau akan keselamatan si manja anda. Lain yang disuruh, lain pula yang dibuatnya. 

7 TABIAT ANAK KECIL YANG TAK PATUT DIHALANG

Namun, terdapat beberapa perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh si manja anda, tidak patut dihalang. Sekalipun, disiplin dan tata cara si manja anda perlu dibentuk dengan teliti, namun ada beberapa perkara yang boleh diberi kelonggaran sekali sekala. 

1) MELUAHKAN PERASAAN

Kadang-kadang, kanak-kanak gemar memilih untuk menangis sebagai cara melepaskan perasaan yang tersimpan di dalam hatinya, sama ada marah, sedih, sakit dan lain-lain.

Adakalanya, para ibu dan bapa perlu membiarkan mereka menangis dan meluahkan perasaan mereka sehingga mereka berhenti sendiri. Jadi elak mengejek atau memukul mereka apabila mereka memilih perbuatan itu. Ini bermakna mereka percayakan kita untuk memberitahu perasaan mereka.

Sekiranya dipukul dan diejek, anak anda mungkin akan menjadi seorang yang suka memendam perasaan dan tidak suka berkongsi dengan anda.


175423qmzc7mmmmmzgmr0a.jpg

Foto kredit : carian google

2) BERGELAK KETAWA

Kadang kala, ibu dan bapa marah akan tabiat anak mereka yang suka bergelak ketawa sambil berlari atau melakukan perkara lain sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Namun, perluanya ada ketika yang mana si manja anda boleh bebas bergelak ketawa tanpa dimarahi oleh anda.  

Ketawa kan pengubat duka dan lara? Namun, perlu dikawal juga, takut menjadi satu tabiat bergelak ketawa dengan nada yang kuat dan panjang.


baby laugh.jpg

Foto kredit : carian google

3) BERGURAU SENDA

Kebanyakan tabiat anak kecil yang kreatif kelihatan seperti nakal kerana sifat mereka yang gemar bermain. Terkadang si manja dan terlalu kreatif dalam bergurau senda sehingga menyinggung perasaan adik beradik yang lain dan menyebabkan pergaduhan kecil.

Sebagai ibu bapa yang bertanggung jawab, janganlah anda  sekat kegembiraan mereka  tapi pantaulah agar tidak melebihi batasan.

4) SEPAHKAN RUMAH

Sememangnya menjadi mimpi ngeri para ibu terutamanya apabila melihat kawasan rumah berselerak. Sudah pastinya akan keluar taring para ibu yang selamanya berpewatakan lembut. Baru sahaja dikemas di ruang tamu, di dapur pula bersepah dengan bahan masak. 

Namun begitu, terkadang si manja anda hanya ingin membantu anda, namun caranya tidak begitu memuaskan. 

Janganlah anda marah, sebaliknya anda didik dan katakana kepada anak anda dengan kata-kata yang baik agar dia faham akan tindakannya itu.

Lama kelamaan, sudah pasti si manja anda akan lebih bijak dan faham akan situasi anda.


22707026-다채로운-점토-장난감-행복한-아이-소녀.jpg

Foto kredit : carian google

5) MEMBACA

Tabiat membaca buku ini adalah satu tabiat yang bagus jika diterapkan dengan betul. Cuma apabila si manja anda bermain dengan buku, atau kertas atau alat tulis, pasti aka nada yang terkoyak, diconteng adan sebagainya. Apa yang ibu dan bapa perlu lakukan adalah anda perlulah pantau waktu permainannya supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Jangan hadkan minat membaca anak-anak dengan fokus pada buku ilmiah sahaja. Sesekali beri peluang anak membaca bahan bacaan bersifat santai.


bayi-membaca-buku.jpg

Foto kredit : netmedis.net

6. MEMINATI LEBIH DARIPADA SATU AKTIVITI

Jika anak mempunyai minat dalam lebih satu aktiviti, beri galakan sepenuhnya. Elak menyuruh anak membuat pilihan salah satu atau mengikut pilihan anda. Kadang ibu bapa sukar untuk memberi perhatian sepenuhnya dan terpaksa menyuruh anak anda untuk pilih salah satu dari minatnya. 

Tidak lah satu perkara yang salah, namun, sekiranya anda mempunyai masa, luang la masa bersama si manja anda tentang minatnya itu sehinggalah mereka sudah bijak membuat pilihan sendiri.

7. BERDIKARI

Kerana sayangkan anak anda, hamper semuanya anda ingin lakukan bagi pihak mereka. Ini bukanlah tindakan yang baik kerana ia mengurangkan kebolehan si manja anda untuk berdikari. Dengan kebolehan belajar yang dimiliki oleh si manja anda, mereka sememangnya mampu untuk membuat sesuatu perkara itu dengan sendiri. 

Sebagai ibu dan bapa, kadang kala anda hanya perlu tunjuk ajar dan seterusnya biarkan mereka membuat perkara itu sendiri.


00aa4-1024x683.jpg

Foto kredit : http://www.anakbonda.com

Akhir sekali, sebagai ibu bapa, tanggungjawab anda sangatlah berat dalam membentuk dan mendidik anak anda menjadi seorang yang hebat dari aspek fizikal, mental, dan juga rohani. Nikmatilah saat-saat pengalaman anda bersama mereka sewaktu kecil. 

Tabiat anak kecil ini akan membantunya menggilap kebolehan dan keupayaan masing-masing. Kerana apabila sudah besar, akan tiba masanya untuk mereka menikmati hidup mereka sendiri.

Sumber rujukan : 

https://siraplimau.com/tabiat-anak-kecil-yang-tak-patut-dihalang/



Older post Newer post