Cart 0

BAYI ANDA SELESEMA? – BOLEH IKUT 6 PETUA INI

BAYI ANDA SELESEMA? – BOLEH IKUT 6 PETUA INI

Foto kredit : www.mithalimoms.com.my

Bayi dan juga kanak-kanak paling mudah untuk dijangkiti penyakit seperti selesema. Selesema adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pada saluran pernafasan dan biasanya berjangkit melalui udara dan juga sentuhan. 

Bagi bayi anda, sekiranya dia masih mampu untuk menyusu, ianya tidak menjadi masalah dan boleh dibiarkan sehingga sembuh. Namun, sekiranya si manja anda tidak mahu untuk menyusu, dan sering refluks (muntah susu), segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 


142580081_wide.jpg

Foto kredit : www.babycenter.com.my

Selain ubat, terdapat juga beberapa rawatan alternatif yang boleh diambil oleh ibu dan bapa untuk membantu si manja untuk kembali sembuh dari selesema dan dapat membesar dengan selesa.

MENDAPAT REHAT YANG SECUKUPNYA

Sekiranya bayi anda sakit dan tidak sihat, anda sebagai ibu dan juga bapa perlu berwaspada untuk membawanya keluar ke pusat membeli belah, pasar malam atau tempat-tempat lain yang dipenuhi orang kerana itu akan melambatkan proses penyembuhannya itu. 

Pasti kan anak anda dapat rehat sepenuhnya agar si manja dapat sembuh dengan cepat dan tidak diganggu oleh faktor lain. 


Bayi_Tidur_n.jpg

Foto kredit : http://kiliknote.blogspot.com

SENTIASA BERSAMA ANAK ANDA

Hubungan antara ibu bapa dan juga anak kelihatan seperti biasa, namun, impaknya adalah sangat besar. Dengan meluangkan masa bersama anak-anak, bukan sahaja anda dapat menguatkan lagi ikatan anda bersama anak anda, tapi juga dapat membantu dalam proses penyembuhan si manja anda.

Pantaulah keadaannya, dan sekiranya menjadi lebih teruk, bawalah berjumpa dengan doktor.


70569981_ibu_dan_bayi.jpg

Foto kredit : http://www.littlegogo.com

BERSIHKAN KAWASAN DI DALAM DAN JUGA DILUAR RUMAH

Kebersihan di dalam dan juga di luar rumah adalah satu faktor yang paling penting untuk kesihatan si manja anda. Jangankan si manja anda, anda sendiri pun boleh jatuh sakit sekiranya kawasan rumah tidak diselenggara dengan baik. 

Selalulah bersihkan habuk dan juga mop lantai menggunakan cecair antiseptik untuk mengurangkan risiko untuk mikrob berbahaya mengganggu kesihatan si manja anda.


ilustrasi_20171108_135102.jpg

Foto kredit : http://solo.tribunnews.com


ALIRAN DAN PENGUDARAAN YANG BERSIH

Dengan pengudaraan yang bersih dan betul, si manja anda dapat menghirup udara yang segar sekalipun berada di dalam rumah. Serangan virus selesema biasanya dijangkiti daripada udara yang tercemar, dan sekiranya pengudaraan di kawasan rumah baik, sudah tentu risiko untuk dijangkiti penyakit akan berkurangan dan memudahkan proses penyembuhan.


TEPUK PERCUSSION

Teknik tepuk percussion ini adalah teknik di mana anda perlu menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung dengan bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.


percussion-technique-bg.jpg

Foto kredit : bumbumcak.my

WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN

Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.

Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.


Akhir kata, petua-petua diatas hanyalah sebagai rawatan alternatif untuk membantu si manja anda cepat sembuh dari penyakit seperti selesema dan juga batuk. Namun, sekiranya keadaan si manja anda menjadi teruk sehingga menyebabkan tidak lalu untuk minum susu dan juga sukar untuk tidur, menyebabkan berat badan berkurang, bawalah berjumpa dengan doktor dan pakar perubatan kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber rujukan :

https://siraplimau.com/petua-menghilangkan-batuk-bayi-kanak-kanak/






Older post Newer post