Foto kredit : siraplimau.com
Pastinya semua ibu bapa ingin si manja mendapat tidur yang mencukupi. Tapi, adakalanya, ianya sukar dilakukan kerana si manja anda sukar untuk tidur pada waktu malam sekalipun selepas kenyang menyusu.
Menurut Dr Taufiq Raziq, ada 5 perkara yang perlu dielak untuk memastikan si manja anda boleh tidur pada waktu malam.
1) Terlalu banyak geletek dan juga bergurau
Geletek dan juga gurauan akan mengaktifkan “sympathetic nervous system” secara berlebihan dan akan menyebabkan bayi itu sukar nak tidur. 2-3 jam sebelum tidur, kita perlu jadikan suasana sekeliling si manja senyap dan tenang, barulah bayi anda mudah untuk tidur.
Foto kredit : sozcyili.blogspot.com
2) Lupa sendawakan bayi anda sebelum tidur
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), ibu bapa disyorkan untuk sendawakan bayi anda setiap kali selepas susu, walaupun bayi itu Nampak tenang dan tidak meragam. Hal ini kerana, kita tidak tahu berapa banyak kandungan udara yang tersimpan dalam badan si manja.
Antara tanda baby minta disendawakan adalah apabila bayi meragam selepas minum susu kerana udara yang ikut tertelan masa menyusu menyebabkan rasa penuh dan juga tidak selesa pada si manja.
Foto kredit : hellosehat.com
3) Waktu tidur selalu bertukar dan tidak tetap
Untuk bayi yang berumur 12 minggu, mereka sudah mula dipengaruhi oleh circadian rhythm. Circadian rhythm ini adalah jam semula jadi yang ada pada badan si manja anda.
Sekiranya tidur si manja tidak tentu, sudah pasti waktu circadian rhythm si manja anda akan menjadi lebih tidak tentu. Untuk memastikan si manja mudah tidur, pastikan waktu tidurnya sama setiap hari bagi membantu menstabilkan circadian rhythm nya.
Foto kredit : hellosehat.com
4) Bergaduh di hadapan anak
Si manja anda mungkin tidak memberi apa-apa respon sekiranya anda bergaduh dengan pasangan anda di hadapan mereka, namun sentuhan dalam keadaan resah gelisah itu akan memberi impak kepada bayi.
Si manja boleh tahu emosi kita melalui cara sentuhan dan juga nada suara. Seeloknya ibu dan bapa harus jadikan si manja setenang yang mungkin sebelum tidur untuk memastikan si manja dapat tidur dengan lena.
Foto kredit : http://sehat-jr.blogspot.com
5) Jangan letak bayi di depan tv
Sebagai ibu dan juga bapa, anda perlu mengelak dari meletakkan bayi anda di depan tv. Hal ini kerana, pendedahan cahaya dari tv akan menyebabkan penghasilan hormone melatonin berkurang dan si manja anda menjadi tidak mengantuk
Foto kredit : http://akid89.blogspot.com
Akhir kata, sebagai ibu dan bapa, anda perlulah membantu si manja anda untuk mendapatkan tidur yang secukupnya untuk memastikan bayi anda mendapat perkembangan fizikal dan mental yang optimum, kerana tidur yang mencukupi adalah satu keperluan bagi si manja anda.
Dapatkan pengalaman dan juga nasihat dari para ibu dan bapa yang berpengalaman dan juga pakar perubatan untuk memastikan anda dapat memberi yang terbaik untuk si manja anda.
Sumber rujukan :