Cart 0

MAKANAN TERBAIK UNTUK MINDA SI MANJA ANDA

MAKANAN TERBAIK UNTUK MINDA SI MANJA ANDA

Foto kredit : www.hijabnheels.com

Pastinya impian setiap ibu dan bapa supaya anak mereka menjadi bijak dan pintar. Jika para ibu dan bapa menginginkan anak yang bijak, si manja perlulah mendapatkan makanan yang sesuai untuk perkembangan otak si manja anda. 

Menurut kajian, pemakanan awal penting bagi membantu menguatkan lagi otak bayi dalam masa umur 1000 hari. Semasa kecil, tubuh si manja anda akan membesar dengan cepat dan otaknya juga membesar sehingga 3 kali ganda apabila dia mencapai usia 3 tahun. Fasa ini adalah penting untuk si manja dalam perkembangan kognitifnya. Pada ketika ini, kemahirannya untuk berfikir, mengingat, mengawal, dan memberi focus akan berkembang secara pesat dan si manja anda memerlukan bekalan khasiat yang mencukupi.


shutterstock_257841811_725x418.jpg

Foto kredit : www.startwell.nestle.com.my

Makanan berkhasiat bukan sahaja dapat membantu dalam perkembangan fizikal, tetapi juga dapat membantu dalam perkembangan otak si manja anda. Jadi, para ibu haruslah bijak memilih makanan yang betul bagi menggalakkan perkembangan pesat otak si manja anda.

MAKANAN YANG BOLEH DIBERI KEPADA SI MANJA UNTUK PERKEMBANGAN MINDANYA

1) BUAH AVOCADO

Avocado ini mengandungi beberapa vitamin yang penting seperti, vitamin A, vitamin E, vitamin B3, kalium, fosforus, besi, magnesium dan kalsium. Kesemua vitamin ini penting dalam memastikan perkembangan otak secara optimum dan dapat membantu dalam mencerdaskan minda si manja anda.

Avocado ini boleh direbus, dimasak atau dikukus dan dikisar sehingga lembut dan senang dihadam oleh si manja anda. Makanan ini boleh diberi kepada bayi yang berumur 6 bulan dan keatas. 


avocado.jpg

Foto kredit : www.bbcgoodfood.com

2) SAYURAN HIJAU

Sayuran hijau seperti bayam, kubis hijau,dan brokoli adalah kaya dengan antioksidan yang dipercayai dapat membantu daya ingatan si manja. Selain itu, sayuran hijau juga kaya dengan zat besi, folat, dan juga vitamin yang dapat membantu perkembangna otak si manja anda. 

Sebagai ibu dan juga bapa, sayuran hijau boleh dimasukkan dalam diet pemakanan anak anda seperti mee, hidangan nasi, atau apa sahaja makanan kegemarannya. 


sayuran-hijau.jpg

Foto kredit : www.bbcgoodfood.com

3) BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh, atau whole grains, adalah makanan minda kanak-kanak yang baik untuk si manja anda. Ia mempunyai vitamin yang membantu pengedaran darah dan menguatkan memori si manja anda. 

Sumber makanan untuk bijirin penuh ini adalah dari nasi perang atau nasi putih. Nasi perang atau nasi putih ini boleh disediakan dalam pelbagai hidangan makanan,  sama ada sebagai hidangan tengah hari atau malam. 

Minuman barli yang juga dari bijirin dan juga hidangan oatmeal penuh dapat membantu menyejukkan badan ketika hari panas dan juga sebagai hidangan sarapan pagi.


bijirin.jpg

Foto kredit : tentangyaya.blogspot.com

4) OMEGA 3, OMEGA 6, DHA DAN EPA

Ikan seperti Salmon, Tuna, dan juga Sardin, mengandungi minyak ikan yang tinggi  dan sumber utama Omega 3. Selain dari ikan, khasiat ini juga boleh didapati dari minyak soya, biji labu dan juga minyak kacang walnut. 

5) BUAH-BUAHAN

Umumnya, buah-buahan sememangnya dikenali dengan khasiat yang tinggi dan juga berkhasiat baik untuk bayi ataupun orang dewasa. 

Buah-buahan seperti oren, epal, delima, strawberi, beri biru dan juga beri hitam dapat membantu menyumbang terhadap perkembangan otak si manja anda.


media_139953215696685600-e1418605152766.jpg

Foto kredit : deenamik.com

8. SUSU

Susu dikenali dengan kandungan kalsium yang tinggi. Selain itu, susu juga memberi sumber nutrien penting yang lain seperti mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan minda anak anda.

Justeru, para ibu dan juga bapa boleh memberikan makanan seperti di atas ini untuk memastikan si manja anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan fizikal dan juga otaknya. Boleh dapatkan khidmat nasihat dari pakar perubatan untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi yang terbaik untuk tumbesarannya.

Bagi ibu-ibu luar sana yang ingin mendapatkan makanan berkhasiat si manja anda, boleh la dapatkan makanan dari Fawwaz Baby Food. Terdapat pelbagai variasi makanan yang ada dan berkhasiat untuk si manja anda.

44342799_1068777286616058_7429351050420682752_n.jpg


Sumber rujukan :

https://my.theasianparent.com/makanan-untuk-kecerdasan-otak-bayi

https://my.theasianparent.com/makanan-minda-kanak-kanak/

https://majalahpama.my/7-makanan-ini-baik-untuk-perkembangan-otak-anak-nombor-3-memang-selalu-jadi-menu-kegemarannya/





Older post Newer post