Foto kredit : http://ibudanmama.com
Umumnya, ramai ibu yang mengetahui bahawa susu ibu adalah makanan yang paling penting untuk si manja mereka.
Namun begitu, ramai juga yang tidak tahu kenapa dan mengapa susu ibu menjadi makanan terpenting.
Susu ibu dengan khasiat semua jadinya memang dicipta khas untuk bayi anda sehingga lah berusia 2 tahun. Selain daripada memberi banyak kelebihan kepada bayi, penyusuan susu ibu kepada bayi juga dapat membantu para ibu dalam kehidupan seharian.
Mahu tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.
KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU PADA BAYI BAGI KAUN IBU
1) SENANG DAN MUDAH
Mudahnya kerana, para ibu tidak perlu membasuh dan meyediakan botol susu untuk digunakan oleh si manja anda. Sebaliknya hanya perlu menyuakan kepada si manja anda. Mudah dan menjimatkan masa bukan?
Foto kredit : http://blog.tribunjualbeli.com
2) TANPA SEBARANG CAS
Untuk memberi susu formula kepada si manja, para ibu perlu keluar membeli belah di pasaraya untuk mendapatkan susu formula terbaik. Dengan kos perjalanan, kos jenama susu formula dan tempoh masa yang digunakan, susu ibu sememangnya mendapat kelebihan utama. Hal ini kerana, susu ibu tidak perlu dibayar, menjimatkan masa dan tidak perlu keluar untuk mendapatkannya. Susu ibu juga tidak memerlukan sebarang peralatan untuk diberi pada si manja anda.
3) DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Berat badan adalah antara perkara yang paling mendapat perhatian bagi ibu yang selesai bersalin.Pastinya para ibu tidak mahu berat badan mereka naik secara mendadak setelah selesai bersalin. Dengan memastikan penyusuan susu ibu pada si manja anda, risiko kenaikan badan dapat dikurang tanpa perlu menyekat pemakanan dan mendapatkan supplemen untuk menguruskan badan.
Foto kredit : health.detik.com
4) MUDAH UNTUK TIDUR
Kajian mengatakan bahawa, ibu yang menyusukan anaknya mudah untuk tidur berbanding penggunaan susu formula. Waktu tidur mereka juga seiring dengan waktu tidur si manja mereka.
Dengan sentuhan ibu dan anak ketika proses penyusuan, hubungan para ibu dengan anak mereka pastinya lebih erat.
Ditambah pula dengan peranan hormon yang terkandung dalam susu ibu, proses penyusuan bayi menjadi lebih mudah.
Foto kredit : http://lampung.tribunnews.com
*INFO TAMBAHAN
Selain dari memberi manfaat pada ibu dan juga bayi dari segi kesihatan dan juga perkembangan si manja, susu ibu juga mempunyai kegunaan lain yang menakjubkan.
Antaranya adalah boleh digunakan sebagai rawatan untuk penyakit yang dilanda bayi seperti cradle cap. Cradle cap adalah sejenis penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan bayi di mana kulit kepada menjadi kering. Sekiranya anda tidak selesa melihat keadaan tersebut, sapukan susu ibu pada kepala bayi anda lihat akan kesannya.
Foto kredit : www.livingandloving.co.za
Selain itu, susu ibu juga dapat membantu dalam melegakan sakit tekak si manja kerana sifat antimikrobialnya. Jika bayi anda sakit tekak, biarkan dia menyusu dengan lebih banyak. Ia bukanlah satu perkara yang pasti, tapi boleh dijadikan rawatan pada si manja anda.
Akhir sekali, susu ibu bukan sahaja dapat memberi kelebihan pada si manja anda, tapi juga dapat membantu para ibu dalam kehidupan seharian dan juga dapat digunakan untuk perkara yang lain juga.
Dapatkan khidmat rundingan nasihat dari pakar perubatan untuk mendapatkan info dan maklumat yang lebih berkenaan dengan kelebihan susu ibu.
Beberapa orang pakar pemakanan bayi mencadangkan agar para ibu di luar sana untuk menyusukan bayi anda sehingga mereka boleh makan makanan berebentuk pepejal. Selalunya ia akan berlaku dalam tempoh enam bulan.
Selepas tempoh itu, sudah tibanya masa untuk si kecil memerlukan makanan lain selain daripada susu ibu untuk tumbesaran yang optimum.
Bayi hanya memerlukan sedikit makanan untuk beberapa bulan pertama selepas mula memakan makanan berbentuk pepejal. Tetapi, harus diingatkan, susu ibu masih lagi menjadi sumber nutrient yang mutlak bagi si kecil yang dalam tempoh membesar.
Setelah bayi anda mula menerima makanan, adalah lebih baik untuk anda kekal menyusukan mereka dan memberikan makanan sehingga sekurang kurangnya mereka berumur setahun.Selepas tempoh itu, terpulang kepada anda dan si kecil berapa lama untuk anda menyusukan mereka.
Untuk mendapatkan makanan pejal yang terbaik untuk si manja anda, para ibu boleh melawat atau menghubungi sis Farah - Fawwaz Little Kitchen kerana Fawwaz Little Kitchen mempunyai lebih dari 40 jenis produk makanan bayi yang berkhasiat untuk si manja anda.
Sumber rujukan :
https://www.babycenter.com.my/a1045907/apakah-faedah-penyusuan-badan