Cart 0

7 CARA MELATIH ANAK ANDA MAKAN SENDIRI - IBU BAPA PERLU TAHU

7 CARA MELATIH ANAK ANDA MAKAN SENDIRI - IBU BAPA PERLU TAHU

Foto kredit : radarmalang.id

Si manja anda sejak dari ia lahir, dibantu oleh ibu dan bapanya dalam semua perkara, terutamanya makan dan juga minum. Namun, akan tiba masanya, si manja perlu belajar untuk makan secara sendiri. Hal ini akan membantu anak anda untuk berdikari ketika sudah besar nanti.

Pepatah melayu ada mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Setiap didikan yang dilakukan oleh ibu dan bapa terhadap si manja mereka, adalah untuk kebaikannya di masa depan kelak. Tidaklah umur sudah besar tapi masih lagi perlu disuap setiap kali masa makan.

Disini dikongsikan 7 cara yang boleh dipraktikkan oleh ibu dan bapa untuk melatih anak anda untuk makan secara sendiri.


c84f17eb-c2b5-49a2-9086-1cf866345030.jpg

Foto kredit : food.detik.com

1. MAKAN BERSAMA-SAMA BERSAMA ANAK ANDA 
 
 Amalan makan bersama-sama ini sememangnya membawa banyak kelebihan dalam kehidupan berkeluarga. Di samping dapat mengeratkan hubungan antara suami dan isteri, amalan ini juga dapat membantu dalam melatih anak anda untuk makan dengan sendiri. Setiap kali waktu makan, pastikan anda mengajak semua anak untuk makan di meja bersama-sama.
 
 Perbuatan ini akan membuat anak kecil anda timbul minat untuk makan. Jangan sesekali membiarkan anak anda makan secara bersendirian. Hal ini kerana akan membuatnya rasa bosan dan tidak seronok kerana tiada teman ketika makan.  Walaupun anda sudah makan, pastikan anda ada di sisinya untuk menemani dia makan.
 
2. MAKAN MENGGUNAKAN KERUSI BAYI TIDAK PERLU DIPANGKU
 
 Untuk memudahkan anak anda makan tanpa mengganggu anda.  Biarkan dia duduk nak menikmati hidangan yang ada ibu bapa juga boleh menggunakan kerusi bayi. Jangan biasakan memangku anak ketika makan.  Hal ini bukan sahaja tidak dapat mendidik anak, malah akan menyusahkan anda untuk makan, lebih-lebih lagi sekiranya anda makan di luar.
 
 Tindakan ini akan membantu meningkatkan daya keyakinan anak anda dan dia akan pasti gembira kerana dapat makan sendiri.
 
3. ELAKKAN DARI MENYUAP ANAK ANDA, BIARKAN BAYI ANDA CUBA MAKAN SENDIRI
 
 Jika kebiasaannya anda meletakkan bayi anda ke dalam kerusi bayi untuk menyuapnya, anda boleh cuba untuk hidangkan makanan di dalam mangkuk bayi dan letak di hadapannya supaya dia boleh belajar makan sendiri.
 
 Sekiranya anak anda makan secara bersepah dan kotor, jangan sesekali anda marah. Sebaliknya, biarkan sahaja dan anda perlulah bersabar sebab anak-anak dalam proses pembelajaran.  Kemarahan hanya akan membuatkan anak menangis dan terus tidak mahu makan.
 
 Ibu bapa perlu mendidik secara berperingkat, elakkan mendidik dengan terlalu banyak perkara dan menyebabkan tekanan kepada anak anda.  Biarkan dia belajar satu-satu perkara dahulu.  Jika dia sudah pandai makan sendiri, ajarkan dia supaya makan dengan cermat dan tidak bersepah pula.


baby-eating1.jpg

Foto kredit : http://manjeamusyuk.blogspot.com
 
 4. MULA AJAR GUNA TANGAN
 
 Jika ingin mendidik anak untuk makan sendiri, bolehlah dimulakan dengan makan menggunakan tangan.  Hal ini kerana, makan guna tangan lebih mudah berbanding makan menggunakan sudu.  Penggunaan sudu ketika makan agak berisiko bagi anak anda yang baru sahaja hendak belajar makan dengan sendiri kerana sudu boleh tercucuk ke tekak sekiranya tidak dilakukan secara betul.

Walau bagaimanapun, jika ingin mendidik anak makan menggunakan tangan, anda juga haruslah makan menggunakan tangan.  Biar anak anda belajar dengan apa yang dia lihat kita lakukan. Jangan lah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, ibu bapa menginginkan anak mereka untuk makan menggunakan tangan, namun ibu dan bapa menggunakan sudu ketika makan.
 
 Jika anak telah pandai menggunakan tangan, anda bolehlah anda mengajar si manja anda cara memegang sudu yang betul.  Carilah sudu yang sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak.  Supaya dia lebih tertarik untuk makan.  Jika anak telah pandai makan menggunakan sudu, anda haruslah sentiasa memantaunya.
 
 5. BERI MAKANAN YANG MUDAH DIPEGANG


 Sebagai permulaan, ibu dan bapa berilah makanan yang mudah dipegang sebagai langkah awal untuk mendidik si manja untuk makan sendiri. Elakkan dari memberi makanan yang keras, lembik dan licin. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk anak anda makan dan apabila terlalu sukar, si kecil anda akan berputus asa dan tidak mahu untuk makan secara sendiri. Berilah dia makan seperti ayam, sayur, dan nasi yang mudah dipegang.
 
 Sekiranya anda ingin memberi anak anda makan makanan yang berkuah, anda boleh bantu dengan menunjukkan caranya terlebih dahulu untuk memudahkan anak anda untuk belajar cara yang betul. Makanan seperti buah juga boleh diberi. Sekiranya, anda memberi makanan seperti nasi, anda boleh kepalkan nasi tersebut menjadi bebola untuk memudahkan makan dan masukkan ke dalam mulutnya.


 6. MAKAN SAMBIL MENONTON TV ATAU YOUTUBE
 
 Secara naturalnya, kanak-kanak sangatlah mudah bosan dengan sesuatu perkara pada sesuatu masa.  Begitu lah halnya juga ketika makan.  Jika pada kebiasaannya anda memberi makan kepada anak anda tanpa menonton televisyen, cuba pula tukar suasana makan dengan menonton televisyen.
 
 Jika sambil makan dia menonton televisyen, pasti anak anda akan lebih bertambah selera makannya.  Jika tidak menonton, anda juga bolehlah pasangkan lagu-lagu yang digemarinya untuk menghidupkan suasana ketika makan.

Namun, jangan biasakan anak anda untuk setiap kali makan memerlukan televisyen atau mendengar lagu, kerana nanti anak anda tidak mahu makan sekiranya tidak dipasang televisyen atau mendengar lagu.
 
 Tukar la cara anda secara berkala untuk memastikan anak anda mendapat didikan yang sempurna tanpa mengubah cara hidupnya kepada cara hidup yang tidak sihat.
 

10013_manfaat-mengacak-acak-makanan.jpg

Foto kredit : http://nakita.grid.id


  7. JANGAN MARAH ANAK
 
 Perkara yang perlu dijauhi ketika mendidik anak untuk belajar makan sendiri adalah marah. Adalah perkara yang normal sekiranya anak anda melakukan kesalahan seperti kotor dan bersepah, atau enggan untuk mendengar kata anda. Berikan si manja anda peluang untuk dia membiasakan diri dengan keadaan untuk makan secara sendiri.

Apa yang anda boleh lakukan adalah sediakan keadaan yang selesa dan mudah untuk si manja anda. Sekiranya anak anda berpotensi untuk makan secara bersepah, anda sediakan kain atau bekas sebagai lapik kepada makanan yang tumpah. Boleh juga sediakan meja dan kerusi khas untuk si manja anda makan supaya dia tidak mengganggu ahli keluarga yang lain ketika makan.
 
 Ibu dan bapa perlu menasihati dan mendidik si manja tentang cara makan yang betul tanpa perlu marah dan gunalah bahasa-bahasa yang seronok dan merangsang untuk memastikan anak anda mahu belajar makan secara sendiri.
 
 
Akhir kata, Ibu bapa adalah insan yang paling bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak.  Latih anak anda berdikari supaya dia pandai melakukan sesuatu perkara dengan sendiri.
 
 Tindakan tidak memberi peluang kepada anak mencuba sesuatu akan menyebabkan si kecil takut dan tidak berani untuk membuat sesuatu dengan sendiri. Sama-sama kita cuba didik anak agar jadi insan terbaik.


Sumber rujukan :

https://siraplimau.com/cara-melatih-bayi-makan-sendiri/



Older post Newer post