Ketika kecil, si manja anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima sebarang makanan yang diberi kepadanya. Tapi, masalah penolakan makanan ini akan muncul apabila si manja anda mula makan makanan orang dewasa. Sebagai ibu dan bapa, kesihatan dan tumbesaran si manja menjadi keutamaan, jadi, makanan yang diberi pastinya penuh dengan nutrisi penting yang dapat membantu dalam pembesarannya. Makanan seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan adalah antara menu yang sihat untuk si manja anda.
Namun, bagi si manja anda, makanan seperti sayur-sayuran adalah antara makanan yang dibenci oleh mereka kerana lazimnya mereka lebih gemar akan makanan yang masin atau manis. Namun, sayur-sayuran adalah makanan yang penting dalam memenuhi keperluan nutrisi si manja anda.
Ibu bapa kadang-kadang juga kurang mementingkan kepentingan sayur dan menuruti kemahuan si manja yang tidak suka dengan sayur-sayuran.
Mengikut pakar pemakanan di Hospital Pakar KPJ Kajang, Baizurah Bazid, kanak-kanak yang menolak sayur akan memberi kesan yang besar seperti kekurangan mikronutrien.
Untuk ibu bapa yang buntu untuk memperkenalkan rasa minat si manja anda terhadap sayur,boleh menggunakan tips-tips di bawah ini.
Foto kredit : blogmedia.web.id
- Biasakan untuk makan sayur bersama si manja anda
Untuk mendidik si manja untuk minat pada sayur-sayuran, ibu dan bapa perlu dahulu minat dan makan sayur. Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah jadikan sayur sebagai menu utama harian, yang mana setiap makanan pasti disertakan sekali sayur-sayuran. Makan sayuran bersama si manja anda, ciptakan aktiviti makan sayur yang menyenangkan dan mengasyikkan sehingga si manja anda turut tertarik untuk ikut makan sayur.
- Jangan menghukum anak anda yang tidak mahu makan sayur
Lazimnya si manja anda akan menolak sayur pada permulaannya. Sebagai ibu dan bapa, jangan la sesekali menghukum dan memaksa si manja anda sekiranya mereka menolak sayur-sayuran. Sebaliknya, teruskan menggalakkannya untuk menerima sayur sebagai makanannya. Hukuman dan paksaan akan menimbulkan trauma dan akan menghilangkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya. Jika anak anda sudah mula menerima sayur, puji dan berilah kata-kata semangat untuk menggalakkannya terus meminati sayur.
Foto kredit : http://www.relaksminda.com
- Olahan menu sayur yang kreatif.
Dalam usaha untuk menimbulkan minat si manja anda terhadap sayuran, ibu dan bapa perlu lebih kreatif untuk menciptakan menu sayuran yang enak dan persembahan yang menarik. Hal ini akan membuat anak anda lebih tertarik untuk mencuba menu tersebut. Elakkan membuat satu hidangan yang hanya mempunyai sayur, sebaliknya selitkan lauk sampingan selain sayur untuk membuatkan anak anda selesa untuk menikmati sayur-sayuran.
Foto kredit : lifestyle.kompas.com
- Gantikan menu sayur kepada buah
Buah-buahan juga mempunyai sumber nutrisi yang sama pentingnya dengan sayur-sayuran. Untuk si manja anda yang tidak suka dengan sayur, boleh digantikan dengan buah-buahan.
Foto kredit : lifestyle.kompas.com
- Sertakan menu sayur bersama keju
Keju mempunyai rasa yang masam, namun sekiranya ditambah dalam menu sayuran, boleh membantu meningkatkan selera si manja anda terhadap sayuran, terutama sekali, sekiranya si manja anda sangat menggemari keju. Tambahkan keju dalam sayur seperti salad atau tomato untuk menambah lagi selera anak anda. Boleh dapatkan cheese powder di Fawwaz Baby Food untuk dijadikan tambahan pada menu sayur anda.
- Lembutkan sayuran
Langkah ini boleh diambil dalam kaedah mempelbagaikan menu sayuran anda. Contohnya, cucur sayuran bercampur inti seperti ayam, sosej dan sebagainya. Bubur juga antara contoh menu yang bagus untuk si manja anda.
- Berikan supplemen dan vitamin
Ini adalah langkah terakhir perlu dilakukan agar si manja anda berminat dengan sayur-sayuran. Sekiranya anak anda tetap menolak sayuran, pemberian vitamin dan supplemen adalah langkah terakhir untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Namun, sekiranya boleh dielakkan, teruskan berusaha untuk meningkatkan selera bayi anda terhadap sayuran.
Bagi ibu bapa yang ingin mencuba menperkenalkan sayuran kepada si manja anda yang berusia dari 7 bulan, anda boleh mendapatkan produk makanan Fawwaz Baby Food untuk si manja anda. Produk seperti Veggie powder dan juga Trio veggie boleh dicampurkan dalam makanan seperti bubur, mee atau apa sahaja menu yang disediakan dalam memastikan anak anda mendapat nutrisi dari sayur-sayuran.
Untuk menghubungi Fawwaz Baby Food, boleh klik link dibawah untuk terus ke Facebook page mereka.
Laman Facebook Fawwaz Little Kitchen
Akhir kata, sayur-sayuran adalah antara makanan yang penting untuk memastikan si manja anda mendapat nutrisi yang secukupnya. Usahalah sebaik mungkin untuk menanamkan minat anak anda terhadap sayur dan galakkan anak anda untuk menerima sayur sebagai menu pilihan mereka.
Sumber rujukan :
https://siraplimau.com/cara-tips-agar-anak-makan-sayur-susah-tidak-mahu/
https://majalahpama.my/anak-tak-suka-sayur-pakar-pemakanan-ini-kongsi-5-langkah-penyelesaiannya/