Foto kredit : http://www.karangkraf.com
Susu ibu adalah satu cara yang paling berkesan untuk melindungi dan meningkatkan kadar kesihatan dan juga menjamin tumbesaran si manja anda. Namun terdapat beberapa mitos berkenaan penyusuan susu ibu yang boleh mengganggu ibu dan juga si kecil yang sedang menyusu.
Mari kita lihat 10 mitos popular berkenaan susu ibu.
Foto kredit : http://www.kntmarketing.com
- Mitos 1 :
Payudara ibu yang menyusu akan lebih cepat mengendur.
- Fakta 1 :
Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.
Foto kredit : zuriat.my
- Mitos 2 :
Ramai wanita tidak menghasilkan susu yang mencukupi
- Fakta 2 :
Kebanyakan daripada kes bayi yang mengalami peningkatan berat badan yang terlalu perlahan atau penurunan berat badan bukanlah kerana susu ibu yang tidak mencukupi.
Kebanyakan bayi yang mengalami penurunan berat badan atau peningkatan berat badan yang terlalu perlahan, adalah berpunca dari bayi tidak mendapat susu ibu dengan efektif disebabkan cara penyusuan daripada ibu yang tidak betul dan juga tidak sempurna.
Foto kredit : siraplimau.com
- Mitos 3 :
Susu ibu tidak mengandungi zat besi yang mencukupi untuk keperluan bayi
- Fakta 3 :
Bayi yang dilahirkan cukup bulan akan mendapat zat besi yang secukupnya untuk 6 bulan yang pertama daripada susu ibu. Namun, sekiranya anda memberi bayi anda susu formula, nutrisi zat besi dalam susu formula sukar diserap dan sebahagian besar daripadanya akan dikeluarkan melalui saluran najis.
Foto kredit : pamapedia.com
Mitos 4 :
Kandungan nutrisi susu Formula yang terkini adalah setanding dengan nutrisi yang ada pada susu ibu
Fakta 4 :
Sekalipun nutrisi dalam rumusan formula lebih banyak dari susu ibu, satu perbezaan yang ketara antara susu formula dan susu ibu adalah, susu ibu mempunyai antibody, enzim, sel hidup dan juga hormone yang mana tidak ada pada susu formula. Ditambah pula kajian berkenaan rumusan susu formula dibuat berdasarkan ramuan susu ibu, namun ia tidak lengkap dan menyeluruh. Jadi, susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja anda.
Mitos 5 :
Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta 8:
Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja, susu ibu itu akan menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas.
Bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi).
Hal ini kerana, susu ibu, mengandungi 80% air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi.
Mitos 6 :
Wanita yang payudaranya tidak membesar atau membesar hanya sedikit semasa mengandung, tidak akan menghasilkan susu yang mencukupi.
Fakta 6 :
Mengikut kajian, hanya segelintir sahaja wanita yang tidak boleh menghasilkan susu yang mencukup. Majoriti wanita yang payudaranya seolah-olah tidak membesar sewaktu hamil menghasilkan lebih daripada susu yang mencukupi.
Foto kredit : http://www.mithalimoms.com.my
Mitos 7 :
Jika bayi tidak menyusu pada payudara untuk beberapa hari atau minggu, ibu tidak boleh menyusu lagi kerana susu ibu sudah basi
Fakta 7 :
Mitos. Pada hakikatnya, susu ibu yang tidak dikeluarkan dari payudara tidak menjadi basi. Sekiranya susu ibu itu telah dipam keluar dan diletakkan di dalam botol, susu itu terdedah kepada mikrob yang menjadi punca susu menjadi basi.
Foto kredit : mimipipi.net
Mitos 8 :
Tiada susu atau susu tidak mencukupi dalam 3-4 hari pertama selepas kelahiran
Fakta 8 :
Hal ini kerap berlaku kerana bayi tidak melekap dengan betul dan menyebabkan susu tidak diperoleh susu dengan efektif. Bila ransangan kurang, maka lebih lambat untuk susu keluar dengan lebih banyak. Para ibu boleh belajar cara yang efektif untuk memastikan proses penyusuan berlaku dengan lancar dan mudah untuk si manja anda.
Foto kredit : http://www.cikgususu.com
Mitos 9 :
Bayi yang menyusu memerlukan air tambahan apabila cuaca panas
Fakta 9 :
Susu ibu mengandungi segala keperluan yang diperlukan oleh si bayi. Hakikatnya 80% daripada susu ibu adalah air.
Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Jadi, air tambahan tidak perlu sekiranya cuaca panas, dan sekiranya diberi juga, boleh menyebabkan mudarat kepada bayi anda.
Mitos 10 :
Seseorang ibu perlu membersihkan puting setiap kali sebelum menyusu
Fakta 10 :
Amalan membersihkan puting setiap kali sebelum penyusuan adalah tidak perlu, rumit dan bertindak menanggalkan lapisan minyak yang melindungi puting.
Akhir kata, perkara diatas hanyalah sebahagian dari mitos-mitos yang wujud dalam masyarakat kita hari ini. Sebagai ibu yang bertanggungjawab, banyakan bertanya kepada pakar perubatan yang bertauliah untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum praktikkan sesuatu perkara.
Untuk ibu yang sudah mempunyai bayi yang berusia 6 bulan dan keatas, dan memerlukan makanan pelengkap untuk melengkapi nutrisi keperluan si manja anda, boleh la berbuat sedemikian di Fawwaz Baby Food. Terdapat 40 jenis produk makanan yang sesuai untuk bayi anda yang berusia 6 bulan sahingga 24 bulan. Boleh klik pada link di bawah untuk terus ke laman Facebook Fawwaz Baby Food.
Laman Facebook Fawwaz Little Kitchen.
Sumber rujukan :
http://www.mithalimoms.com.my/25-mitos-salah-faham-dalam-penyusuan/
http://www.ibuzarith.com/2015/04/8-mitos-penyusuan-susu-ibu-yang-famous-tapi-tak-benar.html
https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/5-mitos-penyusuan-dan-kebenarannya/
https://majalahpama.my/5-mitos-tentang-penyusuan-susu-ibu-yang-anda-perlu-tahu/
http://blog.sarahpakarcoway.com/tips-keluarga/10-mitos-yang-popular-berkaitan-penyusuan-susu-ibu/