Cart 0

8 JENIS MAKANAN YANG TAK ELOK DIAMBIL OLEH PARA IBU MENYUSU

8 JENIS MAKANAN YANG TAK ELOK DIAMBIL OLEH PARA IBU MENYUSU

Foto kredit : www.kindermusik.com

Susu ibu adalah nutrisi yang paling penting untuk si manja anda, baik untuk kesihatannya ataupun tumbesarannya. Namun, terdapat juga beberapa keadaan yang mana bayi tetap sakit walaupun hanya menerima susu ibunya. Adakah susu ibu bukanlah sumber makanan yang utama bagi bayi anda?

Untuk ibu-ibu yang mengalami perkara ini, tidak perlu runsing kerana susu ibu yang anda beri adalah yang terbaik untuk bayi anda, cuma sebagai ibu, anda perlu mengawasi apa yang anda makan kerana perkara itu yang akan mempengaruhi kesihatan anak anda. Hal ini kerana, si manja anda bergantung sepenuhnya kepada susu ibu untuk keperluannya, jadi apa sahaja yang anda makan dan minum, akan terus diperoleh oleh bayi ketika ia menyusu dan sudah tentu akan mempengaruhi kesihatannya.

Oleh itu, ibu hendaklah mengamalkan diet yang seimbang dan sihat, tapi tidak bermakna si ibu tidak boleh makan makanan kegemarannya, Cuma ada sesetengah makanan tidak digalakkan makan kerana akan memberi kesan kepada bayi.


Antara makanan yang perlu dielak oleh para ibu adalah seperti berikut :


Citrus Fruits.jpg

Foto kredit : http://koding-kn.blogspot.com

  • Buah-buahan citrus

Buah-buahan citrus seperti lemon, limau, oren, dan limau gedang adalah antara makanan yang perlu dielakkan oleh para ibu. Hal ini kerana, ia boleh mengganggu sistem penghadaman bayi anda yang masih belum matang. Untuk bayi yang sensitif terhadap buah-buahan citrus mungkin akan mengalami ruam lampin.

Sekiranya para ibu ingin mendapatkan buah-buahan, pilihlah buah-buahan seperti mangga, epal ataupun jambu batu.


seafood.jpg

Foto kredit :http://waspada.co.id

  • Makan makanan laut yang tinggi dengan merkuri

Makanan seperti ikan yu, todak, tenggiri menpunyai kadar merkuri yang tinggi. Merkuri ini akan mengganggu otak dan juga sistem saraf bayi. Untuk para ibu yang menggemari makanan laut, boleh la memilih makanan yang tidak mempunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti udang, salmon, tuna dalam tin, dan ikan air tawar.


eight-common-food-allergies-causes-symptoms-and-triggers.jpg

Foto kredit : ms.onlinemedicineinfo.com

  • Makanan yang meyebabkan alahan

Bayi anda mudah untuk terkena alahan sehingga sakit perut, sukar untuk tidur, gatal-gatal, ruam, dan ekzema. Jadi para ibu harus mengelak makanan yang boleh menyebabkan alahan kepada diri anda kerana anda memberi kesan kepada si kecil. Makanan seperti telur dipercayai boleh menyebabkan alahan pada bayi anda kerana kandungan sulfur yang membangkitkan rasa tidak selesa pada bayi anda.


alkohol_1537262096.jpg

Foto kredit : www.bharian.com.my

  • Pengambilan alkohol.

Pengambilan alkohol sewaktu hamil dan juga sewaktu menyusu sememangnya tidak bagus dan memberi kesan yang negatif pada diri ibu sendiri, apatah lagi pada si kecil anda.


1134092198-177129_620.jpg

Foto kredit : www.bharian.com.my

  • Pengambilan minuman berkafein

Kebanyakan para ibu menggemari minuman berkafein seperti the, kopi, minuman tenaga dan juga minuman bercoklat. Namun kerana kandungan cafeinnya yang tinggi, ia tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan si manja anda tidak selesa, meragam dan seterusnya sukar untuk tidur. Kurangkan pengambilan minuman berkafein ataupun elakkan pengambilan minuman tersebut sebagai penyelesaian terbaik untuk si manja anda.


selepas-bersalin.jpg

Foto kredit : http://www.bengkungmoden.com

  • Pengambilan supplemen diet

Kebanyakan para ibu mementingkan keadaan badannya selepas bersalin dan ada yang mengambil supplemen diet untuk memelihara badan. Namun, sekiranya para ibu hanya mengambil supplemen ini menggantikan makanan harian, ini secara tidak langsung mengurangkan kandungan zat dalam badan anda. Sekalipun, supplemen tersebut sihat untuk simanja anda, namun, bayi anda yang bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Dengan pengambilan supplemen ini, khasiat dalam badan anda akan berkurang dan akan memberi kesan kepada penghasilan susu pada masa akan datang.

  • Makanan pedas dan berempah

Lazimnya, orang Malaysia terkenal dengan makanan yang pedas dan juga berempah. Namun, ia bukanlah makanan yang digalakkan bagi ibu yang menyusu. Ia mampu menyebabkan rasa tidak selesa pada bayi anda dan akan mudah meragam. Seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan berempah untuk kesihatan si manja anda.

kekacang.jpg

Foto kredit : www.celikvitamin.com

  • Produk kekacang

Produk kekacang dipercayai boleh menyebabkan sesetengah bayi mengalami kembung perut dan juga boleh menyebabkan alahan. Pengambilan yang terlalu banyak sewaktu tempoh penyusuan boleh mengganggu kesihatan bayi anda.


Akhir kata, sebagai ibu, anda lebih mengetahui tentang tingkah laku dan juga reaksi si manja anda terhadap sebarang alahan atau ketidakselesaan. Senarai diatas adalah antara makanan yang boleh mengganggu kesihatan anak anda. Dapatkanlah maklumat yang lebih terperinci dari pakar perubatan atau pemakanan anda berkenaan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat.

Sekiranya bayi anda sudah berusia 6 bulan dan keatas, bayi anda sudah bersedia menerima makanan pelengkap untuk tumbesarannya. Para ibu boleh mendapatkan produk makanan bayi yang sesuai di Fawwaz baby food yang mempunyai lebih dari 40 jenis produk.

Laman Facebook Fawwaz Little Kitchen


Sumber rujukan :

https://majalahpama.my/8-makanan-dan-minuman-yang-mungkin-perlu-ibu-menyusu-elakkan-nombor-7-boleh-buat-susu-berkurangan/

https://majalahpama.my/6-jenis-makanan-tak-elok-diambil-ibu-menyusu-ada-kesan-pada-bayi/

https://blog.pantangplus.com/makanan-berangin-untuk-ibu-menyusu/



Older post Newer post