Foto kredit : www.mithalimoms.com.my
Ekzema adalah satu kondisi kulit yang kering dan gatal yang biasanya berlaku dalam kalangan 15-20 peratus kanak-kanak. Antara tanda-tanda si kecil anda terkena ekzema adalah terdapat bintik-bintik merah dan ada yang hamper membentuk gelembung kecil. Ekzema boleh terjadi akibat pelbagai faktor, sekalipun si kecil anda hanya bermain dalam rumah. Antara faktor punca ekzema adalah dari habuk, kuman dari haiwan peliharaan, makanan seperti telur, kekacang dan sebagainya.
Bagi si kecil yang sudah terkena ekzema, biasanya mempunyai kulit yang sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi supaya tidak merebak dan menjadi lebih teruk. Berita baik bagi ibu dan bapa adalah, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema biasanya akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Walaupun, ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan sesuai dan rapi.
Berikut adalah tips dan rutin yang perlu diambil untuk merawat ekzema pada anak anda.
- MANDI TIDAK TERLALU LAMA DAN TIDAK LEBIH DARI SEKALI.
Apabila si manja anda terkena ekzema, mandi terlalu lama atau terlalu banyak dalam sehari mendedahkan kulit bayi anda yang sensitif untuk melecet, yang mana akan menyukarkan lagi proses penyembuhan kulit anak anda. Sebagai alternatif, para ibu boleh menggunakan losyen, krim atau gel untuk memelihara lapisan yang melindungi, melembap dan melegakan kegatalan kulit bayi anda.
Foto kredit : www.drypers.com.my
- PENGGUNAAN LOSYEN PELEMBAB PADA KULIT BAYI ANDA
Bagi si manja anda yang terkena ekzema, kulit mereka sangatlah sensitif. Untuk membantu mangatasi kulit sensitifnya itu, kerapkan penggunaan losyen dan krim pelembab untuk memastikan kulit si manja anda tidak kering dan kusam, yang akan menjurus kepada pelecetan kulit. Losyen juga dapat membantu dalam memperbaiki kegatalan selain dari memelihara kulit bayi anda.
Foto kredit : siraplimau.com
- ELAKKKAN PENGGUNAAN SABUN KETIKA MANDI
Penggunaan sabun yang mengganggu keseimbangan kelembapan kulit akan membuatkan ekzema bayi anda semakin teruk. Pilih lah sabun yang mengandungi pH yang seimbang dan dapat menyingkirkan minyak semula jadi supaya kulit si manja anda kekal sihat.
Foto kredit : beritagar.id
- POTONG KUKU BAYI ANDA
Ekzema akan menyebabkan kulit gatal dan anak anda pasti akan menggaru kulitnya yang gatal itu. Sekiranya kuku tidak dipotong dan anak anda menggaru pada kulit yang gatal tersebut, ini akan membuat kulit anda melecet dan ekzema anak anda menjadi lebih teruk.
Para ibu boleh pakaikan mereka sarung tangan pada waktu malam sebelum tidur, untuk menggelakkan mereka menggaru kulit mereka menggunakan kuku mereka.
Foto kredit : nota.pw
- JAUHKAN HAIWAN PELIHARAAN DARI ANAK ANDA
Untuk para ibu yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah seperti kucing, seeloknya kurangkan interaksi antara bayi anda dan juga haiwan peliharaan anda. Sekiranya, kucing anda biasa bermain di dalam rumah, letakkannya diluar untuk sementara waktu untuk mengelakkan si manja anda dari terkena mikrob yang dibawa oleh kucing anda. Dan juga dapat mengurangkan insiden di mana kucing anda mencakar si manja anda dan membuatkan kulitnya melecet.
Foto kredit : http://lapakperumahan.org
- BERSIHKAN KAWASAN PERSEKITARAN RUMAH DARI SAMPAH DAN HABUK
Bayi yang terkena ekzema biasanya sensitif dengan kehadiran habuk. Oleh itu, rajin-rajin la membersihkan habuk dan sampah di kawasan dalam rumah yang selalu anak anda bermain untuk mengurangkan pendedahan anak anda kepada habuk.
Foto kredit : http://taskaperintiscomel.blogspot.com
- BEKALKAN MAKANAN DAN SNEK UNTUK BAYI ANDA SEKIRANYA DIHANTAR KE TASKA/PUSAT JAGAAN
Sekiranya para ibu dan bapa terpaksa untuk meninggalkan anak mereka ke pusat jagaan ataupun taska, bekalkan makanan yang disediakan sendiri dari rumah. Dengan membekalkan makanan yang disediakan sendiri, anda akan lebih yakin dengan tahap kebersihan makanan yang disediakan. Dan, mungkin kebanyakan para ibu tidak sempat untuk menyediakan makanan untuk simanja anda di waktu pagi kerana sibuk untuk ke kerja dan sebagainya, para ibu boleh menggunakan produk makanan yang mudah untuk disediakan. Antara contoh produk makanan yang mudah disediakan, sihat, dan juga berkhasiat, adalah produk makanan bayi dari Fawwaz Baby Food.
Fawwaz Baby Food mempunyai lebih dari 40 jenis produk makanan yang mudah disediakan dan dapat membantu para ibu membekalkan makanan yang sihat pada si manja anda. Untuk mendapatkan produk makanan Fawwaz Baby Food, boleh klik pada link dibawah untuk terus ke laman Facebook Fawwaz Baby Food.
Laman Facebook Fawwaz Little Kitchen
Akhir kata, bayi anda yang terkena ekzema akan mengalami ketidakselesaan dan meragam, baik pada waktu siang ataupun malam. Sebagai ibu dan bapa, anda perlulah memastikan anak anda mendapat persediaan yang rapi dan sesuai untuk merawat ekzema yang dihadapinya. Tidak perlu risau kerana biasanya ekzema akan sembuh sendiri, dan sekiranya keadaan menjadi lebih teruk, bawaklah anak anda berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan dan maklumat lanjut.
Sumber rujukan :
https://siraplimau.com/8-tips-rutin-harian-ini-anda-patut-amalkan-jika-si-kecil-terkena-ekzema/
https://www.babycenter.com.my/a1045604/ekzema-bayi-sebab-simptom-rawatan-dan-krim
https://my.theasianparent.com/masalah-ekzema-bayi/
https://story.motherhood.com.my/my/2017/05/02/rawatan-berkesan-bayi-ekzema/