Foto kredit : http://www.kenaviral.com
Terkadang, tidak perlu melihat di televisyen untuk melihat drama-drama terkini. Hanya perlu melihat suasana dan keadaan seorang ibu ingin memberi atau menyuap makanan kepada anaknya sudah menyamai dengan drama-drama di luar sana.
Kadang para ibu menjadi bingung ketika ingin memberi makan kepada anak mereka atas alasan si manja tak nak makan, tak lalu makan, tak berselera, tak sedap dan bermacam lagi. Walaupun para ibu telahpun menyediakan makanan kegemaran, si manja tetap tidak mahu makan. Pastinya ibu dan bapa menjadi risau akan keadaan ini kerana akan menyebabkan penyusutan berat badan sekaligus boleh menjurus kepada malnutrisi.
Untuk keadaan seperti ini, Dr Suriyakhatun ada menjelaskan mengapa dan apa sebab si manja kerap tidak mahu makan.
Foto kredit : my.theasianparent.com
PENJELASAN DR SURIYAKHATUN
Bertubi-tubi pembaca pm saya minta pendapat nak buat apa. Anak banyak minum susu dan tak lalu makan. Ada yang minta saya terangkan secara terperinci apa dia patut buat. Ada yang minta saya share dengan dia link posting saya sebab tak dapat cari sendiri . Disamping itu ada pula yang sanggup datang dari jauh jumpa saya dipusat rawatan saya untuk khidmat nasihat dan rawatan sebab menghargai dan memberi nilai pada usaha saya untuk menolongnya. Oleh kerana sudah banyak sangat soalan yang sama, maka saya cubalah jawab apa yang mampu disini.
ADA BANYAK KEMUNGKINAN ANAK TAK LALU MAKAN…
1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.
2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula biskut kek dan 'jajan'. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah.
3. Ibu-bapa penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.
4. Anak ada masalah penghadaman dan kurang selera a disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.
Foto kredit : http://ibudanmama.com
Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghazaman. Begitu juga no 2. Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein. Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makanan sihat dan pilih makanan tak sihat.
Foto kredit : hellosehat.com
“Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk.”
Sebagai ibu bapa, sepatutnya, anda lah yang mengatur dan menyusun kehidupan si manja anda dan bukan sebaliknya.
Sekiranya apa yang si manja anda hendak tidak sesuai untuk kesihatan atau perkembangannya, anda sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak menurut sahaja kehendak si manja anda itu.
Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia. Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Suriyakhatun