Foto kredit : parenting.dream.co.id
Lumrahnya, si manja tidak akan selamanya sihat. Dan apabila si manja anda sakit, sudah pasti para ibu dan bapa tidak senang duduk kerana risau akan kesihatan si manja anda.
Setelah berjumpa dengan doktor, anak anda terpaksa makan ubat, dan sekali lagi ibu bapa akan menjadi risau. Hal ini kerana, si manja anda susah untuk makan ubat, dan sekiranya dipaksa, pastinya ibu bapa menjadi kesian akan keadaan si manjanya itu.
Namun, menurut Dr Ezairy M Salih, ada beberapa cara dan langkah yang boleh diambil untuk memujuk anak anda untuk makan ubat. Untuk para ibu bapa yang mengalami kesukaran seperti ini, boleh la rujuk nasihat yang telah diberikan oleh Dr Ezairy M Salih di laman Facebooknya.
Mungkin ada antara anak-anak kita yang memang susah untuk makan atau minum ubat. Masalah ini biasanya lebih kerap berlaku kepada peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang mengambil berbagai-bagai alternatif bagi memastikan si anak tersayang dapat menelan ubat. Persoalannya bagaimana?
Foto kredit : http://jagabayi.blogspot.com
Saya akan kongsi 6 cara berkesan berdasarkan pengalaman para ibu bapa pesakit untuk kita cuba amalkan di rumah :
- GUNA PICAGARI
Elak menggunakan sudu. Dos ubat yang diberitahu oleh doktor perlu diikuti. Justeru penggunaan syringe atau picagari adalah perlu bagi memastikan anda memberi ubat mengikut kuantiti yang betul dan ia sebenarnya jauh lebih mudah berbanding cara lain. Pastikan juga menggunakan syringe sesuai mengikut kuantiti yang akan diberi. Biasanya 3ml atau 5ml.
Foto kredit : story.motherhood.com.my
- TEKNIK YANG SESUAI DAN BETUL
Saya nasihatkan letakkan anak di dalam pangkuan. Untuk bayi atau anak kecil, pastikan mereka berada di posisi duduk atau separa duduk. Posisi baring menelentang dilihat mudah untuk memberi ubat, namun ia akan meningkatkan risiko ubat untuk masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke peparu. Ini bahaya!
Foto kredit : lifestyle.okezone.com
- CARI RUANG DAN KAWASAN YANG TENANG
Kita pun kalau nak buat sesuatu perkara perlukan ruang yang selesa. Beri ubat kepada anak pun begitu. Penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mencari ruang yang selesa dan cukup pencahayaan. Memberi ubat sama seperti memberi makan atau minum kepada anak. Sekiranya ruangnya sempit, kita juga akan cenderung memberi ubat dengan cara yang tidak betul. Kuantiti ubat yang bakal diberi juga akan terganggu.
Foto kredit : pinkkorset.com
- JANGAN PAKSA ANAK ANDA YANG SEDANG MERONTA-RONTA
Ini akan menyebabkan anak anda tersedak dan muntah. Beri peluang mereka tenang dan beri ubat.
- BERI PELUANG ANAK PEGANG PICAGARI UBAT DAN LETAKKAN DALAM MULUTNYA SENDIRI
Cara ini banyak membantu ibu bapa. Anda kemudian bantu untuk pastikan ubat dimasukkan ke mulut anak anda.
Foto kredit : www.babycenter.com.my
- MINTA NASIHAT DOKTOR
Anda boleh minta pandangan dan nasihat daripada doktor yang memeriksa anak anda. Beritahu kepadanya bahawa anak anda mungkin jenis yang amat sukar untuk diberi ubat. Perlu dipegang tangan, kaki dan dipaksa baru boleh diberi. Doktor ini tuan puan, manusia juga. Kami akan cuba beri ubat yang paling sesuai dari segeri kekerapan, kuantiti dan jenis kepada anak dan bayi. Yang penting, komunikasi antara ibu bapa pesakit bersama doktor mesti ada.
Semoga perkongsian kali ini mendatangkan banyak manfaat. #Kongsikankepada orang yang anda sayang.
Sumber rujukan :
https://www.facebook.com/DrEzairyM.Sallih/posts/1844564578987804