Cart 0

MENCEGAH MALNUTRISI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DENGAN PENYUSUAN IBU YANG OPTIMUM

MENCEGAH MALNUTRISI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DENGAN PENYUSUAN IBU YANG OPTIMUM

Foto kredit : http://www.tokoclodimurah.com

Umumnya, para ibu dan bapa sememangnya mengetahui tentang khasiat dan kepentingan susu ibu bagi perkembangan bayi itu sendiri. Selain dari membekalkan nutrisi yang berkhasiat dan penting untuk badan, susu ibu juga dapat membantu dalam membina sistem imun dan ketahanan yang kuat pada bayi anda. 

Menurut kajian yang telah dilakukan, bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit dan juga kurang berisiko mendapat penyakit seperti cirit-birit, pneumonia, bronchitis, sembelit, jangkitan saluran kencing, ekzema dan masalah malnutrisi pada tahun pertama hayat mereka.


sakit-perut.jpg

Foto kredit : siraplimau.com

Malnutrisi membawa maksud keadaan yang terhasil akibat pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi di mana sesetengah zat kurang atau dalam nisbah yang salah. Masalah ini adalah biasa dan lazim dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana, kurangnya kesedaran tentang masalah ini dalam kalangan ibu bapa, justeru membuatkan masalah ini menjadi suatu yang biasa dalam kalangan masyarakat kita. 

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan nutrisi dianggarkan berkait dengan 2.7 juta kematian kanak-kanak setahun atau 45 peratus daripada semua penyebab kematian kanak-kanak. 


153001546_wide.jpg

Foto kredit : www.babycenter.com.my

FUNGSI SUSU IBU DALAM MENANGANI MASALAH MALNUTRISI

Bermula lahir sehingga usia bayi enam bulan, ibu perlu menyusukan bayi secara eksklusif kerana susu ibu sudah cukup lengkap dan menepati keperluan nutrisi bayi. Ini bermaksud bayi anda hanya diberikan susu badan sahaja dan tidak diberikan makanan atau minuman lain termasuk air. 

Bagi ibu yang baru bersalin, penyusuan kepada bayi anda boleh dimulakan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran bayi. Hal ini kerana, susu pertama yang keluar pada ibu, yang dikenali sebagai kolostrum, adalah yang terbaik untuk si manja. Susu ini telah mula dihasilkan pada hujung tempoh kehamilan dan merupakan makanan yang sempurna untuk bayi kerana mempunyai 400 jenis nutrien, hormon dan kuasa untuk melawan penyakit. 

Tambahan pula, dengan kehadiran pelbagai ramuan penting yang tidak dapat diperoleh dari mana-mana susu formula,  susu ibu menjadi makanan terpenting bagi si manja anda.  


bigstock-Cheerful-Baby-Boy-47236834.jpg

Foto kredit : Guest Blog – Gillian Stewart – the dreaded baby routine. 

Penyusuan awal ini membantu melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan dan mengurangkan risiko kematian bayi baru lahir. Risiko kematian ini boleh terjadi disebabkan cirit-birit dan jangkitan lain yang boleh berlaku kepada bayi yang tidak diberikan susu badan sepenuhnya ataupun yang tidak diberikan susu ibu langsung.

Susu ibu juga merupakan sumber penting tenaga dan nutrien bagi bayi yang berusia 6-23 bulan. Susu ibu menawarkan separuh atau lebih tenaga yang diperlukan oleh bayi berusia 6-12 bulan, dan satu pertiga keperluan tenaga untuk bayi 12-24 bulan. 

Namun, selepas bayi anda berusia 6 bulan keatas, si manja anda perlu diberi makanan pelengkap untuk melengkapi keperluan nutrisinya, disamping pemberian susu ibu sehingga berusia 2 tahun. Bagi ibu yang ingin mendapatkan makanan bayi yang berkhasiat, bebas gula dan garam, dan juga bahan pengawet untuk bayi anda, Fawwaz Baby Food adalah jawapannya. 

Dengan lebih 40 jenis produk makanan yang berkhasiat, semestinya Fawwaz Baby Food menjadi pilihan utama ibu bapa di Malaysia. 

FAWWAZ LITTLE KITCHEN

44342799_1068777286616058_7429351050420682752_n.jpg


Akhir kata, cara terpenting dalam menangani masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak adalah dengan pemberian susu ibu yang optimum bagi membantu sebagai pencegahan awal kepada masalah malnutrisi kanak-kanak, selain memberikan kesan positif sepanjang hayat terhadap kanak-kanak dan ibu.

Sekiranya terdapat permasalahan dalam penyusuan susu ibu kepada si manja anda, silalah merujuk kepada pakar perubatan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan juga rawatan yang sebaiknya. 

Sumber rujukan :

https://hellodoktor.com/ms/keibubapaan/penyusuan-badan/cegah-malnutrisi-kanak-kanak-dengan-penyusuan-susu-ibu/
















Older post Newer post