Cart 0

PERTUMBUHAN GIGI BAYI ANDA – APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

PERTUMBUHAN GIGI BAYI ANDA – APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Foto kredit : www.popmama.com

Proses pertumbuhan bayi adalah suatu proses yang panjang bagi bayi anda. Ia akan mengambil masa sekurangnya 3 tahun untuk pertumbuhan penuh gigi susunya. 

Kebanyakannya, gigi bayi anda akan mula tumbuh sekitar usia 4 sehingga 7 bulan. Biasanya pertumbuhan ini akan bermula dengan 2 gigi di depan, sama ada di bahagian atas atau di bahagian bawah. 

Gigi yang terakhir iaitu gigi geraham kedua, yang terdapat pada bahagian atas dan bawah, biasanya akan tumbuh pada umur sekitar 2 tahun. Pada usia 2 tahun, si manja anda akan mempunyai sekitar 20 batang set lengkap gigi susu.


intl_spain_lg2_rebeka_8_125_wide.jpg

Foto kredit : www.babycenter.com.my

ADAKAH MENYAKITKAN PERTUMBUHAN GIGI BAGI BAYI ANDA?

Bagi permulaan, pertumbuhan gigi pertama bagi bayi anda mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan dan juga kesakitan yang akan membuatkan bayi anda meragam dan menangis. Air liur si manja anda akan meleleh secara berlebihan dan akan menyebabkan kesakitan pada bayi anda. Perkara ini akan berlanjutan selama sebulan atau 2 bulan selepas gigi pertama itu tumbuh. 

Sepanjang tempoh ini, para ibu dan juga bapa perlu berkorban masa dan tenaga untuk menjaga si manja anda kerana bayi anda mungkin akan terjaga pada waktu malam dan juga akan sering menangis. 

Anda boleh menyediakan ‘teething toys’ dan selalulah menggosok gigi bayi anda untuk melegakan kesakitan yang dialami simanja anda. Terkadang, ada symptom lain atau sakit lain yang turut muncul ketika permulaan pertumbuhan gigi si manja anda seperti demam, cirit birit dan juga lain-lain. 

Menurut pakar perubatan, pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan sebarang penyakit seperti cirit birit atau selesema contohnya. Besar kemungkinan bahawa, anak anda mungkin menghidap selesema atau sakit yang lain, dan sebagai ibu dan juga bapa, anda boleh la bawa berjumpa pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut.
 
 Gigi bayi anda akan tumbuh secara berturut-turut dimulai dengan tumbuh dengan gigi di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama.

Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.
 
 

ada-bayi-yang-demam-apabila-nak-tumbuh-gigi-geraham.jpg

Foto kredit : iluminasi.com

APA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEMBANTU BAYI SEPANJANG PROSES PERTUMBUHAN GIGI BAYI?

Sebagai ibu dan juga bapa, anda pasti akan risau, gembira dan juga teruja dengan gigi pertama anak anda. Pastinya anda ingin terlibat sama untuk membantu untuk menggalakkan pertumbuhan bayi anda, namun sebenarnya, anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk membantu gigi anak anda untuk tumbuh, namun anda boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh si manja anda sepanjang proses pertumbuhan giginya. 

Antara tindakan yang boleh diambil adalah berikan anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit ataupun ‘teething toys’ yang telah disejukkan di dalam peti ais untuk memberi kelegaan kepada kegatalan dan kesakitan yang dialami pada gusi anak anda.

Boleh juga beri makanan seperti snack fruit (sekiranya sudah berumur 8 bulan) yang telah disejukkan untuk dijadikan kelegaan pada gusi si manja.  Sekiranya para ibu dan juga ingin mendapatkan snack fruit yang sesuai untuk si manja anda yang sudah tumbuh gigi dan berumur 8 bulan, boleh la dapatkan di Fawwaz Baby Food untuk pelbagai snack fruit yang berkhasiat dan bebas dari gula, garam, dan juga bahan pengawet.

FAWWAZ BABY FOOD

Sekiranya bayi anda berada dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol, tapi hanya setelah mendapat nasihat dan rundingan dari doktor dan juga pakar perubatan, pada dos yang telah ditetapkan.

Apabila giginya sudah tumbuh, anda boleh mengambil tindakan seperti memberus giginya untuk tahun yang pertama. Tetapi, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, dan jadikannya sebagai rutin seharian si manja anda, di waktu pagi atau sebelum tidur. Sebelum tidur, anda tidak digalakkan untuk menidurkan si manja anda dengan menggunakan botol susu kerana susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi. 

MENGAJAR MENGGOSOK GIGI SECARA SENDIRI
 
 Anda mungkin boleh mengajar bayi anda untuk menggosok gigi secara sendiri pada usianya sekitar 18 bulan. Anda haruslah membantu dan menunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.
 
 Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, anda boleh mencuba jenama ubat gigi yang lain ataupun tidak menggunakan sebarang ubat gigi untuknya. Melainkan anak anda mengambil makanan atau diet seperti makanan bergula, di mana anda perlu mengelakkannya dari mengambil dengan terlalu banyak. Kawal pengambilan makanan bergula untuk si manja anda supaya ianya tidak menjadi luar kawalan.
 
 

gambar210.jpg

Foto kredit : http://www.katalogibu.com
 

BAYI SUDAH BERUMUR 8 - 10 BULAN, NAMUN MASIH TIADA GIGI

Sekiranya bayi anda sudah berusia 8-10 bulan dan masih tidak tumbuh gigi, anda tidak perlu risau. Setiap anak memiliki fasa perkembangan dan pertumbuhan yang berbeza-beza. 

Menurut Dr. Nadia Nurotul Fuadah, bayi umur 8 bulan belum tumbuh gigi adalah satu kedaan yang normal. Asalkan si kecil itu sudah mampu untuk merangkak dengan aktif dan duduk dengan sendirinya.  

Menurutnya lagi, pertumbuhan gigi bayi juga dipengaruhi oleh kalsium daripada susu badan dan susu formula. 

Sekiranya si manja telah mendapat susu yang terbaik, para ibu dan juga bapa tidak perlu risau dan tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Beliau menambah , bahkan, masih ada bayi yang usia 18 bulan baru tumbuh gigi. Hal ini masih dianggap normal oleh ahli perubatan. 

Bagi bayi pra-matang kemungkinan untuk mereka mendapat gigi mungkin akan lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang.
 

Akhir kata, pertumbuhan gigi si manja anda bergantung pada tumbesaran dan juga nutrisi yang diperolehnya. Sekiranya anda telah memberi nutrisi susu yang secukupnya, anda tidak perlu risau sekiranya anak anda lambat tumbuh gigi. Bagi ibu dan bapa yang bayinya sudahpun tumbuh gigi, anda boleh melakukan perkara seperti diatas ataupun boleh mendapatkan nasihat dan rundingan pakar perubatan.
 
 
 

Sumber rujukan :

https://my.theasianparent.com/bayi-umur-8-bulan-belum-tumbuh-gigi

https://my.theasianparent.com/bayi-umur-8-bulan-belum-tumbuh-gigi

https://www.nutriclub.co.id/kategori/bayi/kesehatan/lima-tahap-pertumbuhan-gigi-si-kecil/



Older post Newer post