Cart 0

IBU BAPA KELIRU? INI JAWAPAN UNTUK SOALAN CLICHÉ BERKENAAN MAKANAN BAYI 6 BULAN

IBU BAPA KELIRU? INI JAWAPAN UNTUK SOALAN CLICHÉ BERKENAAN MAKANAN BAYI 6 BULAN

Foto kredit : http://nakita.grid.id

Umum diketahui, bayi yang berusia di bawah 6 bulan tidak sesuai untuk diberi makanan pejal kerana sistem penghadaman bayi yang tidak menyokong makanan selain susu ibu.

Selepas berusia 6 bulan keatas, bayi anda kebiasaannya sudah mula bersedia dan boleh menerima makanan pejal. Sebagai ibu bapa, anda perlu merangka jenis makanan yang perlu diberi kepada si manja anda untuk memastikan si manja anda mendapat nutrisi yang mencukupi kerana susu ibu sahaja sudah tidak mencukupi.

Untuk merangka menu diet untuk si manja anda, terkadang ibu bapa keliru dan tidak tahu untuk memilih dan merangka menu diet yang sesuai. Puan Sabariah Sareh Saad melalui laman Facebooknya telah menjawab beberapa persoalan tentang perkara ini. Soalan dan jawapan yang asal telah diubah oleh penulis untuk bacaan pembaca.  

Bayi saya sudah berumur 6 bulan. Apakah makanan yang sesuai diberi?
 Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru, atau dikenali sebagai 4-days rule. Rule ini dapat membantu para ibu dan bapa dalam mengesan sebarang alahan pada si manja anda. Sekiranya terdapat symptom alahan pada simanja, makanan tersebut boleh di buang dari senarai makanan bayi anda. 

Untuk mendapatkan makanan yang sesuai untuk bayi anda mengikut usia, para ibu dan bapa boleh menghubungi Fawwaz Baby Food yang menyediakan lebih dari 40 jenis makanan bayi yang berusia 6 bulan dan keatas. 

Laman Facebook Fawwaz Baby Food

Berapa kali dalam sehari bayi perlu diberi makan selain susu ibu?
 1 kali sehari pada permulaan, sama ada pada waktu pagi, tengah hari, petang ataupun malam. Tempoh dan kadar pemberian boleh ditingkatkan secara berkala untuk membantu penyesuaian si manja anda. 

Lihat juga keperluan si manja anda untuk mengatur masa pemberian makanan. 

Berapa banyakkah kuantiti yang perlu diberi untuk sekali makan? 
 Pada permulaannya, 2,3 sudu sudah memada. Perut bayi yang masih kecil dan masih membesar dan pemberian yang banyak akan mengganggu penyesuaian bayi anda terhadap makanan yang diberi. Sekiranya kurang, tidak mengapa. Amaun pemberian boleh ditingkatkan setelah beberapa hari.

Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
 Bayi anda hanya menerima susu ibu selama 6 bulan pertama. Pemberian makanan seperti puree atau semi solid tidak memberi beban yang tinggi pada sistem penghadaman anak anda. Untuk pemberian bubur nasi, kerana nasi merupakan sumber karbohidrat, kebiasaannya boleh menyumbang kepada sembelit. Namun, sekiranya menggunakan nasi perang atau brown rice, risiko sembelit dapat dikurang kerana nutrisi yang dimiliki oleh brown rice ini.

Untuk ibu dan bapa yang ingin mendapatkan makanan seperti puree dan brown rice, boleh dapatkan di Fawwaz Baby Food. 


6d1da9ad-d04b-4b58-9b58-9708e110cb18.jpg

039739a2-deae-4237-ad58-fdde18bc746d.jpg


Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
 Adakalanya bayi anda sudah kelihatan bersedia untuk menerima makanan seawal umur 5 bulan. Tapi sebagai langkah kesihatan, seelokknya tunggu sehingga bayi anda berusia 6 bulan untuk memberi makanan pejal kepadanya.

INS80619.JPG 

Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. 
 Perkara ini adalah suatu perkara yang biasa bagi bayi anda. Terkadang, bayi anda tidak mahu langusng untuk makan makanan yang diberikan. Hal ini kerana makanan yang diberi adalah perkara yang baharu bagi si manja anda, dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Para ibu dan bapa harus bersabar dan terus memberi makanan kepada anak anda dan lama-kelamaan anak anda akan menerima makanan tersebut. Seeloknya jangan dipaksa, ini boleh menyebabkan anak anda menolak terus makanan yang diberi. 


image.jpg

Foto kredit : http://www.karangkraf.com

Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
 Sembelit : Give ‘P’ (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop ‘BRAT’.
 Cirit-birit : Feed ‘BRAT’ (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop ‘P’. Sekiranya, sakit anak anda berpanjangan, bawa lah berjumpa dengan pakar pemakanan atau doktor untuk mendapatkan maklumat dan rawatan selanjutnya.


cara-mengatasi-sembelit-pada-bayi-lebih-efektif-setelah-tahu-penyebabnya-alodokter.jpg

Foto kredit : www.alodokter.com

Bila boleh beri ikan?
 Makanan yang berunsurkan ikan, disarankan untuk bayi berumur 10 bulan ke atas. Hal ini kerana sebahagian bayi yang mempunyai alahan pada makanan yang berunsur ikan. 

Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
 Makanan yang mempunyai gula, garam dan bahan pengawet, tidak sesuai untuk diberi kepada bayi anda. Untuk pengetahuan para ibu dan bapa, produk makanan bayi Fawwaz Baby Food tidak mempunyai sebarang gula, garam dan juga bahan pengawet untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi yang sihat. 

Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

Baby-Food-2.jpg

 Foto Kredit: Organic Health 

Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?
 Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.

Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
 Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.


Ini adalah antara soalan dan jawapan yang diperoleh dari laman Facebook Puan Sabariah Sareh Saad. Akhir kata, sebagai ibu bapa, belajarlah sebanyak mungkin ilmu keibubapaan yang boleh diperoleh dari pakar perubatan, pakar pemakanan atau ibu bapa yang sudah berpengalaman. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memastikan anak anda kekal sihat dan dapat membesar dengan baik. 

Sumber rujukan :

https://siraplimau.com/33-persoalan-mengenai-pemakanan-anak-bila-mencapai-usia-6-bulan-ini-jawapannya/

https://www.facebook.com/sabariah.s.saad



Older post Newer post