Foto kredit : www.enfa.co.id
Si kecil adalah permata yang menyerikan kehidupan ibu dan bapa. Segala kebajikan dan hal ehwal si kecil akan dipelihara dengan baik untuk memastikan anak mereka membesar dengan sempurna.
Namun, sebaik mana jagaan yang dilakukan, si manja anda tidak akan terlepas dari masalah seperti sembelit atau alahan pada makanan. Hal ini akan membuatkan si manja anda berada dalam keadaan tidak selesa dan ibu bapa juga akan terlibat sama dengan perasaan tidak senang ini.
Masalah seperti sembelit dan alahan adalah suatu perkara yang biasa berlaku dalam kalangan bayi. Alahan biasa berlaku apabila sistem pertahanan badan bayi bertindak balas pada kandungan nutrient dalam makanan yang biasanya tidak membahayakan. Bagi bayi yang mempunyai alahan, simptomnya biasa kelihatan dalam beberapa minit selepas dia mengambil makanan itu.
Foto kredit : www.mithalimoms.com.my
Antara tanda-tanda dan symptom alahan adalah seperti gatal-gatal (ruam) sekeliling mulut, hidung dan matanya, yang mungkin merebak ke seluruh badan, bengkak pada bibir, mata dan muka, hidung berhingus atau tersumbat, bersin-bersin, mata berair, gatal mulut dan sakit tekak dan loya, muntah-muntah dan cirit-birit.
Jika alahan menyebabkan reaksi yang teruk, si manja akan menunjukkan reaksi seperti sukar bernafas, bengkak pada tekak dan lidah, dan tekanan darah turun tiba-tiba.
Bagi sembelit pula, ia biasa berlaku kerana Ia selalunya berlaku apabila najis bergerak terlalu perlahan dalam usus, lalu menjadi keras dan kering. Ditambah dengan sistem pencernaan bayi yang tidak begitu matang, jadi proses sembelit ini biasa berlaku.
Biarpun ia bukan sesuatu yang berbahaya, sembelit menyebabkan rasa tidak selesa, sakit perut, loya dan kesakitan ketika membuang air besar.
Mengikut pakar kanak-kanak Dr Lim Kia Suan, antara tanda dan gejala sembelit adalah kanak-kanak itu hanya membuang najis kurang daripada dua kali dalam masa seminggu dan najis mereka keras serta kering. Sekiranya masalah ini berlarutan, bawalah anak anda berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
APAKAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH SEMBELIT DAN ALAHAN PADA BAYI ?
Antara cara yang boleh diambil adalah seperti :
- 4-DAYS RULE
4-days rule adalah kaedah yang diperkenalkan oleh pakar nutrisi untuk memperkenalkan makanan yang sihat kepada bayi anda. Sekiranya anda memperkenalkan satu menu makanan pada hari isnin, anda perlu mengekalkan makanan itu sehingga hari rabu, dalam tempoh 3-4 hari untuk melihat kesan pada bayi anda. Jika selepas 3-4 hari, bayi anda tidak mempunyai sebarang masalah, ini bermakna makanan yang anda beri itu boleh diambil oleh si manja anda.
Antara tujuan 4-days rule ini adalah untuk mengesan sekiranya bayi anda mempunyai sebarang alahan atau masalah seperti sembelit secara spesifik pada jenis makanan yang diberikan. Sekiranya bayi anda menunjukkan sebarang masalah dalam tempoh 4 hari tersebut, ibu dan bapa dapat mengesan masalah itu dan bertindak sewajarnya.
- PENGAMBILAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Pengambilan makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membantu melancarkan penyingkiran najis. Pastikan hidangan makanan utama dan snek terdiri daripada buahan, sayur, gandum dan kekacang.
Nutrisi ini boleh didapati pada Brown Rice Instant Complete meal dan juga Brown Rice Instant Balance Meal.
Produk diatas adalah makanan bayi yang dikeluarkan oleh Dfawwaz, untuk memastikan si manja anda mendapat nutrisi terbaik untuk perkembangannya. Boleh klik link di bawah untuk melawat laman Facebook Dfawwaz.
- MINUM AIR YANG MENCUKUPI
Air yang mencukupi dapat membantu melembutkan najis. Dan juga berhati-hati dalam member produk tenusu kepada bayi anda kerana ia mungkin menyumbang kepada masalah sembelit pada si manja anda.
IKUT NASIHAT DOKTOR ATAU PAKAR PEMAKANAN
Sekiranya si manja anda telah disahkan mengalami alahan, ikutilah nasihat doktor atau pakar pemakanan tentang tindakan selanjutnya. Pastikan segala nasihat dan arahan yang diberi oleh doktor atau pakar pemakanan dapat diikuti untuk memastikan keadaan anak anda sentiasa selamat.
Akhir kata, perkara seperti alahan dan sembelit adalah perkara yang sering dan biasa berlaku pada bayi. Hal ini kerana sistem penghadaman dan imun bayi yang masih dalam proses perkembangan dan pastinya berlaku beberapa reaksi yang akan berlaku.
Rujuklah la pakar perubatan anda untuk mendapatkan info-info terkini dan juga maklumat bagi memastikan si manja anda dapat membesar dengan baik dan sempurna.
Sumber rujukan :
https://www.babycenter.com.my/a1033075/alahan-makanan-pada-bayi#ixzz5VfIzw0U6
https://www.babycenter.com.my/a1033075/alahan-makanan-pada-bayi#ixzz5Vf4cKrdQ
https://www.hmetro.com.my/node/86851
https://hamil.co.id/bayi/makanan-bayi/manfaat-kurma-untuk-bayi
https://siraplimau.com/makanan-bayi-6-bulan/