Foto kredit : http://www.karangkraf.com
Si manja anda mungkin sudah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk menerima makanan pejal, namun makanan pejal apakah yang sesuai untuk diberi?
Antara makanan pejal pertama yang boleh diberi kepada simanja anda adalah makanan seperti puri buah-buahan atau sayuran, atau bubur nasi yang dicampurkan dengan susu ibu / susu formula. Kepekatan puri itu hendaklah disesuaikan sedikit demi sedikit dengan makanan yang diberi.
Antara contoh makanan yng sesuai adalah seperti lobak merah, keledek, labu, pisang, betik, pear dan kentang.
Selain bubur dan puri,makanan jejari seperti buah-buahan dan sayuran lembut yang dipotong kecil atau biskut bayi juga boleh diberikan.
Foto kredit : hellosehat.com
MAKANAN YANG BERSIFAT ALLERGENIK
Makanan yang mempunyai sifat allergenic seperti soya, telur, gandum, ikan dan makanan yang berasaskan kacang. Bagi makanan seperti ini mungkin boleh dilewatkan pemberiannya, terutamanya jika si manja anda mempunyai masalah eczema dan alahan.
Sekiranya bayi anda menunjukkan keserasian bayi anda dengan makanan yang lain, anda boleh meneruskan pemberian makanan ini.
MULAKAN DENGAN SATU JENIS MAKANAN DAHULU
Pemberian satu jenis makanan dahulu dapat membantu para ibu untuk melihat reaksi dan tindak balas anak anda terhadap makanan yang diambil. Sekiranya terdapat sebarang alahan, anda dapat mengenal pasti makanan yang menyebabkan alahan tersebut, namun jika makanan yang diberi adalah bermacam jenis, ia akan mengambil masa untuk mengenal pasti makanan yang menjadi punca alahan si manja anda.
JANGAN TAMBAHKAN GULA ATAU GARAM PADA MAKANAN ANAK ANDA
Menolak makanan adalah suatu yang normal bagi permulaan pengenalan makanan pejal kepada anak anda. Para ibu perlu diingatkan supaya tidak menambah sebarang gula atau garam dalam makanan untuk menjadikannya lebih sedap. Pengenalan gula dan garam ini akan menyumbang kepada ketagihan dan boleh menjadi punca masalah kesihatan seperti obesiti dan kerosakan gigi pada awal usia.
Mengikut pada buku karangan Jenna Helwig dan Natalia Stasenko, yang bertajuk REAL BABY FOOD, bayi perlu diperkenalkan dengan sesuatu makanan sebanyak 15 kali sebelum bayi anda dapat menerimanya dengan baik.
Jadi sekiranya bayi anda menolak makanan yang anda berikan, ia tidak menjadi sebarang masalah.
Sekiranya si manja anda tetap menolak makanan anda, anda boleh cuba untuk mempelbagaikan atau mengolah makanan menjadi lebih kreatif supaya anak anda lebih tertarik untuk menerimanya.
Foto kredit : siraplimau.com
JANGAN LEWATKAN PEMBERIAN MAKANAN PEJAL
Walaupun susu ibu merupakan makanan utama bagi si manja anda, para ibu tidak perlu untuk melewatkan pemberian makanan pejal kepada simanja anda.
Dengan peningkatan umur si manja anda, nutrisi dari susu ibu sahaja tidak memadai.
Pemberian makanan pejal dapat membantu membekalkan nutrisi yang penting untuk tumbesarannya.
PRODUK MAKANAN BAYI FAWWAZ LITTLE KITCHEN
Bagi ibu dan bapa yang masih ragu untuk memilih makanan pejal yang terbaik untuk si manja mereka, Fawwaz ada menyediakan lebih dari 40 jenis produk makanan yang sesuai mengikut umur bayi anda. Anda boleh mendapatkan maklumat dari laman sesawang Fawwaz Little Kitchen.
LAMAN FACEBOOK FAWWAZ LITTLE KITCHEN
Akhir kata, banyakkan meluangkan masa bersama ibu dan bapa yang lain untuk mendapatkan tips-tips dari ibu bapa yang berpengalaman.
Sekiranya anak anda tidak menunjukkan minat terhadap makanan pejal, ataupun menunjukkan reaksi alahan terhadap makanan yang diberi, rujuklah pada pakar perubatan bagi mendapatkan maklumat dan rawatan lanjut.
Jangan stress sekiranya anak anda menolak makanan yang anda berikan dan terus berusaha memberi makanan pada si manja anda.