Foto kredit : http://www.tribunnews.com
Bagi ibu bapa yang bekerja, sekiranya bayi anda kerap terjaga waktu malam, ia akan mengganggu bilangan tidur anda. Ketika anda baru sahaja ingin terlena, anak anda sudahpun terjaga. Dan perkara yang sama berlaku hampir setiap hari, pening anda dibuatnya.
Namun, apakah punca dan sebab mengapa bayi anda kerap terjaga malam walaupun tiada masalah untuk tidur pada waktu siang? Adakah sebab bayi anda lapar? Atau adakah sebab yang lain?
Lapar adalah salah satu sebab yang biasa, namun itu bukanlah sebab untuk setiap kali bayi anda kerap terjaga. Kalau nak tahu selanjutnya, boleh teruskan membaca dibawah.
SEBAB BAYI ANDA SELALU TERJAGA MALAM
Foto kredit : www.alodokter.com
- TERLALU PANAS ATAU TERLALU SEJUK
Keadaan bilik anda yang terlalu sejuk atau panas boleh menyumbang kepada bayi anda kerap terjaga di waktu malam. Bayi akan mudah berasa tidak selesa dan sukar untuk tidur. Anda boleh pakaikan bayi anda dengan pakaian yang tidak terlalu tebal atau nipis dan boleh kawal suhu bilik anda atau bilik bayi anda sekiranya anda menggunakan penghawa dingin.
- BUNYI BISING SECARA TIBA TIBA
Antara sebab yang menjadi punca bayi anda kerap terjaga diwaktu malam adalah bunyi bising yang berlaku secara tiba tiba seperti bunyi pintu atau tingkap yang tertutup, perkakas rumah terjatuh, bunyi motosikal ataupun bunyi pertukangan. Kadangkala, perkara ini berada diluar kawalan anda namun, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup pintu dan tingkap yang berpotensi untuk menghasilkan bunyi yang kuat sekiranya tertutup.
- PERUBAHAN KEPADA RUTIN BAYI ANDA
Bagi ibu bapa yang suka melancong, ini juga merupakan salah satu sebab yang berpotensi menyebabkan si manja anda kerap terjaga malam. Rutin perjalanan yang tidak menentu akan mengganggu waktu rehat si manja anda dan kebarangkalian mereka untuk terjaga di waktu malam adalah tinggi.
Selain itu, sekiranya anda baru berpindah ke rumah baharu atau pulang ke kampung juga boleh menyumbang kepada permasalahan ini kerana bayi anda mungkin tidak berasa selesa di persekitaran yang baharu dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
Foto kredit : wolipop.detik.com
- BELAJAR “SKILL” BAHARU
Pada umur tertentu, si manja anda akan mempelajari teknik atau skill yang baharu seperti merangkak, meniarap, atau berjalan. Terkadang, pada waktu malam inilah si manja anda akan berlatih dan menunjukkan teknik mereka. Jadi, para ibu dan juga bapa harus pantau akan perkembangan anak mereka dan mengawal agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti terjatuh atau insiden yang lain.
- SUDAH TERBIASA TIDUR DENGAN BOTOL SUSU ATAU PUTING
Apabila bayi anda sudah terbiasa tidur dengan bertemankan botol susu, puting, lampin dan sebagainya, akan tiba masanya mereka akan dijauhkan dari barang-barang ini. Dan bagi si manja yang sudah terbiasa bertemankan barang ini, mereka akan mengalami kesukaran untuk tidur dan akan kerap terjaga, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jadi, para ibu dan bapa perlu ambil tindakan yang sewajarnya untuk perkembangan optimum si manja anda.
- ANAK TERBIASA TIDUR DALAM KEADAAN BERHAYUN
Ada ibu bapa yang mengajar anak mereka untuk tidur di atas katil dan ada juga yang mengajar untuk tidur di dalam buaian. Sekiranya si manja anda bertukar keadaannya tidur dari buaian ke katil atau katil ke buaian, bayi anda akan mengalami sedikit kesukaran untuk tidur. Untuk para ibu yang ingin mengubah cara tidur bayi anda, rutin bayi anda terjaga diwaktu malam akan menjadi kebiasaan sehinggalah si manja anda dapat menyesuaikan diri dengan keadaan barunya.
Foto kredit : www.babycenter.com.my
- TIADA RUTIN HARIAN
Kadang bayi anda suka terjaga pada waktu malam adalah kerana tiada rutin tidur yang tetap. Misalnya, bayi anda tidur ketika dia mahu sahaja dan tiada rutin yang tetap. Untuk ibu bapa yang ingin menetapkan rutin tidur bayi anda, anda boleh berbuat rutin yang ringkas dan mudah seperti mandi, lampin dan baju tidur , nyanyian dan tidur. Sekiranya aktiviti ini konsisiten dilakukan, bayi anda akan mudah tidur kerana ia sudah biasa tidur dengan melalui rutin ini.
Foto kredit : health.detik.com
- TIDAK CUKUP SUSU SEBELUM TIDUR
Antara punca yang biasa menyebabkan anak anda terjaga pada waktu malam adalah si manja anda lapar. Ia bukan sahaja tertakluk pada waktu malam, namun ia juga berlaku pada waktu siang. Oleh itu, pastikan anak anda mendapat susu atau makanan pelengkap yang mencukupi (6 bulan keatas) supaya tidur mereka tidak terganggu dan anda juga boleh tidur dengan lena.
Sekiranya anda mengalami masalah untuk menyediakan makanan untuk bayi anda (6 bulan keatas) anda boleh melawat laman Facebook Fawwaz Little Kitchen, yang mana mempunyai lebih dari 40 produk makanan bayi yang sihat, berkualiti dan mudah disediakan.
Laman Facebook Fawwaz Little Kitchen
Keadaan di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan tonsil dan adenoid( bahagian belakang hidung and tekak) yang besar. Anak-anak tidur berdengkur kuat, nafas kencang, mulut ternganga and tidak dapat kualiti tidur yang bagus. Bayi anda akan sukar untuk tidur dan juga susah bangun pagi. Sekiranya bayi anda ada situasi seperti ini, bawaklah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan penjelasan dan rawatan yang lanjut.
Akhir kata, para ibu dan juga bapa sememangnya tidak lepas dari mengalami masalah tidur pada waktu malam pada fasa awal umur bayi anda. Namun perkara ini akan berkurangan selepas anak anda sudah membesar dan anda akan mendapat semula tidur berkualiti anda.
Sebab diatas hanyalah sebahagiaan dari sebab-sebab mengapa anak anda kerap terjaga pada waktu malam. Sebagai ibu dan bapa kepada si manja anda, anda lebih memahami keadaan anak anda dan bertindaklah dengan sewajarnya untuk kebaikan anak anda dan juga kebaikan anda.
Sumber rujukan :
https://siraplimau.com/7-sebab-bayi-selalu-terjaga-pada-waktu-malam-bukan-sebab-lapar-je-sebenarnya/
http://www.doktorbudak.com/2013/08/16/anak-saya-tak-nak-tidur-waktu-malam/
https://www.babycenter.com.my/a1049621/bagaimana-hendak-memastikan-bayi-tidur-sepanjang-malam