Untuk pengetahuan semua pelanggan produk Fawwaz, mungkin selama ni ramai antara anda semua yang membeli produk Fawwaz melalui aplikasi “whatsapp” melalui sis Farah secara atas talian.
Untuk yang tidak perasan, Fawwaz Little Kitchen ada juga pilihan untuk membeli produk makanan bayi Fawwaz melalui laman sesawang Fawwaz Little Kitchen.
Untuk para pelanggan yang mahu membeli produk makanan Fawwaz tanpa berhubung secara terus dengan Farah, anda boleh berbuat demikian di laman sesawang Fawwaz Little Kitchen.
KELEBIHAN LAMAN SESAWANG FAWWAZ LITTLE KITCHEN
Antara kelebihan laman sesawang Fawwaz Little Kitchen, para pelanggan boleh melihat sendiri segala maklumat produk yang ada, dan boleh membuat pilihan dan terus membeli. Kaedah pembayaran di laman sesawang Fawwaz Little Kitchen adalah melalui aplikasi Senangpay.
Senangpay adalah kaedah pembayaran online seperti Paypal dan juga Alipay. Pelanggan harus menggunakan Senangpay sebagai medium untuk terus ke bank pilihan anda.
Selain itu, di laman sesawang Fawwaz juga terdapat artikel yang menarik bagi para ibu untuk mendapatkan info dan maklumat tentang kesihatan, penjagaan dan pemakanan bayi. Para ibu juga boleh mendapat manfaat kerana ada juga artikel yang berkaitan dengan para ibu sewaktu kehamilan dan juga berpantang.
CARA MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG FAWWAZ LITTLE KITCHEN
Cara penggunaan laman sesawang Fawwaz Little mudah sahaja. Antara langkah yang perlu diambil adalah :
- Melayari laman sesawang Fawwaz Little Kitchen. (https://www.fawwazkitchen.com/)
- Log masuk ke akaun anda.
Untuk pelanggan yang sudah mempunyai akaun, anda hanya perlu log masuk sebelum meneruskan transaksi seterusnya.
*Bagi pelanggan yang baharu anda perlu untuk membuat akaun anda sebelum meneruskan sebarang transaksi.
Caranya mudah sahaja :
- Klik Create Account
- Isikan ‘First Name’, Last name, Email, dan juga password anda
- Klik create.
Anda akan menerima emel pengesahan dan ikut arahan seterusnya.
- Setelah Log masuk, anda boleh teruskan dengan memilih produk yang ada pada laman sesawang.
- Selesai membuat pilihan, anda boleh teruskan dengan menekan butang “add to cart” untuk ke proses pembelian. Anda juga boleh pilih kuantiti produk yang hendak dibeli
- Kemudian, teruskan pada “view cart”
- Dan teruskan ke butang “check out”
- Isikan segala informasi yang diperlukan seperti yang tertera (no telefon dan alamat) dan tekan “continue”
- Pilih POSLAJU dan tekan “continue”
- Tekan “Place order now”
- Seterusnya anda pilih cara pembayaran (credit card/internet banking) dan pilih bank pilihan anda
- Sekiranya anda memilih credit card, isi kan maklumat yang diperlukan
- Sekiranya anda memilih internet banking, pilih bank pilihan anda dan anda akan dibawa ke laman sesawang bank anda untuk meneruskan pembayaran.
Mudah kan?
Diharap agar manual ini dapat membantu untuk membuat transaksi di laman sesawang Fawwaz Little Kitchen.
Selamat membeli..