Foto kredit : http://mauceriasokmo.blogspot.com
Susu ibu adalah perkara yang terpenting bagi bayi anda, itu adalah fakta yang memang diketahui ramai.
Namun ada beberapa mitos tentang penyusuan susu ibu yang membuatkan para ibu gagal untuk member susu kepada bayi mereka.
Dengan ini, disertakan beberapa mitos berkenaan penyusuan susu ibu supaya para ibu tidak lagi risau dan mampu memberi susu ibu kepada si manja anda. Kredit kepada Dr Amirul Amzar.
Foto kredit : www.bidadari.my
- Saya tidak boleh menyusukan anak saya – Saya memang kurang menghasilkan susu
Mitos ini tidak tepat. Semua wanita dianugerahkan kebolehan untuk menghasilkan susu badan kecuali atas sebab-sebab perubatan tertentu seperti ‘hypolasia of mammary gland’, tumpah darah selepas kelahiran yang banyak ataupun ‘Sheehan syndrome’ dan PCOS (polycystic ovarian syndrome).
Sekiranya tiada keadaan tersebut, anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Kebiasaannya wanita mampu menghasilkan susu badan yang berlebih dari yang diperlukan.
Masalah kurangnya kenaikan berat bayi bukanlah berpunca dari kurang penghasilan susu ibu, ia adalah disebabkan teknik penyusuan ‘latching technique’ yang salah. Apabila ia berterusan, penghasilan susu akan berkurang. Oleh itu, jika susu anda berkurang, semak teknik penyusuan anda.
- Penghasilan susu pada minggu pertama kelahiran tidak mencukupi
Ini juga tidak tepat kerana susu yang dihasilkan adalah mencukupi namun kerana teknik yang salah, bayi tidak dapat menerima susu dengan secukupnya. Malah, penghasilan susu ibu yang sedikit pada peringkat awal sesuai dengan fisiologi tubuh bayi yang masih kecil.
- Bayi yang baru lahir perlu diberi air masak terutama pada waktu panas.
Ini juga tidak benar dan boleh mengganggu proses penyusuan. Bayi yang kurang dari 6 bulan tidak memerlukan sumber makanan lain selain dari susu ibu, ini juga termasuk air masak. Apabila diberi air masak, perut bayi akan kembung dan akan membuatnya kenyang dan tidak akan meminta susu.
Hal ini akan membuatkan bayi anda tidak mendapat nutrisi yang cukup dan akan menjejaskan kesihatan dan tumbesaran si kecil anda.
- Susu ibu tidak mengandungi zat besi yang mencukupi.
Susu ibu mempunyai zat besi yang mencukupi untuk 6 bulan pertama kehidupan bayi. Walaupun kandungan zat besi susu formula lebih tinggi, zat besi yang diterima dari susu ibu lebih mudah diserap oleh bayi dari susu formula. Tiada keperluan untuk diberi susu formula atas alasan zat besi yang kurang.
- Susu formula berkualiti tinggi adalah sama jika dibandingkan dengan susu ibu
Sebaik mana pun kandungan susu formula, ia tidak dapat menandingi kelebihan susu ibu yang mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan susu ibu juga mengandungi antibody untuk melindungi bayi.
Foto kredit : hellosehat.com
- Bayi yang menyusu badan tidak memerlukan vaksin
Mitos ini adalah yang paling tular dan paling mengelirukan. Memang benar, dalam susu ibu ada terdapat immunoglobulin yang dapat membantu melindungi bayi dari jangkitan kuman. Paling banyak adalah IgA, yang selalunya terdapat pada lapisan usus manusia yang melindungi dari jangkitan kuman pada saluran makanan manusia.
Namun fungsi IgA ini tidak lah spesifik dan tidak dapat melindungi dari penyakit berbahaya dari difteria, tetanus, hepatitis B, tuberculosis, polio dan measles. Oleh itu, suntikan vaksinasi akan diberi untuk penyakit seperti ini.
- Berat badan bayi tidak meningkat dengan baik kerana kualiti susu ibunya rendah.
Kualiti nutrisi pada susu ibu amatlah tinggi, dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu formula. Ia mempunyai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi. Walaupun susu ibu mempunyai warna yang berbeza bagi setiap ibu, namun tiada susu ibu yang terhasil dengan kualiti rendah. Jika berat bayi tidak meningkat dengan baik, ia mungkin disebabkan kurang penerimaan semasa menyusu seperti teknik yang salah ataupun bayi anda ada masalah kesihatan yang lain.
- Saya bengkak susu, maka perlu berhenti menyusukan bayi saya kerana ia berbahaya
Bengkak susu, ataupun ‘mastitis’ adalah disebabkan saluran susu yang tersumbat dan menyebabkan pembiakan kuman. Jika anda terkena kondisi ini, terus menyusukan bayi kerana ia dapat membantu mengurangkan sumbatan. Kuman yang terkandung dalam susu ibu adalah sedikit dan dapat dineutralkan oleh sistem penghadaman bayi, tidak perlu berhenti menyusu atau membuang susu selepas pengepaman.
- Jika saya mahu menyusukan bayi saya, saya perlu minum banyak susu
Susu anda yang terhasil dari sistem pendarahan anda, dan bukan dari perut anda. Tidak perlu untuk minum susu semata untuk menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan baik. Lebih baik untuk mengekalkan kadar hidrasi yang baik dengan minum banyak air, tidak terhad pada susu semata. Namun, pengambilan kalsium dari susu secara konsisten dapat membantu untuk mengelakkan kerapuhan tulang di usia tua kelak.
- Susu saya sedikit kerana payu dara saya kecil
Ini adalah tidak benar. Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Ini kerana saiz payu dara dipengaruhi kandungan tisu lemak dalam payu dara. Walhal, penghasilan susu dari kelenjar tisu yang berada dalam payu dara.
- Susu ibu sangat baik, jadi ia perlu diberi secara eksklusif sehingga 2 tahun tanpa memberi makanan yang lain
Penyusuan susu ibu perlu diteruskan sehingga 2 tahun, namun pada usia 6 bulan dan keatas, bayi perlu mendapatkan sumber nutrisi dari makanan pelengkap juga. Hal ini kerana,selepas usia 6 bulan, bayi memerlukan sumber nutrisi yang sejajar dengan perkembangan fisiologinya yang lain seperti pertumbuhan gigi dan sebagainya.
Untuk para ibu yang ingin memberi makanan pelengkap kepada bayi anda yang sudah berumur 6 bulan dan keatas, Fawwaz Little Kitchen ada menawarkan lebih 40 produk makanan yang berkualiti dan sesuai dengan pertumbuhan bayi anda mengikut umur.
Untuk tahu lebih lanjut boleh klik link dibawah ini untuk ke laman Facebook Fawwaz Little Kitchen
Foto kredit : babab.net
- Memberikan susu melalui botol adalah satu kesalahan besar.
Tidak dinafikan bahawa pemberian susu ibu secara terus dari ibunya mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah mengurangkan risiko kanser payu dara, mengurangkan stress ibu dan merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Namun, tidak menjadi satu kesalahan bagi ibu yang memerah susunya dan meletakkan di dalam susu botol dan beri kepada bayinya. Asalkan bayi mendapat susu dari ibunya, ia sudah cukup memadai. Dan bagi bayi yang mempunyai kondisi seperti ‘cleft palate’ iaitu sumbing, ada botol susu yang disediakan khas untuk bayi yang sedemikian.
- Memberi susu formula kepada bayi adalah melanggar fitrah dan suatu kesalahan yang besar
Bagi ibu yang tidak mempunyai masalah dalam member susu ibu kepada bayinya, tidak memerlukan penggunakan susu formula. Namun terdapat juga ibu yang tidak mampu untuk member susu ibu kepada bayinya atas sebab kesihatan dan sebab yang tertentu. Disinilah fungsi susu formula untuk memastikan bayi anda mendapat nutrisi yang mencukupi.
Akhir kata, diharap agar mitos-mitos yang telah dinyatakan dapat member penjelasan kepada para ibu dalam memastikan anak mereka mendapat sumber nutrisi yang mencukupi. Sekiranya mendapat sebarang permasalahan, rujuklah pakar perubatan untuk mendapatkan penjelasan dan juga rawatan yang sepatutnya.
Bagi ibu yang mencari makanan pelengkap yang sesuai untuk bayi anda selepas bayi anda mencapai usia 6 bulan keatas, boleh la melawat laman Facebook milik Fawwaz Little Kitchen, yang mempunyai lebih dari 40 produk makanan bayi yang boleh dipilih.
Sumber rujukan :
https://www.facebook.com/ArmShakugan
https://majalahpama.my/13-mitos-tentang-penyusuan-bayi-yang-ibu-menyusu-mesti-tahu/
http://medmythbusters.my/13-mitos-tentang-penyusuan-bayi-yang-anda-perlu-tahu/