Cart 0

BAYI DAH TUMBUH GIGI? IKUT TIPS INI UNTUK MENGELAKKAN BAYI ANDA MERAGAM

BAYI DAH TUMBUH GIGI? IKUT TIPS INI UNTUK MENGELAKKAN BAYI ANDA MERAGAM

Foto kredit : www.popmama.com/theinfopost

Senyuman manis bayi anda sememangnya menjadi pengubat hati semua ibu dan bapa. Namun akan tiba masanya apabila senyuman manis si manja akan disertai dengan gigi pertamanya. Ketika itu, si manja anda akan meragam dan kelihatan tidak selesa.



ada-bayi-yang-demam-apabila-nak-tumbuh-gigi-geraham.jpg

Foto kredit : iluminasi.com


Menurut Mayo clinic, kebiasaannya bayi anda akan tumbuh gigi pada usia 6 bulan iaitu dua gigi hadapan di bawah adalah yang pertama yang akan muncul dan akan diikuti dengan dua gigi hadapan di atas. Namun, ada juga bayi yang tumbuh gigi lebih awal dan ada juga yang lebih lewat.

Kebanyakan bayi akan menunjukkan symptom sakit dan tidak selesa apabila gigi pertama mereka tumbuh. Keadaannya sama seperti gigi bongsu tumbuh untuk yang dewasa.

APA PERKARA YANG PATUT DILAKUKAN APABILA BAYI ANDA TUMBUH GIGI

Apabila gigi bayi anda mula tumbuh, si manja anda akan berasa sakit dan kadang para ibu bapa terpaksa membawa ke klinik untuk memdapatkan rawatan. Namun, sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diambil oleh ibu bapa tanpa perlu membawa bayi anda ke klinik.

Antara cara yang anda boleh ambil adalah :

  • GOSOK GUSI BAYI

Gusi di kawasan gigi yang tumbuh akan kelihatan bengkak dan lembut. Para ibu boleh menggunakan jari atau kain lampin yang bersih dan lembab untuk menggosok gigi bayi anda. Ini dapat membantu melegakan kegatalan gusi dan rasa ketidakselesaan yang dialami oleh si manja anda.

lidah-bayi-putih-4.jpg

Foto kredit : siraplimau.com


  • ‘TEETHER’ DINGIN

Teether adalah permainan yang boleh digigit oleh si manja anda sewaktu proses pertumbuhan gigi. Kebiasaannya, teether dapat melegakan kesakitan dan ketidakselesaan yang dirasai oleh si manja anda, lebih lebih lagi sewaktu proses gigi bayi anda tumbuh.

Teether yang boleh digunakan boleh diletak sebentar di dalam peti ais supaya ia terasa sedikit dingin. Rasa sejuk ini dapat membantu menjadikan gusi simanja anda terasa kebas dan dapat melegakan gusi bayi anda.

  • BUAH-BUAHAN SEJUK

Antara cara yang dapat membantu dalam proses pertumbuhan gigi bayi anda adalah dengan pemberian ‘snack fruit’ ataupun buah-buahan untuk si manja. Antara buah yang boleh diberi adalah seperti pisang dan strawberry.

Sekiranya disejukkan dahulu juga boleh untuk memberi kesan kebas pada gusi si manja.

Klik sini untuk dapatkan ‘snack fruit’ untuk si manja anda

  • BREASTMILK POPSICLE

Selain penggunaan ‘teether’ sebagai alat untuk bayi anda gigit sewaktu pertumbuhan giginya, anda juga boleh menggunakan ramuan seperti aiskrim susu badan (breastmilk popsicle).

Cara penyediaannya boleh menggunakan puting bayi atau acuan khusus seperti di berada di pasaran.

Bayi anda boleh menggunakan ‘popsicle’ ini sebagai teether kepada gigi bayi anda.

amazon1.jpg


  • LAPKAN AIR LIUR SI MANJA ANDA

Lazimnya, sewaktu pertumbuhan gigi bayi anda, air liurnya akan banyak meleleh. Oleh itu, ibu dan bapa perlu membersihkan air liur mereka kerana air liur dapat menyebabkan ketidakselesaan pada kulit si manja anda. Ditambah pula dengan kesakitan yang dialami pada giginya, si manja anda sudah pasti meragam lebih dari biasa.

  • MEMBERUS GIGI BAYI ANDA

Dengan penggunaan berus gigi, kesakitan pada gusi si manja anda dapat dikurangkan. Memberus gigi bayi boleh dimulakan seawall gigi pertama. Ini menyumbang kepada tabiat yang baik pada si manja anda akan penjagaan gigi.

Memberus gigi bayi anda boleh dilakukan 2 kali sehari dan gunalah berus yang mempunyai kepala berus yang kecil ataupun berus nilon yang lembut dan senang/selesa dipegang. 

Penggunaan ubat gigi berfluorida bukanlah satu perkara yang wajib. Mengikut American Academy of Pediatrics (AAP), American Dental Association (ADA), dan American Academy of Pediatric Dentistry (AAPD), menyarankan penggunaan ubat gigi berflourida hanya digalakkan sewaktu si kecil mencecah umur 3 tahun dan kuantitinya hanyalah sebesar biji kacang sahaja.


baby-teeth-smiling.jpg

Foto kredit : http://www.wom.my

Berikut adalah antara cara dan tips yang boleh diambil oleh ibu dan bapa untuk membantu melegakan ketidakselesaan yang dihadapi oleh si manja anda sewaktu pertumbuhan giginya.

Ini bukanlah satunya cara yang boleh diambil namun adalah sebahagian dari tips yang boleh diambil kira.

Sekiranya, perkara berlarutan dan keadaan menjadi lebih buruk sehingga demam, cirit birit, pastikan anda membawa si manja anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lanjut.






Older post Newer post