Foto kredit : http://www.tateh.com.my
Bayi anda sememangnya memerlukan belaian dan pelukan dari ibunya, bukan sahaja untuk mendapatkan kasih saying, namun ia juga membantu dalam proses tumbesarannya.
Namun begitu, terkadang ragam si manja mengganggu dalam perjalanan seharian si ibu kerana mahu didukung sepanjang masa dan akan menangis sekiranya diletakkan.
Antara sebab mengapa bayi anda gemar untuk sentiasa didukung dan enggan diletak dibawah ialah si manja anda rindu dengan perasaan selamat sewaktu di dalam perut ibu. Jadi, ketika bayi anda mahu didukung, itu adalah perkara yang biasa dan tidak bermakna bayi anda terlalu manja.
Bayi anda hanya mahu merasakan hangat tubuh ibunya yang dapat membantu memberi ketenangan kepadanya. Mereka akan berasa lebih nyaman dan selesa ketika berada di dalam pelukan ibu.
Persekitaran yang asing baginya juga antara sebab mengapa bayi anda mahukan layanan dari anda.
Foto kredit : www.drypers.com.my
CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DUKUNG SEPANJANG MASA
Menurut perkongsian dari Maryam Jamadi, seorang Occupational therapist, ada beberapa tips bagaimana untuk mengatasi masalah ini.
Menurutnya, bayi yang baru lahir, secara fitrahnya perlu didukung dan perkara itu dikaitkan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), ada 3 core sensory asas bagi piramid ini iaitu;
>>TACTILE (DERIA SENTUHAN)
>>VESTIBULAR (DERIA KESEIMBANGAN)
>>PROPIOCEPTION (DERIA SENDI)
Sejak lahir, bayi memerlukan deria seperti diatas dan itu adalah faktor utama mengapa bayi memang suka dibelai (sentuhan), suka dipeluk (deria sendi), dan suka didukung (deria keseimbangan).
3 deria ini adalah satu perkara yang penting dalam perkembangan bayi. Ada banyak cara yang boleh dilakukan oleh para ibu untuk memastikan keperluan bayi anda dipenuhi.
Contoh cara yang boleh dilakukan adalah :
TACTILE
>>Pakaikan losyen pada bayi sambil membelai seluruh badan
>>Mengusap kepala ketika minum susu
>>Baringkan bayi pada baju yang belum dilipat (lebih banyak lebih baik)
>>Beri bayi menggenggam jari anda.
>>Usap tangan dan jari jemari si manja anda
>>Beri bayi bermain dengan pelbagai jenis dan bentuk
VESTIBULAR (DERIA KESEIMBANGAN)
>>Letak dalam buaian ataupun bouncer semasa dia sedar.
PROPRIOCEPTION (DERIA SENDI/JOINT SENSE)
>>Urut selepas mandi. Ini sangat penting dan tolong jangan skip untuk bayi baru lahir.
>>Pakaikan bedung untuk bayi baru lahir.
>>Selalu buat 'tummy time' seawal baru lahir.
>>Peluk bayi.
Cara di atas ini boleh dilakukan keatas untuk membantu memenuhi keperluan sensori mereka.
Selain itu, bayi juga suka didukung kerana kenapa Seperation Anxiety (resah bila berpisah). Ini adalah perkara yang normal dalam proses perkembangan emosi bayi. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa kita akan hilang selama-lamanya.
Biasanya perkara ini bermula apabila bayi sudah mula kenal dengan orang di sekeliling. Dan menjadi lebih teruk apabila bertandang ke rumah orang, yang mana bayi anda tidak mahu lekang dari anda. Kebiasaanya ini berlaku pada usia 6-7 bulan dan 10-18 bulan dan ini mungkin akan berterusan sehingga bayi anda berumur dua tahun.
Tetapi, para ibu tidak perlu risau kerana perkara ini tidak berkekalan dan akan hilang mengikut peredaran masa. Setiap bayi ada ragam dan perangai yang berbeza. Nikmatilah masa bersama si manja anda sebelum terlambat.
Antara tips yang boleh diambil oleh ibu supaya si manja anda tidak resah apabila anda tidak tiada bersamanya adalah:
1. Ajarkan konsep 'bye-bye'. Apabila si ibu meninggalkan bayi anda, gunakan perbualan sebagai cara untuk meyakinkan bayi anda. Gunakan ungkapan seperti 'bye, ibu pergi toilet/dapur ni". Jadi apabila kita pergi anak anda tidak lagi risau apabila para ibu sudah selalu dipraktikkan.
2. Selalu berkomunikasi bersama bayi anda. Walaupun bayi anda tidak memahami apa yang disampaikan, namun ia merupakan satu latihan yang berguna. Beritahulah bayi anda sekalipun anda hanya mahu ke tandas, makan, atau kemana-mana. Lama-kelamaan bayi anda akan dengan apa yang anda ingin sampai kan.
3. Bawa mainan yang biasa bayi anda main ketika anda bawa keluar. Ini dapat membuat si manja anda berasa selamat seperti dirumah. Sekiranya bayi anda sudah biasa, aktiviti ini boleh dikurangkan.
4. Untuk bayi anda yang sudah pandai merangkak atau berjalan, anda boleh selalu bermain bersamanya. Hal ini akan dapat membuat bayi anda lupa dengan kehendaknya yang selalu didukung.
Foto kredit : http://www.tribunnews.com
5. Yang terakhir, jika bayi anda minta didukung, tetapi kita ada perkara yang perlu dilakukan, biarkan dia menangis dan abaikan buat sementara waktu. Selepas selesai kerja, segeralah melayan si manja anda dan luangkan masa bersamanya. Hal ini dapat membantu membina kepercayaan bayi anda bahawa si ibu tidak mengabaikannya.
Akhir kata, apa yang penting adalah emosi ibu dan bapa semasa mengatasi masalah si manja anda. Anda perlu banyak bersabar, bertenang dan sentiasa senyum. Hal ini kerana, si manja anda dapat mengesan emosi dan reaksi anda yang berkerut itu.
Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Sumber rujukan :
https://my.theasianparent.com/bayi-ingin-didukung-sepanjang-masa
https://www.facebook.com/maryam.jamadi.7/posts/1381130428607180
http://www.thereporter.my/2017/07/anak-saya-24-jam-nak-berdukung.html’
https://majalahpama.my/anak-asyik-nak-berdukung-24-jam-ada-6-cara-ibu-boleh-buat-bagi-anak-faham/