Cart 0

BAYI SELESEMA DAN BATUK? IBU DAN BAPA PERLU TAHU TIPS INI

BAYI SELESEMA DAN BATUK? IBU DAN BAPA PERLU TAHU TIPS INI

Foto kredit : zuriat.my

Bayi yang mengalami selesema akan mengalami ketidakselesaan, tersengguk-sengguk, tidur tak lena, menyusu tak selesa, sehingga membuat ibu dan bapa tidak senang duduk kerana risau memikirkan kesihatan anak mereka.

Perkara ini memang akan meningkatkan tahap kerisauan ibu dan bapa, namun , terdapat beberapa cara yang boleh diambil oleh ibu dan bapa bagi membantu bayi anda.

Pakar perubatan mengatakan bahawa si manja anda akan menghidapi selesema sebanyak 8-10 kali dalam 2 tahun pertamanya. Jadi, boleh teruskan membaca untuk tahu cara yang boleh diambil semasa si manja anda mengalami selesema.

PUNCA SELESEMA

Sebelum mengetahui cara yang dapat mengurangkan selesema anak anda, sepatutnya kita tahu dahulu bagaimana selesema boleh menyerang. Selesema adalah jangkitan daripada virus, dan biasanya tersebar apabila seseorang yang menghidap selesema bersin. Ia juga boleh tersebar dengan cara sentuhan tangan, jadi basuhlah tangan selepas bersin bagi mengelakkan penyebaran virus yang dapat menyebabkan selesema pada si manja anda.

Dengan tahap imun sistem yang masih tidak matang, bayi anda sememangnya terdedah dengan selesema.


baby selesema.jpg

Foto kredit: http://butikgebugebu.blogspot.com

BAGAIMANA SELESEMA DAPAT MENJEJASKAN BAYI?

Bayi yang mengalami selesema mungkin akan mengalami demam , batuk, mata merah, sakit tekak dan juga mata berair. Kebiasaannya demam akan menyusul kerana imun sistem si manja yang sedang berusaha untuk melawan virus selesema tersebut.

Bagi bayi yang berumur dibawah 6 bulan, mereka masih tidak mampu untuk bernafas menggunakan hidung secara sempurna, jadi mereka akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Ibu dan bapa perlu mengeluarkan mukus bagi pihak simanja anda.

Selesema biasanya berlarutan antara 3 hingga 10 hari dan ada yang akan berlarutan sehingga 2 minggu. Sebagai ibu dan bapa, sudah tentu akan merasa kasihan atas keadaan yang dialami oleh si manja anda.

CARA MENGUBATI DAN MENCEGAH SELESEMA

Bagi ibu dan bapa diluar sana yang mempunyai bayi yang mengalami selesema, boleh ikut tips dibawah untuk membantu si manja ada.

ELAKKAN DARI MEMBERI UBAT SELESEMA

Sekiranya anda melihat anak anda menghidapi selesema, elakkan memberi ubat selesema kepada bayi anda. Hal ini kerana, ubat selesema akan menyebabkan bayi anda mengantuk, dan sekiranya si manja anda mengantuk dan tidur, ibu bapa sukar untuk mengetahui keadaan semasa anak anda sekiranya berada dalam keadaan normal ataupun sebaliknya. Sekiranya si manja anda bernafas secara laju atau sukar bernafas, segeralah bawa berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.



anak-sakit-sick-child.jpg

Foto kredit: siraplimau.com

BANYAK BERIKAN REHAT DAN CECAIR

Selesema adalah berpunca dari jangkitan virus, dan biasanya akan sihat secara sendirinya tanpa memerlukan sebarang ubat. Anda dapat membantu dengan memberikan si manja anda rehat yang secukupnya dan jus buah-buahan yang kata dengan vitamin C.

Sekiranya badannya terlalu panas, boleh berikan cecair parasetamol di bawah pengawalan dan pengawasan doktor.

TINGGIKAN KEPADA TILAM

Tidur secara condong dapat membantu dalam melegakan pernafasan hidung bagi seseorang yang terkena selesema.  Letakkan tuala dibawah tilam bagi meninggikan tilam tersebut. Namun, jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala kerana boleh menyebabkan bayi anda lemas. 



atasi-kahak-dan-batuk-bayi-9.jpg

Foto kredit : profhariz.com

SUHU BILIK

Bagi bayi yang selesema, tidur tanpa penhawa dingin merupakan salah satu dari alternatif yang boleh diambil bagi membantu bayi anda. Bilik yang sejuk mempunyai kelembapan yang rendah dan boleh menyebabkan tekak bayi anda kering dan menyebabkan batuk.

MENGGUNAKAN LARUTAN GARAM

Larutan garam boleh membantu untuk hidung yang tersumbat. Jika bayi anda suka menyusu kerana hidung tersumbat, boleh dapatkan larutan garam dari doktor anda untuk diletakkan ke lubang hidung setiap 15 minit bagi membantu dalam proses penafasan.

Selain itu, boleh juga untuk menggunakan alat untuk menyedut hingus bayi untuk membersihkan mukus dari hidung bayi.


Moga-moga apa yang dicadangkan dapat membantu ibu bapa dalam menangani selesema bayi.

Sekiranya selesema dan batuk berlarutan untuk tempoh lebih dari 2 minggu, bawaklah berjumpa dengan pakar perubatan bagi mendapatkan rawatan yang lebih lanjut. Banyakkan berbincang dengan doktor dan juga ibu bapa yang lain untuk mendapatkan tips dan cara yang berkesan dalam menangani selesema bayi anda.


Sumber rujukan:

https://www.babycenter.com.my/a1033081/selesema-dan-bayi-anda

https://majalahpama.my/anak-selesema-bawah-dua-tahun-tak-di-galakkan-bagi-ubat-ada-lagi-cara-lain-lebih-selamat/

https://www.ethissa.com.my/batuk-selsema-bayi/

https://narinar.com/blogs/artikel/petua-hilangkan-selsema-bayi-bawah-2-tahun-tanpa-ubat



Older post Newer post