Foto kredit : SirapLimau.com
Bayi merupakan anugerah yang tidak terhingga kepada ibu dan juga bapa. Kehadiran cahaya mata bukan sahaja sebagai penambah ahli dalam keluarga, tapi ia juga menjadi penyatu dan penyeri suasana dalam kehidupan berkeluarga.
Bayi perlu dijaga dengan baik dan teliti bagi memastikan perkembangan tumbesarannya dapat berlaku secara optimum.
Umur bayi dari kelahiran sehinggalah tempoh 2 tahun adalah antara waktu yang kritikal dalam memastikan pertumbuhan yang optimum dan juga kesihatan dan juga pekembangan tingkah laku.
Ia adalah kemuncak pertumbuhan, dimana masalah dalam tumbesaran dan pelbagai masalah nutrisi boleh berlaku.
Dengan penjagaan yang betul dan rapi, anak kecil dapat membesar dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
ASPEK PENJAGAAN
Dalam penjagaan bayi, terdapat beberapa aspek yang boleh diambil dalam memastikan anak kecil itu mendapat penjagaan yang sepenuhnya. Antara aspek tersebut adalah penjagaan kesihatan, pemakanan dan juga penyusuan.
Bagi penjagaan kesihatan, anak kecil sangat memerlukan penjagaan dari segi kesihatan kerana ketahanan mereka masih tidak kuat. Ibu bapa harus memastikan keadaan rumah berada dalam keadaan baik dan sentiasa memantau keadaan fizikal bayi sekiranya terdapat sebarang kesan atau perubahan.
Antara penjagaan kesihatan yang perlu dipraktikkan adalah seperti:
Foto kredit: SirapLimau.com
- PASTIKAN SI KECIL MENDAPAT TIDUR YANG CUKUP
Bagi bayi yang baru sahaja lahir, tidur merupakan satu keperluan bagi mereka. Perkembangan otak dan badan bayi yang baru lahir berkembang pada kadar yang luar biasa. Jadi mereka sangat memerlukan tidur yang banyak pada siang hari dan pada waktu malam.
- PENGGUNAAN CHILD PROOFING DIRUMAH
Apabila anak kecil sudah mula bergerak, keselamatannya lebih perlu dijaga. Pemasangan ‘child proofing’ adalah salah satu cara bagi memastikan anak kecil anda tidak bergerak ke tempat yang berbahaya. Namun, anak kecil itu juga perlu diawasi dan tidak hanya bergantung pada child proofing sahaja. Elakkan alatan tajam dan berbahaya dikawasan si kecil bermain dan pastikan kawasan anak kecil bersih dari sebarang kotoran.
- PENJAGAAN KULIT BAYI
Kulit bayi adalah sangat sensitif. Mereka akan kerap membuang air dan ini memerlukan penukaran lampin secara berkala. Sekiranya dibiarkan dengan tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan “Diaper rash”.
“Diaper rash” juga merupakan ruam yang biasa berlaku disebabkan oleh penggunaan lampin yang basah dengan agak lama. Ia boleh dirawat dengan memberikan pengudaraan pada bahagian bawah bayi. Pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk mengelakkan daripada ‘diaper rash’. Jumpa dengan doktor sekiranya ruam tidak hilang.
Kadang, sesetengah bayi mengalami simptom seperti “Infantile seborrheic dermatitis”, yang juga dikenali sebagai ‘cradle cap’, menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. Cradle cap tidaklah begitu serius, tapi ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. Kebiasaannya, cradle cap tidak kekal lama, namun aturkan perjumpaan bersama doktor sekiranya ‘cradle cap’ masih kekal atau kelihatan semakin serius.
- MENGURUT BAYI
Mengikut kajian, mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi dapat membantu dalam penjagaan kesihatan bayi.
Mengurut bayi juga menyumbang pada perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial.
Bayi yang kerap diurut biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut dan mengurut juga dapat membantu dalam proses pencernaan bayi.
Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang juga membantu dalam meningkatkan ikatan antara ibu bapa dan bayi. Selain itu, bercakap atau menyanyi dan hubungan komunikasi mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.
Foto Kredit : ASIBAYI.COM
- MANDIAN BAYI
Bayi yang lahir memerlukan mandi 2 kali sehari, sewaktu pagi dan juga petang. Pastikan air yang digunakan tidak begitu panas atau terlalu sejuk.
Lap dahulu muka bayi dan bersihkan hidung dan juga telinga dan kemudian cuci bahagian badannya terlebih dahulu barulah beralih pada kepala. Sekiranya perlu, penggunaan syampu bayi boleh digunakan.
Bagi bayi yang baru lahir yang masih belum tanggal pusat, sapu bahagian pusat dengan menggunakan cecair pembersih setiap kali menukar lampin atau selepas mandi.
- PENYUSUAN
Penyusuan susu ibu amatlah penting bagi si kecil. Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai kerana ia mempunyai segala nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.
Penyusuan bayi hendaklah mengikut permintaan bayi, 8-12 kali sehari. Selepas, 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 -8 kali sehari.
Apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, si kecil mungkin kekenyangan. Cuba sekali lagi dan sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.
Apabila bayi sentiasa menangis, lapar, perlu ditukarkan lampin, sendawa, perlu didodoi, hendak para ibu menukar kedudukan untuk memastikan keselesaan kepada bayi.
Para ibu mungkin tertekan apabila bayi menangis secara berterusan.
Para ibu harus sentiasa tenang dan jangan mengoncang bayi kerana dikhuatiri bolhe menyebabkan kecederaan yang serius.
- TEMU JANJI BERSAMA DOKTOR
Antara perkara yang paling penting, adalah walau dalam apa jua keadaan ibu dan bapa tidak boleh abaikan temujanji bersama doktor untuk pemeriksaan si kecil. Perkara ini amatlah penting untuk memastikan yang bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.
Akhir sekali, walaupun kelihatan seperti tips diatas khas untuk seorang ibu, namun bapa juga perlu mengambil berat atas kesihatan bayi kerana si kecil merupakan tanggungjawab bersama ibu dan juga bapa. Kerjasama antara ibu dan bapa dapat memastikan kesihatan tumbesaran si kecil terjamin.