Foto kredit : www.go-dok.com
Ibu dan bapa sering tertanya-tanya tentang mengapa anak mereka menangis. Terkadang, mereka menangis tanpa sebab dan sukar untuk berhenti.
Masalah ini sering berlaku, terutamanya kepada ibu dan bapa yang baru pertama kali bergelar ibu dan juga bapa. Namun, bagi yang berpengalaman juga tidak terlepas dari mengalami perkara yang sama.
Mungkin si kecil anda lapar, sejuk, panas, tidak selesa, sakit ataupun mahukan perhatian. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan bayi anda menangis.
BENTUK KOMUNIKASI BAYI
Bagi bayi yang baru lahir, ia bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk mendapatkan sesuatu perkara. Antaranya ialah memberi mereka makanan, keselesaan dan kepanasan yang diperlukan oleh si kecil. Tangisan mereka menandakan bahawa mereka memerlukan sesuatu.
Bagi ibu dan bapa yang berpengalaman, sebab dan punca tangisan si kecil boleh dilihat pada gerak-geri atau gaya si kecil. Contohnya, bayi yang lapar akan membuat gaya menghisap atau meregangkan tubuhnya.
APAKAH SEBAB BAYI MENANGIS SELAIN DARI LAPAR?
Antara sebab lain bayi menangis adalah seperti :
- PERUT KEMBUNG
Perut kembung adalah antara sebab yang paling biasa bagi bayi yang menangis. Pemakanan ibu seperti ais, minuman bergas, buah, tembikai, manga dan beberapa buah lain menyumbang kepada situasi ini. Boleh rujuk pakar perubatan untuk mendapatkan jenis-jenis makanan yang digalakkan untuk para ibu.
Sebagai rawatan, para ibu boleh menyapu minyak bayi untuk menimbulkan perasaan selesa di bahagian perut, belakang dan juga dada. Pemakaian stoking juga dapat membantu dalam mengurangkan perut kembung pada bayi.
Foto kredit : http://www.islamituindah.com.my
- LAMPIN BASAH
Jangankan bayi, orang dewasa pun tidak selesa sekiranya seluar yang dipakai berada dalam keadaan basah. Seluar yang basah sudah semestinya ditukar dengan segera bagi memastikan keselesaan yang optimum.
Bagi bayi, yang sangat bergantung pada ibu dan bapanya, menangis adalah bentuk komunikasi yang boleh dilakukan untuk memberitahu tentang keadaan lampinnya yang berada dalam keadaan basah.
Para ibu dan bapa haruslah menukar segera lampin yang basah kepada yang kering. Selain itu, lampin yang basah juga menyumbang kepada kegatalan di punggung kerana ruam lampin.
Untuk setiap penukaran lampin, hendaklah menyapu krim bagi mengelakkan kegatalan dan ruam lampin.
Foto kredit : majalahpama.my
- MENGANTUK & LETIH
Bayi memerlukan rehat dan tidur yang cukup. Sekiranya tidak mendapat tidur yang cukup, pastinya si kecil akan menangis supaya si ibu dan bapa tahu bahawa dia memerlukan rehat dan tidur.
Ada sesetengah bayi yang boleh tidur setelah disusukan, namun ada juga bayi yang memerlukan dodoian untuk tidur.
Para ibu dan bapa hendaklah bersabar dalam mengharungi ragam si kecil. Jika anda dalam perjalanan yang jauh, berhentilah di hentian rehat kerana mungkin si kecil tidak selesa dengan keadaannya yang baring atau duduk.
- SUHU TERLALU PANAS ATAU SEJUK
Suhu merupakan salah satu sebab bayi menangis. Keadaan yang terlalu sejuk atau panas akan menyebabkan si manja menangis.
Sekiranya keadaan terlalu sejuk, pakaikan pakaian yang sedikit tebal kepada bayi berserta topi, sarung tanga dan sarung kaki, dan sekiranya keadaan terlalu panas, pakaikan pakaian seperti single dan baju yang berlubang bagi memastikan pengudaraan yang sesuai.
Penggunaan kipas atau penghawa dingin juga dapat membantu dalam mengawal keadaan suhu persekitaran.
- SEMBELIT
Bayi sangat mudah terkena sembelit walaupun hanya menyusu badan. Hal ini kerana, pencernaan bayi yang sangat sensitif menyebabkan perut mereka mudah bertindak balas terhadap nutrisi yang dimakan.
Ibu dan bapa boleh menggunakan minyak bayi untuk mengurut dan mengusap perlahan untuk membantu melegakan sakit perut yang dihadapi si manja.
Foto kredit : theinfopost.org
NAK TUMBUH GIGI
Fasa tumbuh gigi adalah fasa yang agak menyakitkan untuk gigi yang pertama untuk bayi. Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa pada bayi dan akan menyebabkan bayi menangis.
Antara cara untuk mengurangkan rasa ini, para ibu boleh member makanan atau buah-buahan untuk mereka menghisap dan menggigit seperti produk ‘SNACK FRUIT’ FAWWAZ. ‘Snack fruit’ Fawwaz boleh didapati di laman sesawang mereka di https://www.fawwazkitchen.com/
- PERSEKITARAN YANG BAHARU
Keadaan yang baharu boleh menyumbang kepada tangisan bayi. Bayi yang biasa dirumah sendiri mungkin merasa kurang selesa sekiranya pulang ke kampung, bertemu dengan sanak-saudara.
Si kecil mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perkitaran yang baharu.
Namun, ada juga si manja yang teruja dan suka apabila berada di persekitaran yang baharu.
Foto kredit : http://jurnalkeluarga.com
- SI MANJA ANDA BOSAN
Bayi mempunyai ‘instinct’ untuk bermain. Sekiranya mereka ditinggalkan bersendirian, si kecil mungkin berasa bosan dan akan menangis untuk mendapatkan perhatian.
Para ibu dan bapa haruslah sentiasa bermain bersama dan juga mengajar si manja untuk bermain menggunakan permainan yang selamat supaya si kecil mampu bermain secara sendirian kelak.
- PERLUKAN SESUATU, TAPI TIDAK TAHU APA
Ini antara perkara yang kerap berlaku dalam kalangan si manja. Bayi kerap meragam dan sukar dipujuk walau apa jua yang diberi dan dilakukan. Terkadang tangisan mereka tidak berhenti dan boleh berlangsung sehingga beberapa jam. Keadaan ini dikenali sebagai kembung atau kolik.
Kembung atau kolik ini sering berlaku pada 3 bulan pertama usia bayi, mula muncul pada usia 2-3 minggu, bertambah parah pada usia 6 minggu, lalu menghilang di usia 4 bulan. Namun begitu, pakar perubatan masih tidak mengetahui punca sebenar berlakunya kolik ini.
Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.
Setakat ini, tiada rawatan untuk kolik, namun keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan.
- ANDA TERTEKAN
Kadangkala ibu dan bapa tidak perasan bahawa nada kita berubah ketika melayan si kecil.
Keadaan bayi yang sangat sensitif ini dapat mengenalpasti perubahan suara dan nada anda meskipun tidak memahami perkataan yang anda sebutkan. Oleh itu, kesabaran merupakan kunci utama dalam memastikaan emosi anda terkawal dan boleh bergilir-gilir antara suami dan isteri dalam melayan ragam si kecil.
Akhir kata, menjadi seorang ibu atau bapa merupakan tanggungjawab yang berat dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayan si manja. Dapatkan bantuan sekiranya keadaan menjadi lebih teruk. Banyakkan berbual dengan ibu dan bapa yang lain untuk bertukar pendapat dan pandangan mengenai ragam si manja.
Perlu diingat bahawa bayi masih kecil dan tidak pandai mengadu. Oleh itu, kita sebagai orang dewasa perlu sentiasa bertenang dan cuba belajar untuk memahami keperluan mereka.
Sumber rujukan :
https://www.babycenter.com.my/a1045598/7-sebab-bayi-menangis-dan-bagaimana-menenangkan-mereka
https://siraplimau.com/punca-sebab-bayi-menangis-berterusan/
https://my.theasianparent.com/teknik-5s-hentikan-bayi-menangis-segera/