Cart 0

PEMAKANAN TERBAIK UNTUK SI MANJA ANDA

PEMAKANAN TERBAIK UNTUK SI MANJA ANDA

Foto kredit : Zuriat.my

Setelah bayi anda mencapai usi 6 bulan, si manja anda sudah bersedia untuk mencuba makanan pejal. Setiap bayi mempunyai masa dan waktu tersendiri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dari segi pemakanannya, dan mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri.

Bukan semua makanan pejal boleh diberi kepada bayi anda. Bincanglah dahulu dengan pakar pediatric anda untuk memastikan si manja anda dapat membesar dengan normal dan optimum.



Cute-Smiling-Baby-Under-The-Towel.jpg

Foto kredit : http://www.zianaeunos.com


Kesediaan untuk mencuba makanan pejal, tidak bermakna si kecil itu tidak memerlukan susu dari ibunya. Si manja masih memerlukan nutrisi dari ibu sehingga ia berusia setahun.

Pemberian makanan tambahan dapat membantu membekalkan si manja dengan nutrisi tambahan seperti zat besi. Dengan system penghadamannya semakin kuat, bayi sudah mula bersedia untuk makanan pejal sebagai tambahan kepada nutrisi dari si ibu.

Bayi anda akan menunjukkan reaksi dan gerak geri yang menunjukkan bahawa bayi anda telahpun bersedia untuk mengambil makanan pejal. Antaranya ialah,  simanja anda boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi, duduk dengan baik apabila dipegang, melakukan pergerakan mengunyah, berat badan telah naik secara sihat, dan amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan

Bagi ibu bapa yang mahukan penjelasan tentang pemakanan apakah yang sesuai dengan umur si manja anda, boleh lah meneruskan pembacaan untuk menghilangkan kekeliruan anda.

SUSU IBU

Tidak dinafikan, nutrisi terbaik untuk si manja diperoleh dari susu ibunya sendiri. Penyusuan ibu hendakklah diamalkan secara eksklusif dari lahir sehingga usia bayi 6 bulan. Pada usia 6 bulan dan keatas, makanan pelengkap boleh diberi untuk membekalkan nutrisi tambahan bagi memastikan tumbesaran yang optimum bagi si manja anda.

MAKANAN PELENGKAP

 Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi selain daripada susu ibu. Hal ini kerana pada umur 6 bulan, nutrisi dari susu ibu tidak mencukupi dan memerlukan nutrisi tambahan dari makanan pelengkap. Kelewatan untuk membekalkan makanan pelengkap melebihi 6 bulan boleh meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan pada si manja anda.

Makanan pelengkap hendaklah makanan yang mampu membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh si manja anda. Antara contoh makanan pelengkap yang sesuai adalah bijirin dan hasil bijirin seperti nasi, bubur,roti dan ubi. Makanan seperti susu, ikan, ayam, telur dan daging dapat membekalkan nutrisi protein manakala buah-buahan dan sayur dapat membekalkan vitamin dan mineral kepada si manja.

Berikut adalah jadual untuk pengambilan makanan mengikut umur bayi:

UMUR

KEMAHIRAN

JENIS MAKANAN 

  • JUMLAH DAN KEKERAPAN

6 Bulan

Mula menerima makanan pepejal

Makanan lembut seperti :

  • Bubur nasi dikisar
  • Bijirin untuk bayi (beras putih/beras perang) 
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.

2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. 


2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap

7- 8 Bulan

Mula belajar mengunyah

Makanan lembut seperti : 

  • Bubur nasi
  • Bijiran untuk bayi
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
  • Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
  • Makanan yang mengandungi susu. – Keju, puding susu, krim keju
  • Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
  • Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.

Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,ml) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan


3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.


9-11 Bulan

Makan sendiri

Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.

  • Nasi
  • Bijiran bayi
  • Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
  • Buah
  • Ikan, daging dan ayam
  • Susu dan hasil tenusu keju, puding susu, krim keju.
  • Telur, melainkan sekiranya ada alahan
  • Kekacang yang dimasak lembut – kacang panggang dan tauhu

Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.


3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.


1-2 Tahun

Makan sendiri

Makanan keluarga yang diubahsuai

  • Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
  • Daging cincang
  • Makanan yang kurangkan berempah.
  • Makanan segar (tidak diproses)
  • Kurangkan garam, gula dan lemak.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.



Kredit : http://www.myhealth.gov.my

PEMBERIAN MAKANAN SECARA REPONSIF

Hubungan antara si manja dengan ibu dan juga bapa antara aspek utama membantu dalam tumbesaran yang optimum kepada bayi anda. Wujudkan hubungan yang mesra antara ibu bapa dan juga si manja dalam suasana yang ceria dan kondusif. Sentiasalah berinteraksi dengan si manja anda. Hal ini bukan sahaja dapat membantu dalam perkembangan fizikal, namun juga membantu dalam perkembangan mental si manja.

KESELAMATAN MAKANAN

Penyediaan makanan yang sihat, bersih dan selamat adalah elemen terpenting dalam kesihatan si kecil anda. Kebersihan dalam menyediakan makanan perlu dititik beratkan. Basuh tangan dengan sempurna setelah menyediakan makanan, cuci dan basuh tangan si manja dengan bersih selepas makan, dan berilah makanan yang baru disediakan dari memberi makanan yang sudah lama disediakan.



640xauto-saat-bayi-sakit-perlukah-berikan-obat-antibiotik-1609196.jpg

Foto kredit: family.fimela.com

MAKAN KETIKA SAKIT

Semasa sakit, si manja anda akan kurang selera makan. Berikan si manja anda lebih air dan makanan dalam bentuk cecair seperti sup dan sebagainya.  Berikan hidangan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap agar si manja dapat nutrisi yang cukup terutamanya ketika sakit.


Akhir kata, perkembangan bayi anda merupakan tanggungjawab ibu dan juga bapa. Rujuklah pakar pediatrik anda untuk mendapatkan info yang sepatutnya tentang si manja anda. Banyakkan berbual bersama ibu dan bapa yang lain untuk bertukar pandangan dan jua tips bagi memastikan si manja anda kekal dan membesar dengan sihat.



Older post Newer post