Cart 0

BABY MAKAN MAKANAN PEJAL SEBELUM 6 BULAN? PARA IBU KENA TAHU

BABY MAKAN MAKANAN PEJAL SEBELUM 6 BULAN? PARA IBU KENA TAHU

Foto kredit:zuriat.my

BABY MAKAN MAKANAN PEJAL SEBELUM 6 BULAN? PARA IBU KENA TAHU..

Ada sesetengah ibu dan bapa yang sudah memberi makanan kepada bayi mereka sebelum mereka berumur 6 bulan. Alasannya? Anak lapar dan susu ibu sahaja tidak mencukupi.

Dengan perkembangan ilmu dan kajian yang menyeluruh yang dilakukan, harini, para penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa bahaya yang akan terjadi sekiranya makanan pejal diberi kepada si manja sebelum dia mencecah umur 6 bulan dan keatas.

Berikut adalah antara sebab mengapa pakar perubatan menyarankan pemberian makanan pejal kepada si manja hanya selepas bayi anda berumur 6 bulan keatas.



Cute-Smiling-Baby-Under-The-Towel.jpg

Foto kredit : http://www.zianaeunos.com

  • PERLINDUNGAN DARI PENYAKIT

Pemberian makanan selepas si manja anda berumur 6 bulan dapat membantu melindungi si manja anda daripada pelbagai jenis penyakit.

Dengan sistem penghadaman yang lebih matang, bayi and dapat mengelak dari terkena sebarang jangkitan dan juga dapat mengelak dari alahan makanan kerana imun sistem badan yang lebih kuat dan matang.

Bagi bayi yang mendapat makanan pejal sebelum berumur 6 bulan lebih cenderung untuk dijangkiti penyakit seperti cirit birit, sembelit, batuk.



4034758956_ecd85c11c3.jpg

Foto kredit : www.flickr.com/melissadeakin

  • PENCERNAAN YANG LEBIH MATANG

Selepas 6 bulan, pencernaan bayi sudah matang dan mampu untuk mencerna makanan pejal yang diberi kepadanya. Beberapa enzim yang penting untuk proses pencernaan seperti gastrik asid, lipase, amilase juga sudah berfungsi sepenuhnya ketika bayi berusia 6 bulan.

Pemberian makanan pejal kepada bayi sebelum berumur 6 bulan boleh mendedahkan bayi anda kepada sembelit dan sakit perut kerana perutnya perlu bekerja dengan keras untuk menghadamkan makanan yang diberi.



sakit-perut.jpg

Foto kredit : siraplimau.com

ALAHAN MAKANAN

Kerana stabilnya sistem penghadaman si manja, risiko untuk bayi menerima alahan terhadap makanan berkurang kerana sistem badan si manja tidak bertindak balas terhadap makanan pejal.

Bagi bayi yang berumur 6 bulan kebawah, risiko untuk mendapat alahan makanan adalah tinggi kerana makanan yang diterima boleh menyebabkan tidak balas imun terhadap makanan yang dikenalkan.



baby1.jpg

  • OBESITI

Bagi bayi yang mendapat makanan pejal sebelum 6 bulan, mereka lebih berpotensi untuk menjadi obesiti, sekaligus boleh menggugat kesihatan bayi anda. Proses pencernaan yang tidak sempurna akan membawa kepada peningkatan kandungan nutrisi berlebihan dan menyebabkan obesiti.



baby-makan.jpg

Foto kredit :www.mithalimoms.com.my

  • KOORDINASI LIDAH DAN MEKANISME TELANAN BAYI BELUM SEMPURNA

Bagi bayi yang berumur 6 bulan dan keatas, mereka lebih mahir dalam koordinasi lidah dan mekanisme telanan berbanding bayi yang berumur 6 bulan kebawah. Ini dapat mengurangkan risiko bayi anda tercekik kerana gagal menelan makanan yang diberi. Ditambah pula dengan kemahiran bayi yang masih tidak mampu untuk duduk dengan sempurna. Duduk dengan sempurna dapat membantu bayi anda untuk proses menelan kerana proses itu memerlukan postur kerongkong yang menegak bagi memudahkan makanan turun ke perut.


Bagi ibu dan bapa yang mempunyai bayi yang masih berumur bawah 6 bulan, anda sanagt disarankan agar hanya memberi susu ibu kerana ia adalah satu-satu makanan yang sesuai untuk pencernaan bayi dan lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan oleh si manja anda. Pemberian makanan pejal boleh mendedahkan bayi anda kepada beberapa bahaya yang boleh mengganggu kesihatan bayi anda.

Dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk bayi anda untuk memastikan mereka mampu membesar dengan baik dan sempurna.



Older post Newer post