Cart 0

TIPS PEMILIHAN MANDIAN DAN KRIM BAYI YANG IBU BAPA PERLU TAHU

TIPS PEMILIHAN MANDIAN DAN KRIM BAYI YANG IBU BAPA PERLU TAHU

Kredit Foto : Cariinfonet

Bagi ibu dan bapa yang baru sahaja mendapat cahaya mata, sudah tentu banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Persediaan pakaian, pengurusan dan juga penjagaan mandian si manja.

Dengan pelbagai jenama mandian, losyen dan krim yang berada di pasaran, ibu dan bapa menjadi bingung dan keliru untuk mendapatkan produk yang terbaik untuk anak mereka.

Jadi, apakah tips dan faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan barangan yang dipilih adalah barangan yang terbaik untuk si manja yang tersayang? Adakah ia selamat dan adakah sebarang komplikasi yang akan berlaku jika barangan yang digunakan tidak sesuai dengan bayi?


505109_620.jpg

Kredit foto : cantik.tempo.co


  • PILIH BARANGAN YANG BEBAS BAHAN KIMIA

Dengan kulit bayi yang masih dalam keadaan sensitif, si manja lebih terdedah kepada iritasi dan masalah kulit dengan penggunaan bahan yang mengandungi bahan-bahan kimia yang tiada masalah pada orang dewasa tapi berbahaya kepada bayi anda.

Dr. Sheela Sathyanarayana, Pakar Kanak-Kanak dari Seattle mengatakan bahawa bayi yang baru lahir tidak memerlukan sebarang produk mandian. Dengan keadaan kulit manusia yang ‘semi-permeable’, kulit kita mampu menyerap bahan-bahan kimia yang dikenalkan pada kulit. Produk barangan bayi dan juga dewasa semestinya mempunyai pelbagai bahan kimia untuk tujuan tertentu, sama ada untuk kebersihan, wangi-wangian dan lain-lain. Pendedahan kepada bermacam bahan kimia boleh mendatangkan bahaya kepada bayi anda.

Berikut adalah beberapa jenis bahan kimia yang berbahaya kepada kulit bayi, kredit kepada Puan Nurhasanah Mazalan melalui lama Facebook beliau.


  • FRAGRANCE

Wangian sememangnya menjadi kegemaran kepada sesiapa sahaja yang menghidunya. Namun, barangan pewangi kimia ini berpotensi menyebabkan iritasi dan juga alergi kepada si manja anda.

Untuk mandian bayi, ibu dan bapa boleh menggunakan essential oil sebagai alternatif untuk menggantikan wangian kimia.

Produk mandian yang terbaik untuk bayi adalah produk yang mempunyai bahan-bahan seperti minyak badam, aloe vera, susu, minyak zaitun dan juga madu. Namun penggunaan madu dan minyak zaitun sebagai barangan mandian agak terlalu mahal untuk digunakan pada skala yang besar.

Gunalah produk yang bebas kimia dan juga atas kemampuan ibu dan bapa masing-masing.


  • BEBAS ALKOHOL

Pastikan label produk diteliti sebelum dibeli kerana produk yang mempunyai alcohol boleh menyebabkan kulit kering, gatal dan juga ruam. Nama alcohol yang boleh disemak adalah seperti ethanol, ethyl alcohol, cetearyl alcohol.


  • PARABEN

Paraben adalah bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk. Namun, paraben ini berbahaya kepada bayi anda kerana mampu mengganggu system endokrin yang berfungsi dalam pengawalan hormon dalam badan.

Jauhilah produk yang mengandungi paraben dalam penggunaan pada si manja anda.


  • MINERAL OIL

Mineral oil berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit. Namun, bagi kulit bayi yang terlalu sensitif dan masih tidak matang, boleh memgganggu proses perkumuhan bayi anda.

Ibu dan bapa boleh menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai losyen untuk membuang kerak di kepala bayi anda.


598bc4766a1d8d1d638b2696_l.jpg

Foto kredit : mommyasia.id

  • ELAKKAN PRODUK YANG MEMPUNYAI SABUN

Sabun adalah material yang penting untuk orang dewasa kerana fungsinya dapat membersihkan dan mewangikan badan. Tapi bagi si kecil, mereka hanya memerlukan bahan mandian yang lembut, bebas bahan kimia berbahaya tanpa sabun dan boleh berbuih. Penggunaan sabun dapat memudaratkan kesihatan kulit bayi, lebih lebih lagi jika bayi tersebut mempunyai kulit yang sensitif.



cari-tahu-perawatan-kulit-sensitif-bayi-di-sini-alodokter.jpg

Foto kredit :www.alodokter.com

  • GUNAKAN SABUN HIPOALLERGENIK

Hipoallegenik adalah terma untuk barangan kosmetik atau penjagaan kulit, yang membawa maksud bahawa barangan atau produk mereka mempunyai risiko yang rendah terhadap sebarang allergen atau alahan.

Sabun yang mempunyai formula hipoallergenik dapat membantu dalam mengatasi masalah kulit seperti kulit kering ataupun ekzema.


  • KADAR PH YANG SEIMBANG

Kadar pH yang sesuai bagi kulit bayi adalah pada skala 5.5 sehingga 7. Kulit bayi bersifat sedikit asidik sehingga pada kadar normal.

Para ibu boleh memilih produk yang seimbang dengan kadar pH bayi bagi memastikan yang terbaik untuk bayi anda.



9273_pentingnya-kadar-ph-pada-sabun-bayi.jpg

Foto kredit : http://nakita.grid.id

  • UJI KESESUAIAN PRODUK PADA BAYI

Sekiranya para ibu masih ragu-ragu dan tidak pasti tentang keselamatan produk tersebut untuk si manja tersayang, boleh la menguji produk itu pada bayi dengan meletakkan atau menyapu sedikit produk pada pergelangan tangan atau lengan.

Sekiranya wujud iritasi atau ruam, itu bermakna, produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anak anda, dan perlu dielakkan.


Akhir kata, para ibu dan bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Dengan itu, pilihlah jenama dan barangan yang sesuai dengan keadaan anak mereka bagi memastikan kesihatan si manja bekekalan.

Banyakkan membaca tentang artikel kesihatan bayi dan dapatkan nasihat pakar perubatan sekiranya ragu-ragu dan keliru dengan kebajikan anak anda. Sediakan barang atau produk yang selamat atas kemampuan masing-masing.
 

Utamakan keselamatan dan kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati.


Sumber rujukan : 

https://majalahpama.my/ibu-ibu-kena-guna-9-tip-ini-waktu-beli-produk-mandian-bayi-elak-ada-masalah-kulit/

https://siraplimau.com/tips-memilih-syampu-dan-krim-untuk-bayi/

https://blog.pantangplus.com/sabun-bayi-sensitif-eczema-ruam/






Older post Newer post