Cart 0

ANAK KECIL KURANG SELERA? PARA IBU BOLEH IKUT ‘TIPS’ DAN ‘TRICK’ AWESOME INI

ANAK KECIL KURANG SELERA? PARA IBU BOLEH IKUT ‘TIPS’ DAN ‘TRICK’ AWESOME INI

Foto Kredit: bebegimlemutluyum.com


Bayi yang sihat adalah bayi yang mendapat nutrisi yang cukup, penjagaan yang rapi dan persekitaran yang terkawal.

Tapi bagaimana bayi nak kekal sihat sekiranya bayi tidak berselera untuk makan??

 Setiap kali waktu makan pasti berlaku babak-babak dan aksi-aksi lucu dari si ibu kerana sukar memujuk dan memberi makanan kepada bayi tercinta.

Mengikut Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah tenaga yang diperlukan bagi bayi berumur 6-8 bulan adalah 615 kkal /hari dimana 413 kkal tenaga diperoleh daripada pengambilan susu ibu dan 202 kkal daripada makanan atau minuman selain susu ibu.  

Bagaimana anak kecil mampu mendapat tenaga dan nutrisi yang cukup jika tiada selera makan??

Terkadang naik risau para ibu kerana anak mereka tidak mahu makan dan hanya mahu bermain sepanjang masa. Tak lupa juga anak yang memilih makanan, hanya mahukan ayam dan daging, tapi menolak sayur-sayuran hijau yang merupakan elemen penting dalam tumbesaran anak-anak.

Disini ada disertakan tips-tips dan cara-cara untuk meningkatkan selera anak kecil yang boleh digunakan ibu yang menghadapi masalah seperti ini.



anak-tidak-mahu-makan1.jpg

credit : Psychology Today

KENAPA TIADA SELERA MAKAN??

Antara punca kurangnya selera makan adalah anak kecil mungkin mengalami masalah pada proses percernaan. Pencernaan yang tidak efektif menyebabkan anak kecil tidak berselera dan sering sembelit.

Kadang-kadang, anak kecil kurang berselera fasa perubahan dari susu ibu kepada makanan pelengkap. Jadi, para ibu harus lah bijak dalam melakukan analisis pada anak anda.


‘TIPS’ DAN ‘TRICK’ MENINGKATKAN SELERA ANAK KECIK

Akhirnya, segmen yang ditunggu ibu yang membaca artikel ini, petua dan ‘trick’ yang boleh dilakukan untuk meningkat selera bayi. Namun, ini bukanlah jaminan yang selera anak anda pasti meningkat yaa.   


1. MAKANAN YANG SESUAI

Penyediaan makanan yang sesuai merupakan langkah pertama untuk memastikan selera anak-anak meningkat.

Maklumat makanan yang sesuai boleh diperoleh daripada doktor atau pakar pemakanan bayi bagi memastikan bayi mendapat nutrisi yang secukupnya.

Ataupun maklumat yang sama boleh didapati dari pengeluar makanan bayi di negara ini, antaranya, ialah FAWWAZ BABY FOOD.  FAWWAZ mempunyai produk makanan yang sesuai untuk bayi setiap peringkat umur dari 6 bulan sehingga 24 bulan. Jadi para ibu boleh la melawat laman web FAWWAZ BABY FOOD untuk melihat produk makanan mereka.

Untuk menghubungi FAWWAZ boleh klik disini.

FAWWAZ BABY FOOD :

https://www.fawwazkitchen.com/https://www.facebook.com/FawwazKitchen/


happy-baby-768x512.jpg

credit: www.mothering.com


2. JADUAL MAKAN YANG TERATUR

Ini antara petua yang efektif untuk meningkatkan selera anak kecil. Hal ini kerana, rutin makanan harian dapat membantu anak dalam penyesuaian kepada makanan pelengkap.

Anak kecil harus dibiasakan dengan keadaan lapar dan kenyang bagi memastikan mereka terbiasa dengan gaya hidup yang teratur lalu mendorong kepada gaya hidup yang sihat.

3. PENYEDIAAN MAKANAN ENAK YANG SELAMAT DIMAKAN

Makanan yang enak sememangnya mampu menaikkan selera makan. Tidak kira pada anak kecil atau pun yang sudah besar.

Para ibu boleh menyediakan makanan yang mempunyai beberapa menu seperti bubur nasi beserta perisa ayam, atau daging. Hidangan makanan  seperti snek buah-buahan kering juga membantu untuk memastikan anak kekal sihat dan berselera.

Selitkan juga sayur-sayuran untuk memastikan anak mendapat diet yang seimbang disamping makanan yang enak.

4. GAYA MEMASAK YANG KREATIF

Hidangan yang enak dan berbeza-beza dapat meningkatkan minat anak kecil untuk makan. Tingkatkan kreativiti anda!!


5. BERIKAN MOTIVASI KEPADA ANAK-ANAK

Ibu-ibu boleh memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada anak kecil tentang tabiat pemakanan mereka. Puji mereka dan berikan pelukan dan bukan hanya memberi makanan kegemaran sahaja.

shutterstock_131909891.jpg

credit : Shutterstock

KONSISTEN DAN JANGAN BERPUTUS ASA!!

Sebagai ibu, anda sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Namun, kurangnya selera makan bukan merupakan sesuatu yang tidak normal.

Mungkin anak kecil itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan makanan yang diberikan.

Para ibu harus sabar melayan kerenah anak mereka sementara mereka belajar menyukai makanan tersebut.

Disamping itu, perhatikan juga tanda-tanda membimbangkan pada anak kecil seperti sembelit, sakit perut dan hubungi la pakar perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sepatutnya.


Sumber rujukan :

https://siraplimau.com/atasi-masalah-anak-kurang-makan-tanpa-ubat/

https://my.theasianparent.com/anak-tak-mahu-makan/

https://www.kenaviral.com/2017/10/06/bayi-anda-dah-6-bulan-tapi-tak-nak-makan/

https://www.mithalimoms.com.my/9-prinsip-pemberian-makanan-untuk-anak-anda-6-bulan-2-tahun/

http://kelabmama.com/v3/9-CARA-TAMBAT-SELERA-ANAK-CEREWET-MAKAN





Older post Newer post