Cart 0

Nakkan susu berkualiti? 8 Tips DIET terbaik untuk ibu menyusu

Nakkan susu berkualiti? 8 Tips DIET terbaik untuk ibu menyusu

Foto : Shutterstock

"BINGUNG, BUNTU"

Bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak, banyak pantang larang selepas bersalin yang perlu dipatuhi sampaikan ibu-ibu jadi bingung dan buntu.

Apa yang pasti adalah, makanan yang diambil hendaklah berkhasiat untuk penjagaan kesihatan ibu dan juga bayi yang baru dilahirkan. Setiap makanan yang diambil oleh si ibu, itulah yang akan disampaikan kepada bayi melalui susu ibu.

APA MAKANAN YANG BAGUS DIAMALKAN PARA IBU YANG MENYUSU?

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tips pemakanan yang bagus dan sesuai bagi ibu yang menyusu.


salmon.jpg

IKAN SALMON 

Ikan salmon mengandungi kandungan lemak DHA yang tinggi, yang mana DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk tumbesaran dan perkembangan tisu otak.

Kandungan DHA dari ikan salmon ini dapat menambah lagi kandungan DHA yang sedia ada dalam susu ibu. Ia dapat memberi kesan baik buat kesihatan bayi dan anak.

DHA dari salmon juga didapati dapat membantu mengawal emosi ibu semasa berpantang daripada sindrom meroyan atau nama saintifiknya ‘pospartum depression’

Ikan tenggiri dan ikan tuna juga mengandungi khasiat yang tinggi yang boleh diambil oleh ibu berpantang.



bawang putih.jpg

BAWANG PUTIH

Bawang putih ni bukan sahaja digunakan untuk menghalau ‘hantu jembalang’ sahaja, bawang putih juga sangat disarankan untuk ibu berpantang bagi membantu memulihkan luka dan membuang angin di dalam badan.

Bawang putih boleh ditambah ke dalam makanan secara kecil atau pun di tambah pada susu dan sedikit gula atau madu.



ypghurt.jpg

PRODUK TENUSU

Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dan keju kaya dengan vitamin D. Vitamin D berfungsi bagi membantu penyerapan kalsium pada tulang dan sekaligus menguatkan tulang yang sedang berkembang dalam badan bayi.

Namun, harus berhati-hati kerana ada sesetengah bayi alah dengan produk tenusu. Oleh, cuba ambil dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu untuk mengesan sebarang perubahan pada keadaan bayi. Jika ada, elakkan pengambilan produk tenusu untuk sementara.



vege.jpg

SAYURAN HIJAU

Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, dan brokoli adalah makanan yang kaya dengan vitamin, zat besi dan folat (asik folik).

Bagi ibu yang mendambakan bentuk badan yang ideal selepas bersalin, sayuran hijau sememangnya menjadi menu utama.

Ia juga merupakan alternatif bagi produk tenusu kerana sayuran hijau juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.



protein.jpg

SUMBER PROTEIN SIHAT

Makanan seperti telur, daging dan ikan adalah antara makanan mengandungi kandungan protein yang tinggi. Protein adalah nutrisi penting dalam membantu penghasilan darah bagi mengurangkan risiko kekurangan tenaga dan anaemia.

Protein juga mampu untuk membantu memulihkan luka bersalin dan membaiki tisu-tisu badan.



cereal.jpg

SUMBER BIJIRIN PENUH 

Pengambilan bijirin sebagai sarapan dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk ibu berpantang secara harian. Bijirin penuh boleh diperoleh dari beras perang, bijirin sarapan, roti dan pasta.

Kandungan serat dalam bijirin penuh juga dapat membuatkan anda merasa kenyang lebih lama, secara tak langsung membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin.


fruits.jpg


BUAH-BUAHAN

Tidak dapat dinafikan, buah-buahan sememangnya merupakan makanan yang berkhasiat untuk setiap lapisan umur, tidak tertakluk pada ibu berpantang sahaja.

Khasiat yang ada pada buah seperti oren dan avocado, dan juga kurma sangat diperlukan oleh ibu berpantang. Ia kaya dengan vitamin-vitamin penting seperti vitamin C, B, E dan juga folat.

Dengan pengambilan buah-buahan seperti oren, dapat membantu mengurangkan masalah-masalah seperti sembelit, avokado dapat membantu mengatasi masalah sentiasa lapar, manakala kurma dapat membantu dalam pemulihan tenaga, serta melancarkan pencernaan.



twin-glass-skyjuice-450w-1163887303.jpg

AIR YANG SECUKUPNYA

Jangan dilupa elemen terpenting dalam badan kita iaitu air. Amaun air yang cukup pastinya membantu ibu dalam proses berpantang dan juga ibu yang menyusu.

Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk memastikan para ibu kekal hidrat sepanjang hari.


Sebagai penutup, makanan-makanan diatas merupakan salah satu contoh makanan yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusu, namun bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi.

Makanan yang mudah dan ringkas tapi tetap berkhasiat juga boleh diamalkan.


Rujukan : 

https://blog.pantangplus.com/makanan-ibu-menyusu-dan-berpantang/

https://my.theasianparent.com/makanan-berkhasiat-untuk-penghasilan-susu-ibu/

https://www.idntimes.com/food/dining-guide/birgitta-angie/7-makanan-terbaik-untuk-ibu-menyusui-bayi-jadi-makin-ceria/full

https://www.idntimes.com/food/dining-guide/birgitta-angie/7-makanan-ibu-menyusui1

https://hamil.co.id/pasca-hamil/menyusui/makanan-sehat-untuk-ibu-menyusui

https://www.babycenter.com.my/a1029134/diet-untuk-wanita-sihat-yang-menyusui



Older post Newer post