Foto kredit : budakkecik.com
Penjagaan gigi bayi seharusnya bermula sebelum gigi tumbuh keluar. Lebih penting jika bayi anda sudah mula diberi makanan dan susu formula. Ditambah dengan bayi yang suka meneroka dunia sekeliling dengan mulutnya, kawasan mulut bayi adalah antara kawasan yng terpenting untuk dipelihara dan dijaga.
Jadi apakah tindakan yang boleh diambil oleh para ibu dan juga bapa untuk menjaga gigi dan gusi si manja anda?
Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera, Universiti Sains, telah berkongsi tentang penjagaan gigi kanak-kanak dan bayi, peringkat penggunaan kain dan juga penggunaan berus dan ubat gigi.
GUNAKAN BERUS APABILA ANAK SUDAH BERUSIA 14 BULAN
Menurut Dr Iqbal, dia mula menggunakan berus untuk memberus gigi anaknya ketika anaknya berumur 14 bulan.
Dr Iqbal berkata “ ini berus gigi anak saya yang berumur 18 bulan. Saya mula menggosok gigi dia dengan berus gigi ini lebih kurang 4 bulan lepas.”
Foto kredit : 3rasa.com
PENGGUNAAN KAIN SEBELUM MENGGUNAKAN BERUS
Dr Iqbal menerangkan lagi bahawa sebelum anaknya berusia 14 bulan, dia hanya menggunakan kain untuk mengelap bahagian dalam mulutnya termasuk bahagian gusi dan juga gigi.
Foto kredit: arilglow.com
GOSOK GIGI DALAM KEADAAN BARING
Beliau menyambung bahawa dia tidak menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi sebaliknya hanya menggunakan berus gigi kosong dan beliau melakukan dalam keadaan bebaring. Hal ini bertujuan untuk melatih si manja untuk memberus giginya. Pada mulanya, bayi anda menangis tetapi lama- kelamaan si manja akan menjadi biasa.
Foto kredit : siraplimau.com
PENGGUNAAN UBAT GIGI SELEPAS 18 BULAN
Beliau berkongsi lagi, bahawa dia mula menggunakan ubat gigi setelah anaknya berumur 18 bulan beserta kuantiti yang sepatutnya. Kuantiti yang sepatutnya akan ditunjuk pada berus gigi. Untuk mengetahui kuantitinya, lihat pada warna biru di berus gigi, itu la kuantiti yang sepatutnya diberi untuk si manja anda.
Foto kredit : http://aveheart.com
GUNA UBAT GIGI BERFLUORIDA
Penggunaan ubat gigi berfluorida adalah penting kerana ia membekalkan pelindungan yang padu pada gigi. Bagi mengelakkan anak tertelan, anda boleh menasihat dan mengajar teknik yang betul untuk menggunakan ubat gigi.
Foto kredit : majalahpama.my
Diharap agar panduan ini dapat membantu para ibu dan juga bapa diluar sana berkenaan dengan cara untuk penjagaan gigi si manja anda. Apa-apa pun, dapatkan khidmat doktor gigi untuk cara yang terbaik untuk memastikan gigi si manja anda kekal sihat.
Sumber rujukan : Dr Iqbal Rosali